Kronologi Kenaikan Harga Eco-Shop

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Kronologi Kenaikan Harga Eco-Shop


- 2003: Eco-Shop mula beroperasi di sebuah kedai kecil di Gemas, Johor dengan konsep “kedai RM2,” menawarkan semua barang pada harga RM2.

- 2009 - MAC 2015: Rangkaian Eco-Shop berkembang ke serata negara, dan harga kekal RM2.00 tanpa sebarang kenaikan.

- APRIL 2015: Buat pertama kali harga naik kepada RM2.12 selepas pelaksanaan GST 6%.

- JUN 2018: Harga kembali kepada RM2.00 selepas GST dimansuhkan oleh kerajaan baru.

- OKTOBER 2018: Langit tak selalunya cerah, harga naik kepada RM2.10 selepas SST diperkenalkan.

- NOVEMBER 2021: Harga naik kepada RM2.20 di Semenanjung Malaysia, RM2.40 di Langkawi, Sabah, dan Sarawak.

- JUN 2022: Harga naik lagi kepada RM2.40 di Semenanjung Malaysia, RM2.60 di Langkawi, Sabah, dan Sarawak.

- 14 APRIL 2025: Harga dinaikkan kepada RM2.60 di seluruh Semenanjung Malaysia bagi menampung peningkatan kos operasi dan mengekalkan kualiti produk.

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Mahunya nanti perlahan-lahan naik sampai RM5.00. Hehe

    BalasPadam
  2. tu la..dah naik rm 2.60 dah...

    BalasPadam
  3. selama ni duk sebut kedai 2ringgit..tak lama lagi jadi kedai 3ringgit la ni,sikit-sikit naik

    BalasPadam
  4. Harga makin naik. Maksudnya buka lagi kedai 'eco'.

    BalasPadam
  5. Mesti ramai beralih ke ninso pulak. Rasanya ninso masih rm2.40.

    BalasPadam
  6. masa awal kemunculan eco dulu harga 2.00 tu paling seronok.. skrg makin hurmm

    BalasPadam
  7. Walaupun naik harga, tetap masih ramai org ke Eco

    BalasPadam
  8. Suka ke Eco ni. Di IOI Putrajaya ada Eco Grand. Penuh dengan customer. Murah2 dan banyak choice.

    BalasPadam
  9. Alahai makin lama makin gah harga...
    Lama2 dah tak murah dah

    BalasPadam
  10. harapnya kekal dekat RM2.60 je lah sebab dah ada banyak juga barang dekat eco ni harga RM6 dan RM10 sekarang

    BalasPadam
  11. Memang tak akan bisa sama macam harga dulu. Inflasi pun akan selalu naik tiap tahun. Asalkan kualitas tak berubah, masih okelah ☺️

    BalasPadam
  12. Lama tak pergi kedai Eco. Makin naik harga rupanya.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan