KES KEMATIAN KE-20 COVID-19 DI KELANTAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera .

KES KEMATIAN KE-20 COVID-19 DI KELANTAN Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 20 kes.




Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020.

Catat Ulasan

0 Ulasan