Assalamualaikum dan salam sejahtera .
KERABU TAUGEH BERSAMA BUNGA BETIK, PUCUK KADUK DAN JANTUNG PISANG Hari ni hari kelima perintah kawalan kuarintin " stay at home " . Duduk rumah je. Pagi tadi jenguk-jenguk tepi rumah nampak pulak bunga betik kemain banyak .mula laihh idea ni timbul dalam fikiran "kalau direbus sedap jugak ni , buatkan dengan air asam ikan rebus " auchhh tambah berpinggan nasi tu .
Jenguk sana pulak nampak jantung pisang dengan pucuk kaduk ..huhh mula terbayang kalau buat kerabu pun sedap ni . Kutip-kutip bunga betik, jantung pisang dengan pucuk kaduk .
Ok plan nak buat kerabu . Mula geledah dalam peti ais , eh ! Ada taugehh laa . Maka jadilahh kerabu campuran ..
Bahan-bahan
- Taugeh
- Bunga betik
- Jantung pisang
- Pucuk kaduk
- Cili padi
- Santan
- Kerisik
- Gula dan garam
- Bawang besar
- Belacan
- Air limau nipis/ air asam jawa
Cara membuat
1. Rebuskan bunga betik dan jantung pisang agar dia layu .
2. Celur taugeh dan pucuk daun kaduk hanya sekejap sahaja
3. Asingkan bunga betik dari tangkai dan potong jantung pisang .
4. Satukan bahan yang direbus dan dicelur tadi ke dalam satu bekas .
5 . Kisar bawang merah, cili dan juga belacan . Bahan yang telah siap dikisar dimasukkan ke dalam bahan yang siap direbus dan dicelur tadi .
6. Masukkan santan, kerisik,air limau nipis, gula dan garam secukup rasa dan gaul rata .
Siap .
Selamat mencuba
3 Ulasan
saya makan krabu tapi memilih suka yang mana.. hehe..
BalasPadamkalo kena selera tu mmg bertambah2 nasi kan..
Sedapnya. Lama dah tak makan kerabu.
BalasPadamwow rare betul kerabu ni. Tak pernah makan lagi campur bunga betik dengan pucuk kaduk.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan