Busana Raya dari J.Labella Atelier

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Busana Raya dari J.Labella Atelier Asal menjelang Syawal pasti akan ada jenama baju-baju raya yang akan menjadi viral . Viral disebabkan harga yang mahal tapi kualiti kain tidak setanding dengan harga . Senang cerita kualiti out terus . Kalau tahun lepas jenama Leeyanarahman yang banyak netizen persoalkan, tahun ini pulak jenama Bulan Bintang yang paling banyak disebut oleh netizen-netizen di rata-rata media sosial . Mana tidaknya ramai yang kecewa dengan brand tersebut harga mahal tapi kualiti tak setanding harga . Hangpa pun pasti ada tengok juga kan gambar-gambar yang netizen kongsi di media sosial , antaranya ada yang sekali pakai material kain dah berbulu, kain yang mudah pecah, jahitan tidak kemas dan pelbagai lagi. Alahai kesian pulak . Harap-harap team Bulan Bintang dapat upgradekan lagi kualiti .


JLABELLA ATELIER,JENAMA BAJU JLABELLA ATELIER,CERITA CCL,BAJU RAYA JLABELLA ATELIER,
Selesa dengan J.labella Atelier

Untuk family CCL pulak, tak ada sorang pun yang terjebak untuk mencuba Bulan Bintang. Dah beberapa tahun masih selesa dengan jenama J.labella Atelier. Tahun ni pun tetap dengan pilihan jenama tersebut . Sejak-sejak jumpa jenama J.labella Atelier memang susah nak tukar je jenama lain, salah satu sebabnya kalau hangpa terjah website J.labella Atelier memang senang nak cari baju yang matching-matching warna dari sut lelaki mahupun perempuan . So tak payah pening kepala.


Untuk busana lelaki ada baju melayu dan juga kurta. Harga pun berpatutan. Material memang sangat tiptop lah . Jangan risau pakai berkali-kali pun even pakai sampin , seharian beraya kesana kesini tetap takkan ada defect berbulu-bulu. Cuma harap-harap team J.labella Atelier dapat pelbagaikan lagi warna dan juga restock saiz , nak- nak lagi musim raya ni kan . Tak ketinggalan juga busana perempuan pun cantik-cantik. Harga pun ikut bajet korang. Tapi material memang cantik dan sedap pakai . 


Untuk tahun ni  tema dusty pink bagi CCL dan suami dan CCL dan family tema nude . Sedondon gitu. Baju raya tak mahal-mahal pun tak apa , asalkan material kain yang bagus dan selesa dipakai . Beli untuk dipakai berkali-kali kualiti material maintain bagus bukannya beli, pakai sekali terus nak prelove baju tersebut . 


Eh tapi ada juga kan yang pakai sekali, cuci-cuci terus prelove .. 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. cantiks..
    sama MA pun akan cari yg selesa pakai & boleh repeat2 pakai gi wedding or majlis apa2 kemudiannya..

    BalasPadam
  2. Setuju. Tak perlu mahal2, yang penting selesa dan presentable utk kita pakai

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan