Assalamualaikum & salam sejahtera
Filem : Mrs Chatterjee vs Norway (2023) Filem ini diangkat dari sebuah kisah benar yang berlaku pada Sagarika Chakraborty dan suaminya, pasangan dari negara India yang berhijrah dan menetap di Norway terpaksa berhadapan dengan sistem undang² Kerajaan Norway apabila mereka menarik hak penjagaan kedua-dua orang anak Sagarika.
Filem ini dibuka dengan perjalanan kehidupan keluarga imigran yang bahagia, Debika Chatterjee (Rani Mukherjee) menetap bersama suami (Anirban Chatterjee) dan juga dua orang anaknya, Shubh dan Suchi di Stavanger, Norway.
Wakil dari Kebajikan Kanak-kanak Norway, Sia (Kärt Tammjärv) dan Matilda (Britta Soll) ditugaskan untuk berada di rumah Debika untuk pantau cara dia dan suami menjaga anak selama 10 minggu. Malang tak berbau, laporan dan dakwaan dibuat terhadap Debika sebab menyuap Shubh makan menggunakan tangan dan dia dilabel sebagai mentally unstable, gila, mak tak bertanggungjawab.
Rumah mereka juga dikatakan tidak selamat untuk anak-anak mereka. Secara tak langsung, mengikut undang-undang Norway automatik hak penjagaan terhadap anak²nya ditarik. Bermulalah perjuangan seorang ibu menentang sistem perundangan Norway yang penuh dengan dugaan.
Diadaptasi dari sebuah kisah benar, lakonanRani Mukerji, Anirban Bhattacharya, Neena Gupta, Jim Sarbh dan ramai lagi. Sedih, pedih, hampa, kecewa menjalani liku-liku dugaan sepajangan perbicaraan Debika demi untuk menuntut hak penjaagaan anak-anaknya semula. Plot penceritaan yang penuh dengan air mata. Korang ready jela.
Lakonan Rani Mukerji memang mantap. Mood sedih tu berpanjangan sebab muka Rani Mukerji ni, rasa pilu je hati tengok usaha pngorbanan seorang ibu. Rasa kekuatan seorang ibu yang tak mudah putus asa. Kuat semangat. Tengok macam mana orang kampung nak lawan sistem perundangan Norway. Gila wey. Berani betul. Berani kerana benar.
Lain negara, lain undang-undangnya. Begitu la yang terjadi pada keluarga Chatterjee, cara didikan dia dianggap menjejaskan keselematan anak-anak dia sendiri.
Sama juga yang berlaku pada satu keluarga Malaysia yang menetap di Sweden. Pasangan suami isteri itu masing-masing dijatuhkan hukuman penjaran 14 bulan dan 10 bulan oleh kerana kesalahan mendera anak. Kalau di negara Asia rasanya cara didikan yang agak kasar ni perkara biasa. Tapi di negara eropah ia dilabelkan sebagai satu kes penderaan. Tapi tu la, kalau nak pukul pon beragak la sikit, ni sampai berbirat badan anak dia.
Jadi korang boleh la layan di Netfix
5 Ulasan
yezza....best cita ni & memang suka sgt dgn lakonan Rani Mukerjee...power
BalasPadamdh tgk tp memang sedih sbb ada laki pun tak berguna
BalasPadamsedih tgk filem ni... bila pk ianya kisah benar lagi laaa... geram kat hubby dia...
BalasPadamCerita ni memang banyak pengajaran. Kena tonton!
BalasPadamdah tengok cerita ni..ehhh geram nengok perangai husben & family in law dia...nasib baik lepas berapa tahun berjuang, dia berjaya jugak dptkan semula anak-anak dia..akak paling sedih part yang ending masa hakim nak jumpa anak-anak dia..wpun dah terpisah berapa tahun, anak-anak dia automatik pergi ke mak dia...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan