1 Jam 20 Minit Beratur Di HQ Kieda Crepe, Kepala Batas Penang

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


1 Jam 20 Minit Beratur Di HQ Kieda Crepe, Kepala Batas Penang Alang-alang dah mai berjalan area Kepala Batas, Penang terus teringat Kieda Crepe yang tengah viral la ni.. Waze punya waze rupanya 5 minit sahaja . Dekat ! So decide untuk singgah Kieda Crepe sebelum nak meneruskan perjalanan balik ke Perlis. Setelah roda kereta bergolek-golek akhirnya sampai jugak di bangunan HQ Kieda Crepe, sebelum nak turun dari kereta, mata ni intai-intai jugak la  berapa ramai orang yang beratur menunggu giliran untuk shopping dessert, ternyata tak beratur panjang sangat . So decide dengan suami untuk berhenti dan singgah Kieda Crepe , dah alang-alang sampai sini kan ..orang pulak tak banyak malam-malam ni so selesa sikit nak beratur . 


KIEDA CREPE, HQ KIEDA CREPE, KIEDA CREPE SEDAP, BELI KIEDA CREPE, KIEDA CREPE VIRAL, KIEDA CREPE BERATUR PANJANG, RESEPI KIEDA CREPE, HARGA KIEDA CREPE, KIEDA CREPE KEPALA BATAS PENANG ,PULAU PINANG, PENANG

So cari parking kereta yang sesuai, dan berjalan menuju ke Kieda Crepe dan beratur mengikut giliran masing-masing. Masa CCL dan suami sampai tu dalam jam 8 malam. Masa tu ada dua lane sahaja, dan semestinya CCL berada di kedudukan lane yang kedua .setiap lane ada empat baris yer . CCL kena baris yang ketiga. Bila dah beratur malam-malam ni Kieda tetap turun untuk tengok customer yang tengah beratur di bawah .1 jam 20 minit menunggu akhirnya staff Kieda Crepe memberi pelepasan untuk naik ke atas. 


Bila dah dapat naik ke atas, kemain lega rasanya ..sesampai kat atas mula la capai sorang satu raga . Satu raga untuk CCL dan satu raga untuk suami. Senang nak masukkan dessert apa yang berkenan di anak tekak.Time nak beli dessert-dessert kat atas pun perlu beratur dengan tertib ya . Sebab ruang di atas tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit . Bila beratur lagi mudah untuk membeli.


KIEDA CREPE, HQ KIEDA CREPE, KIEDA CREPE SEDAP, BELI KIEDA CREPE, KIEDA CREPE VIRAL, KIEDA CREPE BERATUR PANJANG, RESEPI KIEDA CREPE, HARGA KIEDA CREPE, KIEDA CREPE KEPALA BATAS PENANG ,PULAU PINANG, PENANG

Oh, untuk sesi malam ialah sesi support makanan vendor yang ada di Kieda Crepe, so setiap pembelian RM30 ke atas hangpa boleh beli crepe dari Kieda. Time ni crepe memang tak ada tersusun di dalam chiller tau, capai je lah dessert mana yang ada disitu . Tapi semuanya memang sedap-sedap dan satu lagi untuk crepe pulak memang limit sorang satu dan random tau . Alhamdulillah walaupun dapat beli sorang satu dan random flavour berbaloi juga la dari tak dapat merasa crepe dari Kieda . 


KIEDA CREPE, HQ KIEDA CREPE, KIEDA CREPE SEDAP, BELI KIEDA CREPE, KIEDA CREPE VIRAL, KIEDA CREPE BERATUR PANJANG, RESEPI KIEDA CREPE, HARGA KIEDA CREPE, KIEDA CREPE KEPALA BATAS PENANG ,PULAU PINANG, PENANG

So bagi yang tertanya-tanya berbaloi ke beratur lama-lama semata-mata nak beli Kieda Crepe  . Itu atas pada hak masing-masing . Kalau ada masa yang terluang dan teringin sangat nak merasai kesedapan Kieda Crepe silakan beratur . Pembelian bukan atas paksaan tau . Kadang mulut-mulut kak bawang dan makcik bawang ni geram jugak . Mengata sana sini, buang masa beratur panjang la ..macam-macam lagi kan . Alih-alih bila kita cakap nak repeat beli lagi dialah orang pertama yang nak kirim beli itu dan ini .. Eh! Eh !! Perangai sangat kan . 


Nak tahu CCL shopping dessert apa selain dari crepe ? Tunggu next post eh ! . 



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Kalau wak memang tak sanggup beratur berjam2 macam tu

    BalasPadam
  2. Alang-alang beratur lama, belilah banyak sedikit pencuci mulut.

    BalasPadam
  3. bestnya gi kedai kieda. nnt nak gi jugak laa

    BalasPadam
  4. tengok live ramai orang sokmo, akak ajak suami dia xsanggup hahaha, aduhaiii sedap nampak crepe kieda ni kan

    BalasPadam
  5. Alang alang dah sampai. Dekat pulak tu, kita layankan je beratur. Layan anak tekak nak merasa sesekali kan.

    BalasPadam
  6. kieda crepe ni mmg tak dpt masuk laa sbb q hahaha

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan