Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tonton Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah Nantikan drama Terbaru 2023 adaptasi novel Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil akan mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Nuansa Sdn Bhd, diarahkan oleh Osman Ali dan menampilkan pelakon utama Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz.
Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Episod: 28
Tarikh Tayangan: Februari 2023
Waktu Siaran: Setiap hari, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Pengarah: Osman Ali & Yus Yusop
Produksi: Nuansa Films & TV Production
Watak Pelakon Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Sophia AlBarakbah sebagai Raisya Hannah
Aliff Aziz sebagai Luth Mikail
Halim Radzi sebagai Haikal
Shah Iskandar sebagai Adam Zikri
Zack Zabhas sebagai Dato Muzaffar
Jasmin Hamid sebagai Datin Safiah
Ayu Ayuni sebagai Alia
Jasper Supayah sebagai Najia
Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim
Jasmine Suraya sebagai Maira
Hilal Azman sebagai Pak Ngah Zahid
Sinopsis Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Menjadi seorang Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim bukan mudah. Maruahnya luruh sekelip mata. Di sampingnya, lelaki tidak dikenali tanpa sehelai benang melilit tubuhnya.Apa dayanya tika itu. Hanya tangisan mengiringi. Hatinya lumat, jiwanya hancur. Maruahnya tercemar. Kerana peristiwa itu dia nekad membawa diri. Meninggalkan segala yang disayangi di bumi bertuah.
Menjadi Luth Mikail juga bukannya mudah. Gadis itu tidak dikenali tetapi gadis itu terjerat dengan musuh perniagaannya. Tatkala dia bangun pagi itu semuanya musnah. Reputasi dirinya hancur dek khianat dan benci.Lima tahun dia mencari gadis itu. Mengusung bersama penyesalan yang bukan sedikit. Kerana dia, gadis tak berdosa menjadi mangsa. Kerana dia juga seluruh hidup gadis itu musnah dan kerana gadis itu juga dia berubah.
Pertemuan yang tidak diduga membuatkan jiwa Luth Mikail yang mati selama ini hidup kembali. Mereka disatukan tetapi lelaki itu tahu jiwa wanita bernama Raisya Hannah sudah lama mati.
“Abang mohon maaf atas semua kesalahan abang selama ini. Abang mengambil setiap kesalahan abang itu sebagai hukuman untuk abang,” – Luth Mikail
“Awak ingat senang-senang untuk saya maafkan awak? Lima tahun saya membenci diri sendiri. Jijik dengan tubuh sendiri. Walaupun dicuci dan dibilas dengan berbaldi-baldi air belum tentu mampu menghilangkan kekotoran itu,” – Hannah
Bagaimana kesudahan cerita mereka. Mampukah Luth Mikail melenturkan kebencian si isteri dan mampukah Hannah berterusan membenci suami sendiri. Mampukah mahligai itu bertahan? Semua itu terjawab dalam Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
4 Ulasan
macam best jalan cerita dia..nanti nak try layan...
BalasPadamPelakon wanita tu tak pernah tengok..
BalasPadamsophia ni mmg cantik dan manis mukanya..
BalasPadamPernah baca novelnya tetapi drama ni akak tak tengok 😊
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan