Photoshoot Raya Kulim 2023 : The White Diary Studio

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Photoshoot Raya Kulim 2023 : The White Diary Studio Salam Aidilfitri semua buat kawan-kawan alam maya CCL . Masih bulan Syawal lagi kan .. So sempat lagi nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri , hari ni baru ada kesempatan nak luang masa, cuci-cuci sawang blog setelah beberapa minggu , beberapa bulan tak sempat nak jenguk blog . Nak maintain untuk update entri setiap hari ni satu cabaran jugak lah .. Kekangan masa betul . Kena cari ruang dan waktu barulah idea menjengah tiba .. Haa tak gitu ..


Ok tak nak buang masa lah .. So nak nak cerita serba sedikit kenangan-kenangan raya untuk tahun ni . Kalau tahun lepas dapat cuti raya . Memang giliran CCL bercuti , so tahun ni terpaksa berkorban lah, tahun ni terpaksa kerja . Adat bila bekerja dengan orang ni kena ada tolak ansur, kena ada sistem giliran barulah adil untuk semua staff-staff . Raya pertama dan raya kedua raya ditempat kerja . Tak berseorangan tapi ada juga kawan-kawan . Walaupun raya pertama dan kedua terpaksa buat overtime . So nak bawa vibes-vibes pagi syawal tue , bawa lah sedikit hidangan juadah raya untuk makan di office , and then pasang laa lagu-lagu raya . Vibes syawal sangat tau . Balik kerja barulah dapat spend time dengan family . 


CERITA CCL,PHOTOSHOOT RAYA, PHOTOSHOOT RAYA KULIM , PHOTOSHOOT RAYA 2023, STUDIO RAYA MURAH , STUDIO RAYA KULIM , STUDIO RAYA 2023,

Ok Syawal ketiga,  dapat beraya bersama suami dan family mertua di Kulim . Raya tahun ni raya agak rushing jugak la, raya ketiga balik kulim, raya ketiga juga kejar untuk photoshoot raya . Oh tahun ni tahun ketiga juga beraya dengan suami selepas berkahwin . Seperti tahun-tahun lepas wajib ada photoshoot raya habuan kenang-kenangan . Tahun pertama cari studio raya di Perlis, tahun kedua pun photoshoot raya di Perlis tapi outdoor je lah sebab raya kalut kan .. Ok untuk tahun ketiga CCL rushing cari studio photoshoot raya di Kulim . Dah alang-alang balik rumah mertua..


Mujurlah seberang negeri Perlis , Kedah tapi kalau jem atas highway mau berjam jam jugak laa kereta bergerak macam siput . So bosan-bosan dalam kereta, godek-godek la dalam facebook dengan carian studio raya kulim . Banyak pilihan, banyak studio yang cantik-cantik . Nak decide masa untuk photoshoot pun gerun jugak laa takut tak sempat dengan masa yang dijanjikan . Decide punya decide alhamdulillah alhamdulillah ada juga rezeki untuk photoshoot saya di Kulim . 


CERITA CCL,PHOTOSHOOT RAYA, PHOTOSHOOT RAYA KULIM , PHOTOSHOOT RAYA 2023, STUDIO RAYA MURAH , STUDIO RAYA KULIM , STUDIO RAYA 2023,

The White Diary Studio, Kulim walaupun admin studio memang sibuk layan customer di studio, alhamdulillah sempat jugak la decide ubtuk slot kosong . So tahun ni merasa jugak la photoshoot raya di studio . Ada 3 props studio raya dengan design yang berbeza . CCL pilih props hijau , dengan baju bertemakan dusty pink untuk tahun ni ..  Walaupun raya ketoga ramai jugak la yang datang photoshoot disini . Tapi jangan risau dalam studio tak bersesak dengan orang ramai so tak ada la segan sangat untuk kita posing-posing. Bagi yang tak reti nak posing-posing , jangan risau team photographer The White Diary Studio akan guide hangpa semua dari start sampai akhir posing . So tak payah fikir nak posing macam-macam mana . Semuanya akan diajar. Hangpa follow ja step photographer tue . 


CERITA CCL,PHOTOSHOOT RAYA, PHOTOSHOOT RAYA KULIM , PHOTOSHOOT RAYA 2023, STUDIO RAYA MURAH , STUDIO RAYA KULIM , STUDIO RAYA 2023,

Selesai photoshoot kena tunggu sekejap dalam 10 hingga 15minit untuk team The White Diary Studio edit gambar hangpa cantik-cantik dan terus dapat thru phone . Team akan transfer terus gambar tadi masuk ke dalam phone . Mudahkan ..selesai transfer terus dapat tengok gambar-gambar shoot tadi..


Untuk tahun depan kalau props cantik-cantik insyaAllah CCL akan repeat lagi . Untuk warga kulim yang mencari photoshoot raya  tahun depan boleh try studio The White Diary, Taman Mutiara Kulim . Acewahhhh awai betul CCL promote . Yes !! Sebab sekarang team depa dah close photoshoot raya untuk tahun ni . 


Bertemu pulak tahun hadapan . Ok untuk kawan-kawan Salam Lebaran, maaf andai ada tersalah dari segi bahasa yang mengguris hati . Salam kosong-kosong 



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. wah..nice. cantik semuanya pic.. prop ni ..cun!

    BalasPadam
  2. Cantiknya gambar, kat Kulim yer. Boleh lah nanti try.

    BalasPadam
  3. Kiranya dah kahwin, ambil gambar raya bersama.

    BalasPadam
  4. haaa bestnyaaa. .dapat photoshoot. saya teringin nak photoshoot studio. tapi belum ada rezeki sebab duit selalu digunakan untuk benda lain dahulu. insyaalah ada rezeki mmg sy nak buat tiap tahun kalau boleh.

    BalasPadam
  5. best juga ada gambar photoshoot begini...boleh jadi ingatan terindah untuk hari yang terindah dalam hidup

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan