Assalamualaikum dan salam sejahtera .
KERABU TAUGEH BERSAMA BUNGA BETIK, PUCUK KADUK DAN JANTUNG PISANG Hari ni hari kelima perintah kawalan kuarintin " stay at home " . Duduk rumah je. Pagi tadi jenguk-jenguk tepi rumah nampak pulak bunga betik kemain banyak .mula laihh idea ni timbul dalam fikiran "kalau direbus sedap jugak ni , buatkan dengan air asam ikan rebus " auchhh tambah berpinggan nasi tu .
Jenguk sana pulak nampak jantung pisang dengan pucuk kaduk ..huhh mula terbayang kalau buat kerabu pun sedap ni . Kutip-kutip bunga betik, jantung pisang dengan pucuk kaduk .
Ok plan nak buat kerabu . Mula geledah dalam peti ais , eh ! Ada taugehh laa . Maka jadilahh kerabu campuran ..
Bahan-bahan
- Taugeh
- Bunga betik
- Jantung pisang
- Pucuk kaduk
- Cili padi
- Santan
- Kerisik
- Gula dan garam
- Bawang besar
- Belacan
- Air limau nipis/ air asam jawa
Cara membuat
1. Rebuskan bunga betik dan jantung pisang agar dia layu .
2. Celur taugeh dan pucuk daun kaduk hanya sekejap sahaja
3. Asingkan bunga betik dari tangkai dan potong jantung pisang .
4. Satukan bahan yang direbus dan dicelur tadi ke dalam satu bekas .
5 . Kisar bawang merah, cili dan juga belacan . Bahan yang telah siap dikisar dimasukkan ke dalam bahan yang siap direbus dan dicelur tadi .
6. Masukkan santan, kerisik,air limau nipis, gula dan garam secukup rasa dan gaul rata .
Siap .
Selamat mencuba