Pokok Cili Besar Tumbuh Tepi Dinding Rumah

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Pokok Cili Besar Tumbuh Tepi Dinding Rumah kehadiran pokok cili besar yang tiba-tiba tumbuh atas tanah betul-betul tepi dinding rumah CCL akhirnya membuahkan hasil . Kehadiran pokok cili besar ni memang sudah diketahui , cumanya terlepas pandang . Tahu-tahu sudah mengeluarkan hasil walaupun tidak pernah disiram dan tidak pernah dibaja .  


Pokok Cili Besar Tumbuh Tepi Dinding Rumah

Itu pun CCL ternampak salah satu cili besar sudah pun masak bertukar warna dari hijau kepada merah, yang lain masih lagi berwarna hijau . Walaupun pokok tidak sebesar mana tapi keluarkan hasil yang boleh dikatakan banyak juga . Sekarang masih ada 7 tangkai cili besar . Sekali tengok seakan-akan pokok cili kering .  Hahah . Semoga hidup lebih subur lagi . Niat nak pindahkan ke tempat lain takut tidak sesuai pulak . So CCL biarkan je lahh tumbuh di atas tanah tepi dinding ni . 

Tonton Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Tonton Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah Nantikan drama Terbaru 2023 adaptasi novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil akan mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Nuansa Sdn Bhd, diarahkan oleh Osman Ali dan menampilkan pelakon utama Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz.


Drama 2023, drama terbaru tv3 2023, senarai drama terbaru 2023, ku akad kau dengan bismillah , tonton online drama ku akad kau dengan bismillah , novel ku akad kau dengan bismillah, sinopsis drama ku akad kau dengan bismillah


Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Episod: 28

Tarikh Tayangan: Februari 2023

Waktu Siaran: Setiap hari, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3

Pengarah: Osman Ali & Yus Yusop

Produksi: Nuansa Films & TV Production


Watak Pelakon Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Sophia AlBarakbah sebagai Raisya Hannah

Aliff Aziz sebagai Luth Mikail

Halim Radzi sebagai Haikal

Shah Iskandar sebagai Adam Zikri

Zack Zabhas sebagai Dato Muzaffar

Jasmin Hamid sebagai Datin Safiah

Ayu Ayuni sebagai Alia

Jasper Supayah sebagai Najia

Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim

Jasmine Suraya sebagai Maira

Hilal Azman sebagai Pak Ngah Zahid


Sinopsis Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Menjadi seorang Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim bukan mudah. Maruahnya luruh sekelip mata. Di sampingnya, lelaki tidak dikenali tanpa sehelai benang melilit tubuhnya.Apa dayanya tika itu. Hanya tangisan mengiringi. Hatinya lumat, jiwanya hancur. Maruahnya tercemar. Kerana peristiwa itu dia nekad membawa diri. Meninggalkan segala yang disayangi di bumi bertuah.


Menjadi Luth Mikail juga bukannya mudah. Gadis itu tidak dikenali tetapi gadis itu terjerat dengan musuh perniagaannya. Tatkala dia bangun pagi itu semuanya musnah. Reputasi dirinya hancur dek khianat dan benci.Lima tahun dia mencari gadis itu. Mengusung bersama penyesalan yang bukan sedikit. Kerana dia, gadis tak berdosa menjadi mangsa. Kerana dia juga seluruh hidup gadis itu musnah dan kerana gadis itu juga dia berubah.


Pertemuan yang tidak diduga membuatkan jiwa Luth Mikail yang mati selama ini hidup kembali. Mereka disatukan tetapi lelaki itu tahu jiwa wanita bernama Raisya Hannah sudah lama mati.


“Abang mohon maaf atas semua kesalahan abang selama ini. Abang mengambil setiap kesalahan abang itu sebagai hukuman untuk abang,” – Luth Mikail


“Awak ingat senang-senang untuk saya maafkan awak? Lima tahun saya membenci diri sendiri. Jijik dengan tubuh sendiri. Walaupun dicuci dan dibilas dengan berbaldi-baldi air belum tentu mampu menghilangkan kekotoran itu,” – Hannah


Bagaimana kesudahan cerita mereka. Mampukah Luth Mikail melenturkan kebencian si isteri dan mampukah Hannah berterusan membenci suami sendiri. Mampukah mahligai itu bertahan? Semua itu terjawab dalam Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Dapat Hamper & 3 Kotak Limau Mandarin Sempena Chinese New Year

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Dapat Hamper Sempena Chinese New Year Setaip tahun , tiap kali Chinese New Year menjelma . memang wajib wajida dapat satu hamper . Thank you Uncle Ah Keong bagi hamper sempena Chinese New Year 2023 . Hamper makanan, besar pulak tu ada minuman berkarbonat , kekacang , keropok dan biskut . 


limau mandarin,hadiah sempena CNY,limau mandarin tahan lama,hamper CNY,hamper murah CNY,tips limau mandarin tak masam,hamper chinese new year,CERITA CCL,

Bukan sekadar hamper je tau , Uncle Ah Keong bagi 3 kotak limau mandarin untuk kami sekeluarga . wah tambah vitamin C lah bulan ni yer , tiap hari makan buah limau 

Beli Cheongsam ? Nak Pakai Ke Tidak ?

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Beli Cheongsam ? Nak Pakai Ke Tidak ? Seperti entri yang lepas-lepas CCL ada cerita yang tersinggah Queensbay Mall , Penang  . sempena Chinese New Year pulak tue kan , tengok beberapa outlet baju semuanya cantik - cantik . kebanyakkan more to untuk chinese . Raya diorangkan, kasi rancak laa . CCL pun terpegang la sehelai baju Cheongsam ni . Cantik design bunga kecik-kecik . warna usah dikatalah semestinya merah bawa ong githu .

 

chinese new year , baju cheongsam , design baju cheongsam , beli baju cheongsam merah ,

CCL beli ker cheongsam tu ? ehh ! tidak lah alang-alang berkenan dengan design tu, pegang dan lihat-lihat sekadar cuci mata aja .. 

Deko Chinese New Year Di QueensBay Mall Penang

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Deko Chinese New Year Di QueensBay, Penang Minggu lepas laang-alang dah ada cuti suami bawa pergi jalan-jalan area Penang , dalam bersesak dengan kesesakan jalan raja jugak sempat juga singgah salah satyu mall yang terkemuka di sana Queensbay Mall , Penang . Dalam mall nak kata bersesak dengan orang ramai tidak lah juga , tapi rata-rata banyak Chinese yang tengah shopping barang-barang semperna Chinese New Year . 

Pergi Queensbay,Penang shopping apa ? macam biasa kalau dapat jejalan cuti mata pun dah seronok . hanya masuk outlet itu dan ini , jamu mata itu dan ini akhirnya tak beli apa-apa . sebab niat hanya pergi telefon saja dah alang-alang ke sana kan . 

Semasa di Queensbay Mall, Penang sempat juga tengok decoration yang diorang buat sempena Chinese New Year . Cantik juga . CCL apa lagi turun bawah terus serbu ruang tengah Queensbay Mall ..hahaha  minta suami snap beberapa keping gambar . 


Deko,decoration chinese new year,decoration sempena chinese new year,queensbay mall penang,dekoration di queensbay mall penang,apa yang menarik di queensbay mall penang,

Deko,decoration chinese new year,decoration sempena chinese new year,queensbay mall penang,dekoration di queensbay mall penang,apa yang menarik di queensbay mall penang,

Deko,decoration chinese new year,decoration sempena chinese new year,queensbay mall penang,dekoration di queensbay mall penang,apa yang menarik di queensbay mall penang,


Doa Masuk Bulan Rejab

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Doa Masuk Bulan Rejab Sedar tak sedar, pada hari Isnin, 23 Januari 2023, kita akan sama-sama melangkah masuk ke bulan Rejab.Kurang daripada 70 hari pula kita bakal bertemu lagi dengan bulan Ramadan.


Seperti bulan Ramadan, Rejab juga merupakan salah satu bulan yang tergolong dalam bulan-bulan haram dalam Islam.Sempena menyambut kedatangan bulan Rejab yang bakal tiba, jom kita bersama-sama lafazkan doa masuk bulan Rejab seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

doa masuk bulan rejab , doa bulan rejab , bulan rejab , amalan bulan rejab , amalan sunat bulan rejab , doa istifar bulan rejab , kelebihan bulan rejab


Doa yang hangpa boleh amalkan ketika memasuki bulan Rejab adalah seperti berikut :


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ


Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan

Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.

[HR Baihaqi]

Tudung Bawal Minaz Untuk Internship


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tudung Bawal Minaz Untuk Internship Betul lah ayat yang kita sering dengar ataupun baca di mana-mana "setiap pertemuan pasti ada perpisahan"  . Memang betul-betul terjadi . Nak tak nak kena redha lah kan ..6 Januari 2023, beberapa hari lepas merupakan hari last untuk intership di office CCL . Setelah empat bulan macam tue, seledai sudah intership beliau . So kembali kepada asal . 

Gembira , tertawa, sedih semua ada . Dalam tempoh empat bulan masing-nasing dah serasi, gelak ketawa, mengusik sana sini . Riuh..hahhh bila dah habis intership agak sunyi la sikit . So memandangkan hari tersebut merupakan hari last dia untuk dia . CCL decide untuk beli hadiah tanda penghargaan beliau selama empat bulan internship di sini . 

tudung, tudung bawal, tudung bawal minaz, bawal minaz, tudung bawal minaz, tudung bawal cotton voile, tudung bawal ironless, racun shopee , corak tudung bawal minaz

Tudung bawal Minaz 
CCL memilih untuk hadiahkan dia dua helai tudung bawal Minaz . CCL suka hadiahkan orang barang yang boleh dipakai lama, tak kisahlah tudung, baju or barang-barang yang boleh tahan jangka waktu yang lama berbanding makanan  . Sebabnya kalau hadiahkan tudung, baju, jam or barang-barang lain if beliau pakai confirm-confirm akan ingat ohh barang ini pemberian dari sesiapa-sesiapa kan . Begitu juga rakan-rakan blogger yang pernah hadiahkan barang-barang . Amat hargai sangat . At least kalau kita guna auto teringat siapa yang bagi kan .. 


Ok berbalik pada tudung bawal Minaz CCL memilih design flora .   Kalau disebut flora of course laa ada bunga-bunga . Warna pun kedua-dua helai tudung CCL memilih warna-warna soft . 

tudung, tudung bawal, tudung bawal minaz, bawal minaz, tudung bawal minaz, tudung bawal cotton voile, tudung bawal ironless, racun shopee , corak tudung bawal minaz
Tudung bawal Minaz ini code Madeena Lime . Warna memang betul-betul soft . Cantik gabungan warna .

tudung, tudung bawal, tudung bawal minaz, bawal minaz, tudung bawal minaz, tudung bawal cotton voile, tudung bawal ironless, racun shopee , corak tudung bawal minaz
Tudung bawal Minaz code Madeena Lilac sand . Gabungan warna lilac dan warna sand sangat cantik . 

Ok bagi material tudung bawal Minaz ini memang sangat selesa iaitu menggunakan material dari Cotton Voile . Bidang tudung adalah 45cm . Bidang besar juga . Setiap pembelian tudung hadir dengan packaging ziplock dari Minaz dan signature ekslusif dari Minaz . 


Eh ! Bagi tudung bawal pun nak menunjuk, perlu ke update di dalam blog  ? Hah kalau orang hatinya busuk mesti terlintas dari isi hati macam tu . Tapi sebenarnya bukan nak menunjuk , sekadar berkongsi kenangan kenangan indah bersamanya dan lagi satu CCL kongsi mana tahu kalau-kalau ada yang berkenan nak beli tudung bawal Minaz , design yang sama CCL beli terbekenan kan.Memang sangat sesuai untuk dijadikan hadiah buat keluarga dan rakan-rakan untuk meraikan hari-hari teristimewa . 

 Hangpa yang mana berkenan corak-corak di atas boleh la terjah mana-mana seller yang jual tudung Minaz  . CCL macam biasa beli di shopee 


Beli Kalender Meja Untuk Tahun 2023. Design Minimalist Dan Murah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Beli Kalender Meja Untuk Tahun 2023. Design Minimalist Dan Murah Dah masuk tahun baru kan of course laa setiap orang memerlukan kalender baru , tak kiralah kalender yang boleh gantung pada dinding , kalender yang boleh diletakkan pada atas meja dan sebagainya . 


Kalender, kalender 2023, kalender percuma, kalender meja , kalender tahun 2023, kalender meja 2023, kalender 2023 minimalist, kalender minimalist, kalender meja percuma , design kalender meja

Tahun ini company tak bagi kalender meja so cukup susah sikit la nak remarks apa-apa meeting or event yang ada pada tarikh sekian-sekian . So CCL beli dalam shopee . Mujur ada juga yang jual mengikut 1 unit. Design pun simple-simple asalkan dia punya template pun sangat best . 



Kalender, kalender 2023, kalender percuma, kalender meja , kalender tahun 2023, kalender meja 2023, kalender 2023 minimalist, kalender minimalist, kalender meja percuma , design kalender meja

CCl memang memerlukan template kalender yang macam ni.  Cukup senang nak remarks segala birthday rakan-rakan , segala event dan meeting yang ada supaya CCL sendiri tidak lupa . Mudah bukan . Ruangan kotak pun besar . Sangat mudah untuk menulis . Material untuk kalender ni pun sangat best . Permukaan bahagian cover kalender diorang menggunakan kertas A4 yang tebal juga dan ada effect  glossy sikit manakala bahagian dalam ketebalannya hampir sama cuma tiada effect glossy so lebih mudah untuk menulis apa-apa kan .



Kalender, kalender 2023, kalender percuma, kalender meja , kalender tahun 2023, kalender meja 2023, kalender 2023 minimalist, kalender minimalist, kalender meja percuma , design kalender meja

Monthly goal 2023 pun ada ..so apa-apa yang hangpa target untuk nak pada bulan tersebut boleh la tulis di bahagian monthly goal . Mudah-mudahan tercapai target yang hangpa nak untuk setiap bulan . Aamiin . 



Kat mana beli kalender design simple dan murah ni ? Terjah shopee insight.mar https://shp.ee/uwy68ue

Annual Dinner 2022 . Tema Black & Pink

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Annual Dinner 2022 . Tema Black & Pink Alhamdulillah pada 6 Januari 2023 beberapa hari yang lalu telah berlangsungnya annual dinner bagi tahun 2022 . Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar bermula 8 malam hingga 12 tengah malam . Tahun Ini juga CCL berkesempatan untuk turut hadir ke dalam dewan untuk meraikan majlis makan malam tersebut . Seperti yang hangpa baca tajuk di atas begitulah tema pada malam tersebut .



Tema Black Pink ? Ada artis Korea datang ? 


Annual dinner , annual dinner tema black pink, staff party, staff party tema black pink, tema black pink , black pink awards, dinner dress tema black pink , tema black pink dinner, baju tema black pink, baju dinner tema black pink

Setelah beberapa kali masuk meeting berkenaan annual dinner , nak tentukan tarikh, nak tentukan menu, acara apa yang nak dipersembahkan serta tema apa untuk tahun 2022 so masing-masing decide dengan tema Pink . Auchhh tak dapat bayangkan kaum-kaum lelaki semestinya tidak bersetuju dengan tema tersebut . Seperti yang dikatakan ada yang setuju dan ada yang tidak setuju . So decide punya decide , maka terjadilah tema Black & Pink pada malam tersebut . Nak dressing all black mahupun all pink pun boleh ataupun nak dressing black & pink pun ok jugak asalkan mengikut tema pada malam tersebut  . Ada juga kaum lelaki yang memakai baju soft pink pada malam tersebut . Nampak segak bergaya kesemuanya . 



Makan apa malam Annual Dinner ?


Annual dinner , annual dinner tema black pink, staff party, staff party tema black pink, tema black pink , black pink awards, dinner dress tema black pink , tema black pink dinner, baju tema black pink, baju dinner tema black pink

Hah, untuk tahun ini makan berhidang yer . No buffet !! So tahun ini bertemakan shellout . Kemain seronok laa penggemar-penggemar makanan laut . ,tapi kesian jugak pada yang allegik seafood . CCL alhamdulillah sementara waktu ni Allah bagi nikmat untuk makan segala jenis makanan laut . Alhamdulillah . Syukur . Bagi yang allegik seafood ada juga terselit makanan tambahan seperti laksa dan juga spaghetti . So makan sampai kenyang . 


Acara wajib pada malam Annual Dinner 

Yeahh kalau tak ada apa-apa acara semestinya annual dinner malam tersebut agak sendu bukan . So diselitkan antara aktiviti wajib setiap kali annual dinner adalah persembahan nyanyian daripada rakan-rakan sekerja CCL ..layan jerr sambil makan .

Acara seterusnya adalah ada dua acara permainan iaitu music chair yang dibahagikan kepada dua iaitu lelaki dan perempuan serta acara teka anggota badan siapa dan perlu sebutkan nama orang tersebut  biarpun acara sedikit tetapi tetap meriah .


Menariknya tahun ini setiap department diberi tugas untuk membuat satu video Tiktok dan video tersebut akan dipersembahkan pada malam annual dinner . Alhamdulillah setiap department memberikan kerjasama yang amat bagus . Menarik juga video-video tiktok yang diorang sampaikan . 


Nak tahu hadiah apa yang CCL dapat pada malam tersebut ? Next entri ok . Stay tune . 


Thank you pada yang baca . Love uollss 

Selamat Tahun Baru 2023 Dari CCL

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


happy new year , selamat tahun baru 2023 . cerita ccl , happy new year 2023 , tahun baru 2023 , ucapan tahun baru 2023 ,


Selamat Tahun Baru 2023 Dari CCL  'ala kulli hal  , untuk segala-segalanya yang berlaku dalam hidup sepanjang tahun 2022 . biarpun baik mahupun buruk semuanya itu ujian dari Allah swt . Kita merancang tetapi perancangan Allah lagi hebat dari hambanya 

Hari ni hari yang ke sembilan untuk tahun  baru 2023 , baru berkesempatan sapu habuk di blog ni haa .. setelah sebulan lebih tak sempat nak hadpate blog disebabkan kekangan dengan kerja-kerja . semoga kawan-kawan blogger tak lupa CCL .hahahah . 

Dikesempatan ini CCL ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023 kepada semua pembaca blog CCL & rakan maya CCL . Semoga tahun ini tahun yang lebih sukses untuk kita semua hadapi ranjau dan cabaran hidup yang akan datang .