Beli Murah-Murah (BMM) Adakan Clearance Stok . Semua Barang RM1.50 !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Beli murah murah, barang clearance stock

Minggu lepas time lalu nak beli Mixue, ada ternampak banner Clearance Stock . Semua barang RM1.50 . Perempuan kan kalau nampak perkataan Clearance Stock , Sales, Diskaun , Year End Sales (YES) memang wajib terjah kan .. kalau tak membeli tengok-tengok pun dah cukup . Window shopping , tapi disebabkan kekangan masa untuk pergi ke tempat seterusnya CCL batalkan niat nak masuk sini .. next day lah cakap dalam hati . 

Hari ni memang jejak kaki ke sini lah. Beli Murah-Murah (BMM) buat clearance stock , semua barang dengan harga RM1.50 .  BMM ni baru sahaja beroperasi beberapa bukan yang lepas , tapi disebabkan kurang mendapat sambutan , maybe owner terpaksa tutup dan buat clearance stock untuk semua barang-barang . 

Beli murah murah, barang clearance stock

Beli murah murah, barang clearance stock

Barang-barang yang diorang buat clearance ni memang banyak pilihan. Dari bahagian tools makeup, barangan alat tulis, barangan mandian, barangan dapur serta perapatan pertukangan semua ada . Hanya beberapa gambar sahaja yang CCL snap, tak kuasa pulak snap snap setiap ruangan yang ada . Mujur la time pergi ni orang tak ramai . Majoriti harga asal barangan ni RM2 ke atas . Lelong jadi RM1.50 . Barangan seperti terjual di Eco Shop dan Mr.DIY. 


Beli murah murah, barang clearance stock

Ini beberapa barang hasil tangkapan CCL ke sana ..tak banyak pun total lost RM10.50 .. 
Beli apa ?? Beli wet tisu dan tisu muka . Beli tea spoon untuk bawa ke office sebab berkenan design ala-ala marble . Terselit juga barangan comel , keychain untuk gantung di dlaam kereta atau bilik . Memang dah lama nak beli haritu tengok dekat Mr.DIY mahal juga berbelas ringgit . Tapi tangguh la dulu ni disebabkan RM1.50 beli laa juga satu . Pastu CCL beli penyepit rambut . Beli sebab design dia comel bukannya nak pakaikan dekat rambut sangat pun . Beli sebab nak sepitkan pada buku planner . Cantik kan .

Alang-alang dah singgah beli juga sikit . 




Hadiah Birthday 2024 : Handbag David Jones Dari Kaklong Aya

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hadiah Birthday 2024 : Handbag David Jones Dari Kaklong Aya Sambungan  kepada hadiah-hadiah yang CCL terima bulan November hari tu . Baru sempat siapkan entri blog . Kekangan masa dengan kerja ujung-ujung bulan ni . Sebenarnya ada beberapa lagi entri yang akan menyusul perkongsian hadiah yang CCL terima . Sengaja taknak letakkan semua hadiah dalam satu entri . 

So next hadiah yang CCL terima dari Kakak CCL . Salah seorang penguat semangat CCL tatkala CCL  down . Dia sentiasa ada 

Handbag david jones, jenama david jones, slingbag david jones

Handbag David Jones . Sumpah fall in love dengan material handbag ni . Warna putih pulak memang sesuai la nak matching-matching dengan banyak baju . Pandai  kaklong pilih kena dengan citarasa CCL . Handbag pun kecil comel macam ni memang sangat sesuai CCL gayakan  . Rasa sayang nak guna, tapi kena guna juga pemberian orang kan .. 

Terima kasih Kaklong . 



Fairus Buat Giveaway

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Fairus Buat Giveaway Hari ni CCL join giveaway dari blogger Fairus . Giveaway ni baru start semalam tau ..sehingga penghujung bukan Disember


Dalam entri beliau minta pendapat kenapa suka mengunjung blognya .. So bagi pendapat CCL kenapa acap kali CCL mengunjungi blog Fairus adalah bog yang penuh dengan informasi tentang sejarah-sejarah lama at least boleh la sama-sama tambah ilmu pengetahuan . 

Uguys nak join klik banner di atas okey. 



Giveaway By Ejulz 2024

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Giveaway By Ejulz 2024 Giveaway yang kedua yang CCL sempat join untuk hari ni .. kali ni Giveaway yang tengah on going dari blogger Ejulz sehingga ujung ban Disember iaitu pada 31 Disember . So jom ramai-ramai support Giveaway dari blogger Ejulz . Mana tahu rezeki dalam Giveaway ni . 



U guys yang belom join jemput klik banner di atas .



GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY Hampir-hampir terlupa ya , hari ni merupakan hari terakhir giveaway dari blogger Adnil Linda . Tengah-tengah blogwalking mujur teringat ada giveaway yang tengah on going . Support rakan blogger mana tahu terselit rezeki kan . 

Harap-harap penyertaan last minit sebelum giveaway ni tutup dapat diterima la . Untuk u guys yang nak join boleh klik banner di bawah 


Ucapan sempena ulang tahun perkahwinan akak Adnil Linda & suami 




Pengajaran Buat Kaki Travel, Hati-Hati Dengan Penumpang Yang Terlebih Mesra

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pengajaran Buat Kaki Travel, Hati-Hati Dengan Penumpang Yang Terlebih Mesra U guys kaki travel tak kisah la sama ada dalam negeri atau pun pergi travel luar negara sekali pun wajib tau untuk baca entri CCL kali ni . CCL nak share tapi bukan lah based on pengalaman CCL , ini pun CCL terbaca di platform Facebook , terdetik nak share dalam blog sebagai keselamatan u guys juga kan . 

Teruskan membaca .. 

Dalam flight ke Dubai, aku teringat cerita ni. Masa tu ada seorang makcik duduk sebelah aku. Dia mintak tolong angkatkan luggage dia, tapi ada abang baik kat seat seberang yang tolong dia instead. Aku memang jenis tak tinggi, jadi aku avoid sangat nak usik compartment atas tu.

Lepas settle duduk, makcik ni terus borak dengan aku. Friendly gila, kami borak sepanjang flight. Tapi masa flight nak landing, tiba-tiba dia mengadu sakit perut teruk. Risau jugak aku, jadi aku panggil pramugari, dan dorang pun bagi bantuan basic. Lepas tu, makcik ni start panggil aku "anak", pegang tangan aku kuat-kuat. 

Semua orang kat sekeliling mula anggap kami ni related.Masa dah landing, abang yang tolong dia tadi keluarkan beg dia dan bisik kat aku, suruh aku jangan rapat sangat dengan makcik ni. Dia jugak pesan untuk explain kat cabin crew yang kami tak travel sekali. Nasib baik aku dengar cakap dia.Crew flight tanya sama ada kami kenal, aku terus jawab yang kami baru je jumpa dalam flight. 


Masa nak keluar dari flight, makcik tu merayu suruh aku bawakan handbag dia. Aku blur kejap, tapi abang tadi geleng kepala kuat-kuat, macam suruh aku jangan buat. Dia siap bagi aku nota kecil, suruh aku biarkan crew yang handle dia.Aku ikut nasihat abang tu, keluar je dari flight tanpa usik barang makcik tu. 

Makcik tu tunggu wheelchair, dan aku pun blah. Tak lama lepas tu, kecoh kat airport. Rupa-rupanya, makcik tu lari dari wheelchair sambil bawak luggage dia. Polis airport cepat-cepat tahan dia.

Masa tu la makcik tu menjerit, panggil aku "anak" dan tuduh aku tinggalkan dia. 

Baru aku sedar, makcik ni rupanya bawak barang terlarang dan nak libatkan aku dalam hal ni.Nasib baik abang tadi datang back up aku, explain yang aku ni stranger je. Polis mintak makcik tu bagi full name aku, tapi dia tak boleh sebab aku tak pernah share nama aku dengan dia. Barang aku semua kena check habis-habisan, tapi takde connection pun dengan barang dia. Akhirnya, aku dilepaskan.

Benda ni ajar aku satu benda penting: Jangan sentuh luggage atau barang orang lain kat airport atau dalam flight, walaupun nampak macam harmless. Barang dorang, tanggungjawab dorang. Barang kau, tanggungjawab kau.Sekarang ni, kalau ada orang mintak tolong angkat barang kat compartment atas atau apa-apa, aku terus panggil cabin crew. Call me cold, tapi ini semua pasal self-preservation.

Pengajaran Buat Travelers: Baik hati tu boleh, tapi sentiasa berhati-hati. Kadang-kadang, nyawa kau boleh jadi taruhan.


Saatnya Kita Mula Sedikit Tidak Peduli

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Saatnya Kita Mula Sedikit Tidak Peduli Kalau kita dah mula untuk mengambil jarak. Kalau kita dah mula untuk  tidak peduli . Kalau kita dah mula untuk meletakkan hak untuk diri sendiri, kita akan dianggap jahat okeh orang lain . Kita akan dianggap sebagai orang yang tidak mengenang budi . Kita akan dianggap sebagai complicated  , sukar kita dianggap sebagai orang yang hanya pentingkan diri sendiri hanya kerana kita telah memilih untuk Tidak peduli  hanya kerana kita mula mengambil jarak hanya kerana kita telah mula memilih. Untuk menjadi orang yang sedikit memberikan hak pada diri kita . 



Tentu ada resistant tentu ada pertentangan dan itu perkara biasa . Orang yang selama ini terlalu selesa dan mengambil kesempatan di atas  sikap kita akan menjadi orang yang akhirnya memusuhi kita dan akhirnya membenci kita kerana kita nak berubah menjadi yang lebih baik dan itu biasa 



Hadiah Birthday 2024 : Tudung Bawal Dearlovebysha Code Earthy Dari Emilia

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hadiah Birthday 2024 : Tudung Bawal Code Earthy Dearlovebysha Dari Emilia Terima tudung dari kawan satu sekolah menengah masa pergi kenduri kahwin salah seorang kawan CCL . Pemberian tudung bawal dari Tasha pun tudung Dearlovebysha . Kali ni pemberian tudung dari Emilia , jenama tudung sama mujur code dan design tudung yang berbeza . 

tudung Dearlovebysha, tudung Dearlovebysha code pinky, hadiah untuk kawan perempuan , hadiah untuk wanita , tudung Printed

Tudung bawal pemberian dari Emilia .


tudung Dearlovebysha, tudung Dearlovebysha code pinky, hadiah untuk kawan perempuan , hadiah untuk wanita , tudung Printed

Love dengan corak tudung ni . CCL suka gabungan warna pada tudung ni , lagi-lagi based tudung ni warna putih memang in love sangat .. 

Alhamdulillah rezeki dikelilingi dengan kawan-kawan yang baik . Walaupun karang bertemu, kerap chit chat dalam wassap group sahaja tetapi saling mengingati . 

Terima kasih Emilia . Semoga dimewahkan rezeki . 


Hadiah Birthday 2024 : Tudung Dearlovebysha Code Pinky Dari Tasha

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hadiah Birthday 2024 : Tudung Dearlovebysha Code Pinky Dari Tasha Masih lagi dalam entri penghargaan kepada kawan-kawan CCL yang bagi hadiah birthday kepada CCL  . Saja catatkan dalam ni sebagai kenangan

tudung Dearlovebysha, tudung Dearlovebysha code pinky, hadiah untuk kawan perempuan , hadiah untuk wanita , tudung Printed

Terima kasih kasih yang tak terhingga kepada kawan zaman sekolah sehingga sekarang si Tasha, walaupun sekarang kekangan masa nak keluar lepak bersama. Ni pun boleh jumpa together masa pergi kenduri kahwin kawan CCL 

tudung Dearlovebysha, tudung Dearlovebysha code pinky, hadiah untuk kawan perempuan , hadiah untuk wanita , tudung Printed

Terima kasih Tasha bagi CCL tudung Dearlovebysha . Corak pun cantik nampak sweetie sangat . Warna pink . 

CCL ada dapat sehelai lagi tudung Dearlovebysha ni juga tapi corak lain , pemberian dari kawan satu sekolah dengan CCL juga . Next entri CCL share lagi .. 

Buat Tasha terima kasih hadiahkan CCL sehelai tudung yang cantik . Semoga dimewahkan dengan rezeki 





Hadiah Birthday 2024 : Tudung Bawal Ariana Dari Blogger Mummy Ayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hadiah Birthday 2024 : Tudung Bawal Ariana Dari Blogger Mummy Ayu Petang tadi CCL ada cerita parcel pink dari blogger Mummy Ayu, hasil menang Giveaway beliau tempoh hari , tak sangka pulak Mummy Ayu ada selitkan sekali hadiah birthday untuk CCL .. Suprise !!! 

tudung bawal , tudung bawal ariana, design tudung bawal monogram, design tudung bawal Ariana

Seperti biasa ada nota ringkas untuk CCL ..


tudung bawal , tudung bawal ariana, design tudung bawal monogram, design tudung bawal Ariana

Isi dalam kotak, CCL dapat sehelai tudung bawal dari Mummy Ayu


tudung bawal , tudung bawal ariana, design tudung bawal monogram, design tudung bawal Ariana

Tudung bawal Ariana, Cantik warna purple lavender. Material pun best, lagi-lagi design yang Mummy Ayu pilihkan ni memang CCL suka .. bertambah koleksi tudung bawal CCL .

Terima kasih yang tak terhingga buat Mummy Ayu . CCL doakan semoga Mummy Ayu sentiasa dimurahkan rezeki, dipermudahkan seglaa urusan ..Semoga ukhwah antara kita sampai bila-bila ya .. Sekali lagi terima kasih untuk hadiah tersebut . 



Menang Giveaway Mummy Ayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Menang Giveaway Mummy Ayu Syukur alhamdulillah , dah lama tau CCL tak memang Giveaway .. haritu ada join giveaway dari Mummy Ayu , alhamdulillah ada rezeki terselit juga ya ..  


Hadiah planner book , palnner book , keychain crochet, bookmarks chain

 CCL  terima parcel dari Mummy Ayu ni penghujung bulan November yang lalu , baru hari ni sempat update entri  . Dapat bungkusan comel berwarna pink dan terselit sedikit nota ringkas pada bungkusan tersebut . 

Hadiah planner book , palnner book , keychain crochet, bookmarks chain

Apa isi yang terdapat dalam bungkusan pink yang comel tu .. taraaaaa  Mummy Ayu bagi CCL planner book . cantiknya planner book siap custom lagi ..boleh la CCL guna planner book ni untuk tahun hadapan .. Selain itu  terselit juga  bookmark chain .. ada  keychain crochet  dan juga acrylic heart shaped plaque .

Terima kasih blogger Mummy Ayu untuk hadiah tersebut ..tapi ..tapi ada satu lagi hadiah dari Mummy Ayu tau ..kalau nak tahu apa stay tune laa entri seterusnyaa .. 



Certot : Resepi Tiktok

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Certot : Resepi Tiktok Gita baru kehilangan kedua ibu bapanya. Ada adik-adik yang perlu diurus. Memandangkan ibu dan bapanya merupakan sama-sama yatim piatu yang membesar di rumah anak yatim, mereka tiada saudara. Hanya Gita dan adik-adiknya sahaja di dunia ini. Untuk itu, dia perlu kuat. 

“Kakak… lapar.” Adik bongsunya yang berusia lapan tahun merengek. 

Walaupun sudah berusia 18 tahun, tidak banyak jenis masakan yang Gita tahu masak. Setakat nasi, telur goreng, nasi goreng kicap itu dia tahulah. Lebih-lebih, dia tak reti. Takkanlah mereka adik-beradik nak makan itu sahaja setiap hari? 

Gita mencari idea masakan ringkas yang boleh dia buat di TikTok. Puas membelek, dia temukan satu menu pasta yang cukup ringkas dan tak banyak bahan. Berbekalkan wang simpanan orang tuanya yang masih tersisa sementara Gita mencari kerja, dia ke kedai membeli bahan. 

Setelah pulang, dia masak hidangan itu dan adik-adiknya makan dengan sangat lahap. Hari berganti hari, Gita semakin bersemangat untuk mencuba menu lain. Semuanya dia belajar daripada TikTok. Bukan itu sahaja, Gita juga ada menjual makanan yang dia masak ke dalam grup WhatsApp kejiranan serta rakan-rakan di tempat kerjanya. 

Hal yang pada mulanya Gita pelajari hanya untuk bertahan hidup, kini menjadi antara penyumbang kepada pendapatan keluarganya. Walaupun Gita tak dapat meneruskan pelajaran kerana ingin membesarkan adik-adiknya, tapi dia seronok melakukan kerja-kerja ini. Moga suatu hari nanti, di kala semua adiknya sudah besar, Gita melihat kepada detik ini dan berkata kepada dirinya sendiri, “Kau kuat!”



Certot : Asam Keping

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Certot : Asam Keping

“Mak su! Mak su!” jerit Tikah di dapur.

Mak su yang sedang menyapu di luar rumah berlari dengan berkain batik ke dapur.

“Kenapa, Tikah? Terbakar ke?” soalnya cemas.

“Ikan ni meletup, mak su! Tolong!” jerit Tikah lagi. Tangan kanan memegang sudip besi, di tangan kiri pula memegang pingan kaca sebagai perisai.

Mak su tanpa basa-basi terus menutup api dapur.Minyak di dalam kuali perlahan-lahan berhenti meletup.

“Fuh! Terima kasih, mak su. kalau tidak tadi memang saya dah kena bunuh dengan minyak ni!”

Mak su menggelengkan kepalanya mendengar celoteh anak saudaranya itu.


“Tikah lupa ya apa yang mak su beritahu semalam?” Tangan mak su lantas mencapai sebalang asam keping. Dibukanya balang tersebut dan mengambil sekeping asam keping, lalu dimasukkan ke dalam kuali gorengan ikan keli tadi.

“Asam keping ni boleh kurangkan letupan minyak dan tak nak bagi ikan atau ayam melekat dekat kuali. Maklumlah kuali opah kamu tu dah berkurun. Tak pernah nak ditukar baru.”


Tikah hanya mendengar dengan tekun.

“Baik, mak su. Lain kali saya janji takkan lupa masukkan sekali asam keping setiap kali nak goreng ikan!” Tikah mengambil tempat di meja makan.


“Yang helmet dekat kepala kamu tu untuk apa?”

Mak su mengetuk helmet yang dipakai Tikah.

“Hehe, untuk keselamatan wajah cantik saya ni, mak su,” balas Tikah seraya membuka helmet tok wannya.

“Ada-ada sajalah kamu ni, Tikah.”


Hadiah Birthday 2024 : Dapat Velvet Lipmatte Dari Ex-Student Intern Siti

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Hadiah Birthday 2024 : Dapat Velvet Lipmatte Dari Ex-Student Intern Siti 

Hadiah birthday, hadiah untuk kawan perempuan, senarai hadiah untuk perempuan, velvet lipmatte

Birthday gift untuk kali ni datang dari ex-student intern CCL iaitu Siti . Dah beberapa bulan tak bertemu dengan si Siti semenjak dia habis intern ni , lepas habis intern dia terus bekerja di salah sebuah kedai makan . Dua tiga hari selepas birthday CCL ni dia ada singgah ke office CCL . Singgah hantar birthday present CCL . Hahh buat susah-susah ja si Siti ni . Sempat la borak-borak kejap . Bila dah berjumpa ni macam-macam topik nak diborakkan, macam-macam topik nak diluahkan antara satu sama lain . 

Siti bagi dua velvet lipmatte . Alhamdulillah terima kasih yang tidak terhingga . Mujur la dekat kotak tersebut ada tertulis velvet matte , kangg CCL ingat si Siti ni bagi makanan kucing pulak .hahah kadang random juga yer perangai Siti ni . 

Untuk velvet lipmatte ni CCL belum cuba pakai lagi . Nanti CCL dah pakai boleh laa review best ke tidak  dan boleh review code colour velvet lipmatte ni . 

Hadiah birthday, hadiah untuk kawan perempuan, senarai hadiah untuk perempuan, velvet lipmatte

Terima kasih Siti, bagi hadiah yang comel ni . Semoga murah rezeki  .  



Mixue : Kiwi Jasmine Tea

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


mixue, mixue kiwi jasmine tea, menu minuman mixue, mixue jasmine tea

Selalunya kalau singgah Mixue antara menu yang kerap kali CCL repeat order adalah Mixue Milk Tea dan Mixue Toffee Hazelnut Latte . Dua ni memang dah jadi favourite CCL . 

Hari ni sengaja nak cuba menu lain pula . CCL order Mixue Jasmine Tea . Nak try something yang baru lah katakan .. u guys pernah cuba tak Mixue Jasmine Tea ? sedap ke tak?? 

First impression CCL minum Mixue Jasmine Tea ni bagi CCL kurang kena dengan selera CCL . Gabungan Jasmine teh bersama buah kiwi rasa manis-manis pahit . Mungkin rasa pahit tu dari Jasmine teh . Potongan buah kiwi yang fresh dan juga ada  jelly nata de coco . 

Bukanlah tidak sedap , sedap dan boleh diminum tetapi rasa pahit di hujung lidah tu membuatkan CCL rasa tidak selesa .. terpaksa juga la habiskan air ni walaupun kurang kena dengan tekak CCL 


Hadiah Birthday 2024 : Sling Bag Polo Dari Laily

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Hadiah birthday, hadiah birthday untuk kawan perempuan, hadiah hari lahir, hadiah sling bag, sling bag polo

Masih lagi rentetan cerita birthday gift tempuh hari . Sengaja share dekat sini sebagai kenang-kenangan .. satu hadiah satu entri at least terupdate juga la blog ni yang kadang-kadang menyepi kan .. 

Hadiah birthday, hadiah birthday untuk kawan perempuan, hadiah hari lahir, hadiah sling bag, sling bag polo

Alhamdulillah rezeki ..tak meminta cukup hanya ucapan beserta doa ..tapi kawan CCL hadiahkan sling bag .. cantik ..in love sangat memang sangat sesuai CCL gayakan .. warna pink belacan . Sling bag ni banyak juga compartment yang ada ..siap ada tali untuk galas di bahu . Boleh laa CCL guna pergi kerja ataupun keluar jalan-jalan ..

Terima kasih . CCL doakan semoga murah rezeki . 



Beli Sabun Aiskrim

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli Sabun Aiskrim  Sebelum ni memang kalau nak bersih badan pakai sabun buku . Rasa selesa , walaupun kadang-kadang guna juga shower gel tetapi tetap kena bersih badan guna sabun buku  . Kali ni CCL cuba beli sabun aiskrim . U guys pernah dengar tak sabun aiskrim . Ya sabun untuk mandian bukan untuk di makan tau .. no !! Tak boleh makan  . 


Racun shopee, sabun aiskrim, sabun mandian badan, sabun krim

Sabun aiskrim ni tekstur memang sangat lembut . Ambil dalam kuantiti yang mencukupi , sapu pada seluruh tubuh badan dan bilas dengan air .. mudah kan .. teracun untuk cuba sabun aiskrim ni dari mana lagi tak lain tak bukan kalau bukan dari platform Shopee . Tengok live seller tengah ceduk-ceduk sabun aiskrim ni ke dalam balang terus rasa nak cuba ..yang paling best setiap hari flavour sabun aiskrim ni lain-lain tau ..so setiap kali masuk live seller di Mellysha Beauty Rich kena tahan diri laa ..bukan apa sebab CCL dah beli dua flavour, risau terbeli setiap minggu tak sempat nak pakai haa .. 

Racun shopee, sabun aiskrim, sabun mandian badan, sabun krim

Sabun aiskrim Shea butter & mint . Gabungan tiga warna iaitu purple bau bubblegum,  biru dengan bauan  honeydew dan juga warna kuning bauan pineapple . Gabungan warna yang cantik . Lulur pada seluruh badan rasa fresh sangat sebab ada mint yang bagi effect cooling pada kulit . 


Racun shopee, sabun aiskrim, sabun mandian badan, sabun krim

Ni flavour kedua sabun aiskrim gelenggang mint . Flavour merah dengan bauan scandalous  . Hitam pula  dari charcoals cherry blossom . Wangi melekat pada badan . Gabungan warna yang cantik . Lulur pada seluruh badan rasa fresh sangat sebab ada mint yang bagi effect cooling pada kulit .

Sabun aiskrim ni bukan hanya padai di seluruh tubuh badan sahaja tau , pakai pada kulit wajah pun boleh .. harga pun murah hanya RM11.90 sahaja .

Kalau tanya CCL best ke tidak pakai sabun aiskrim ni , of course best  sebab ingredients di dalam sabun ni sangat best . Segar tubuh badan tau .



Top Commentators Of November 2024 : Tahniah Blogger Fanny Dcatqueen !!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Top Commentators Of November 2024 : Tahniah Blogger Fanny Dcatqueen !! Hari ni hari pertama kita semua melangkah ke bulan Disember . So berbaki lagi sebulan untuk pengakhiran tahun 2024 kan . Sekejap waktu berlalu pergi  . Seperti biasa CCL nak umumkan Top Commentators of November jatuh kepada blogger Fanny Dcatqueen

Sudah dua kali rakan blogger CCL seorang yang dari negara seberang ni menjuarai carta bulanan untuk top Commentator . Bulan September dan juga bulan November . Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi datang ke lama blog CCL tanpa putus-putus . 

Top Commentator

Top 5 commentator untuk bulan November 

  1. Fanny Dcatqueen
  2. Rabiatul Adawiyah
  3. Fairus
  4. Mummy Ayu
  5. Mulan
Terima kasih untuk semua top 5 commentator  . Terima kasih juga yang tidak tersenarai . CCL hargai semua guys yang datang ziarah blog CCL yang kadang-kadang sendu ni . 

Untuk penghujung bulan Disember nanti ada something special untuk top Commentators . Nak tahu apa ..ok stay tune laa ujung tahun ..