Assalamualaikum dan salam sejahtera .
KERABU TAUGEH BERSAMA BUNGA BETIK, PUCUK KADUK DAN JANTUNG PISANG Hari ni hari kelima perintah kawalan kuarintin " stay at home " . Duduk rumah je. Pagi tadi jenguk-jenguk tepi rumah nampak pulak bunga betik kemain banyak .mula laihh idea ni timbul dalam fikiran "kalau direbus sedap jugak ni , buatkan dengan air asam ikan rebus " auchhh tambah berpinggan nasi tu .
Jenguk sana pulak nampak jantung pisang dengan pucuk kaduk ..huhh mula terbayang kalau buat kerabu pun sedap ni . Kutip-kutip bunga betik, jantung pisang dengan pucuk kaduk .
Ok plan nak buat kerabu . Mula geledah dalam peti ais , eh ! Ada taugehh laa . Maka jadilahh kerabu campuran ..
Bahan-bahan
- Taugeh
- Bunga betik
- Jantung pisang
- Pucuk kaduk
- Cili padi
- Santan
- Kerisik
- Gula dan garam
- Bawang besar
- Belacan
- Air limau nipis/ air asam jawa
Cara membuat
1. Rebuskan bunga betik dan jantung pisang agar dia layu .
2. Celur taugeh dan pucuk daun kaduk hanya sekejap sahaja
3. Asingkan bunga betik dari tangkai dan potong jantung pisang .
4. Satukan bahan yang direbus dan dicelur tadi ke dalam satu bekas .
5 . Kisar bawang merah, cili dan juga belacan . Bahan yang telah siap dikisar dimasukkan ke dalam bahan yang siap direbus dan dicelur tadi .
6. Masukkan santan, kerisik,air limau nipis, gula dan garam secukup rasa dan gaul rata .
Siap .
Selamat mencuba
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
RESEPI KERABU SOTONG ALA THAI Entri kali ini amat sesuai pada pengemar-pengemar kerabu ..Memandangkan hari ini CCL bercuti, Ini dia CCL nak kongsikan dengan korang resepi kerabu sotong ala Thai yang sangat mudah disediakan dan sedap dimakan. Hanya perlu campak campak dan siap untuk dihidang.Resepi yang CCL kongsikan ini sesuai dimakan 5-6 orang bagi setiap hidangan.
Baiklah, bahan bahan yang diperlukan ialah:
Bahan A
- 500 gram Sotong yang direbus
- Sebiji Bawang besar
- 1/2 batang Bunga kantan
- Daun ketumbar
- 1 batang Serai
- 7 biji Cili padi merah
- Sebiji Tomato
- 1/2 batang Karot
Bahan B
- Sos sotong
- Air limau
- Garam
- Gula
- Pak Aji(Jika perlu)
Cara penyediaan:
Potong semua bahan apa seperti ini .cantikkan cara CCL potong ? Heheh..tipsnya pisau mestilah tajam.Jadi rajin-rajinlah korang semua asah pisau tue dekat dapur.Tapi jangan sampai terhiris jari .
Baiklah,bila dah siap potong semua , campurkan semua bahan A & bahan B ke dalam satu bekas dan gaulkan bersama. Maaflah CCL terlupak nak ambil gambar semasa proses campak mencampak ni. Masukkan 2 sudu teh gula, 1/2 sudu teh sos sotong atau lebih dikenali kicap sotong dan sedikit air limau. Gaul sehingga sebati ,pastikan ada rasa manis,masam,pedas yang seimbang dan cukup sedap.Namun terpulang kalau korang mahu mengubah citarasa tersendiri korang hanya perlu bermain dengan bahan B sahaja.Lidah orang tak sama..bukan ?
Dah siap, beginilah rupa kerabu sotong ala thai .sangat sedap dimakan bersama nasi putih dan sedap juga dimakan begitu sahaja.
Selamat mencuba