KESEDAPAN "BLUEBERRY CREAM CHEESE PEI MCDONALDS" DIBUNGKUS DENGAN DUA ISI YANG SEDAP"


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


KESEDAPAN "BLUEBERRY CREAM CHEESE PEI MCDONALDS" DIBUNGKUS DENGAN DUA ISI YANG SEDAP"  McDonald's Malaysia nampaknya keluarkan pencuci mulut yang lazat! Blueberry Cream Cheese Pie . So korang penggemar pie semestinya sudah merasai " Blueberry Cream Cheese Pie" . Kalau belum cuba korang boleh dapatkannya di  McDonald's cawangan berdekatan . 


CCL sempat merasa pie ni . Walaupun wrapping " Apple Pie" tapi isi di dalamnya tetap "Blueberry Cream Cheese Pie" . Mungkin wrapping untuk blueberry dah habis . Tapi tak mengapalah janji dapat merasai keenakkan pie ni . 


APPLE PIE, BLUEBERRY CREAM CHEESE PEI, BLUEBERRY PIE MCDONALDS, BLUEBERRY CREAM CHEESE PIE MCDONALD, RESEPI, REVIEW, RESEPI BLUEBERRY CHEESE, RESEPI BLUEBERRY CREAM CHESEE PIE, REVIEW MAKAN, FOOD REVIEW , GAMBAR BLUEBERRY CREAM CHEESE PIE

Apa yang menariknya tentang pie ni bila masuk ke dalam mulut rasa cruncy sangat dan cair di dalam mulut . Selain itu yang paling best adalah cara pai diisi, isinya tidak menyatu sama lain. Gabungan kelazatan buah blueberry bersama Cream Cheese sememangnya sangat padu hingga timbul rasa sedap agak yang sukar untuk digambarkan. Teksturnya yang lembut di dalam tetapi rangup di luar menjadikan pie ini semakin seronok untuk dinikmati.


Rasanya yang masam manis dan berlemak yang sememangnya menyelerakan. Blueberry Cream Cheese Pie ini menjanjikan rasa yang masam manis buah blueberry bersama rasa lemak cream cheese yang lengkap dan seimbang dalam sebiji pie ini. Warna Blueberry Cream Cheese Pie ini pula sememangnya akan menarik perhatian ramai orang, kerana apabila di gigit luaran pie tersebut, akan meleleh keluar warna putih dan ungu yang sebelah menyebelah. Sudah tentu bukan orang dewasa sahaja yang akan menikmati menu ini, tetapi kanak-kanak juga akan sukakannya.


Cuba korang bayangkan, walaupun blueberry dan cheese cream yang digunakan sebagai bahan utama, namun harga yang ditawarkan hanyalah sebanyak RM4.25 saja. Murah kan? Jangan terkejut kerana harga untuk sebiji Blueberry Cream Cheese Pie ini sememangnya murah dan berpatutan. 


Jadi, tiada sebab untuk korang semua tidak membelinya dengan alasan yang harganya mahal dan sebagainya. Pie  ini sememangnya memenuhi kehendak ramai peminat pie yang berada di luar sana. Dengan menggunakan blueberry sebagai bahan utama membuatkannya menjadi satu kolaborasi yang sangat mengagumkan.




Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. lama tak singgah blog CCL.. blueberry tu sedap betul tp dah tak ada.. tinggal sea salt.

    BalasPadam
  2. i tried yg apple punya .. tak sedap for me.. tapi nak try blueberry plak nanti.. hope sedap dgn tekak i

    BalasPadam
  3. pie McD mmg sedap sokmo..

    BalasPadam
  4. Sanggup beratur kat Drive Thru semata nak beli yang ni

    BalasPadam
  5. setuju !!! sangat sedap ini. very creamy n makan suam2 pergh..
    puas hati. yang salted caramel tu ok jugak..

    BalasPadam
  6. nampak gaya mcm sedap tu..tak pernah lagi makan pai

    BalasPadam
  7. sygnya kt penang ni dh stop.. keluar menu baru

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan