Kopi hanya kopi. Penggemar kopi kata kopi ada seni. Eh, yaka? Soal orang yang sebaliknya pula. Siapa kopi, andalah yang tentukannya. Tak kira apa jenis kopi yang jadi kegemaran korang. Kopi O, latte, atau espresso, hari ini adalah masa terbaik untuk nikmati secawan kopi panas. Dari kedai kopi kampung sampai ke kafe hipster, kopi menyatukan kita semua.
Kopi, ibarat kehidupan seharian – pahit pada awalnya, namun kita teguk dengan tenang, perlahan-lahan hingga ke akhirnya. Setiap hirupan membawa kita kepada pelajaran baru – menghargai keindahan di sebalik setiap kepahitan.
Namun, manisnya kopi kerana gula kadang-kadang merosakkan rasa asli kopi, sepertimana dalam hidup, kemanisan berlebihan boleh membuat kita lupa akan kepahitan dan susah payah. Kopi di pagi hari menyegarkan, di siang hari mendebarkan, dan di malam hari mungkin menggusarkan.
Begitulah kehidupan – penuh dengan perubahan dan emosi yang tak terduga, namun tetap kita jalani, kerana di sebalik setiap kepahitan, tersimpan kemanisan yang kita nantikan.Begitulah kehidupan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SENARAI WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA BAGI SELURUH NEGERI DI MALAYSIA PADA TAHUN 2020
- WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 SELURUH PERLIS
- WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 NEGERI KEDAH
- WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 SELURUH PULAU PINANG
- WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 NEGERI PERAK
- WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 BAGI NEGERI SELANGOR
- WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 SELURUH NEGERI SEMBILAN
- WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 SELURUH MELAKA
- WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 SELURUH JOHOR
- WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 SELURUH NEGERI PAHANG
- WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 BAGI NEGERI TERENGGANU
- WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 SELURUH KELANTAN
- WAKTU IMSAK DAN,BERBUKA PUASA TAHUN 2020 BAGI SELURUH WILAYAH PERSEKUTAN
- WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 BAGI NEGERI SARAWAK
- WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 2020 BAGI NEGERI SABAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera
APA ITU THERMOMIX SERTA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN THERMOMIX Dua tiga hati ni kan lalu lalang di di laman sosial media facebook tentang "thermomix" . Apa itu Thermomix ? Adakah ia sebuah filem ? Hahhh korang jangan salah sangka yer Thermomix ini bukan sebuah filem ianya berkenaan sebuah alatan dapur yang semakin viral dan menyebabkan para wanita dan isteri gusar dan tidak senang duduk, iaitu Thermomix TM6 atau digelar bibik atau pembantu dari Jerman.
Viralnya thermomix ini sebenarnya mungkin kerana pengaruh social media influencer, bila dilihat di media sosial, artis seperti Anis Nabilah, Permaisuri Agung dan beberapa artis terkenal lain yang turut mempunyai thermomix, ramai yang kagum dan takjub dengan kebolehan alatan dapur ini.
Carian ilmiah berkenaan Thermomix sebenarnya kalau korang nak tahu Thermomix ini telah dihasilkan di Jerman sejak tahun 1950-an. Ya, begitu lama sebenarnya. Ketika itu, Thermomix, airfryer, bread maker agak terkenal di sana, tetapi tidak di Malaysia. Itu adalah tahun 2008. Kini, segala alatan yang disebutkan itu menjadi idaman para suri rumah.
Thermomix yang dibangunkan dan dipatenkan oleh syarikat Vorwerk yang berpusat di Jerman dijual dengan harga RM 7188 seunit. Apa yang membuatkan ia mahal? Teknologinya yang mahal sebenarnya. Thermomix menggabungkan pelbagai alat dalam satu, alatan seperti pengisar, dapur gas, menyiapkan smoothies dan lain-lain. Pendek kata, semua alatan dapur dalam satu alat sahaja.
CARA PENGUNAAN THERMOMIX
jika korang mahu menyediakan mayonis, korang hanya perlu masukkan semua ramuan dan tinggalkan. Setelah 10 minit, mayonis akan siap. Jika korang mahu menyediakan mayonis sendiri, mungkin perlu memukul mayonis berkenaan dan meletakkan ramuan satu per satu. Senang kata, thermomix ni menjimatkan masa dan mengurangkan stress para wanita
KELEBIHAN YANG ADA PADA THERMOMIX
- Thermomix juga boleh mengekalkan suhu. Berdasarkan pembacaan CCL, thermomix ini juga boleh digunakan untuk pelbagai suhu, panas dan sejuk atau memasak biasa.
- Memudahkan urusan memasak, hanya pilih resepi di skrin, kemudian masukkan bahan-bahan dan tinggalkan sehingga menu tersebut masak
- Dapur tak bersepah
- Ada function self cleaning yang memang heaven sangat
KEKURANGAN YANG ADA PADA THERMOMIX
- Thermomix TM6 fungsinya pengisar,pengukus,pengadun dan multipurpose cooker. Bakar tak boleh. Perlu dibakar asing dalam oven
- tidak boleh menggoreng sehingga tumisan pecah minyak atau menghasilkan kerangupan ayam goreng seperti menggunakan dapur gas biasanya disebabkan amaun minyak yang digunakan adalah lebih sedikit.Pastinya makanan lebih sihat dengan Thermomix. Sama konsep dengan air fryer.
- tidak boleh digunakan untuk memasak dengan tekanan tinggi seperti periuk N.
- Walaupun Thermomix boleh digunakan untuk menguli bahan adunan roti dan pastry tapi, ia tidak dapat membakar.
- thermomix juga sebenarnya agak kecil, jadi untuk keluarga besar, rasanya ia agak kurang praktikal.
- Thermomix ini juga menggunakan elektrik, jadi apabila blackout, pastikan ada gas memasak ya!
- Terlalu moden. Ada orang suka old school, suka masak cara lama, kena berdiri lama, banyak guna perkakas pun tak apa. Thermomix ni masak cara moden dan relax.
- Mudah rambang mata sebab terlalu banyak resepi yang ada dalam Thermomix. Lebih 55 ribu resepi dari seluruh dunia, pre-programmed. Takut asyik layan tengok gambar resepi je kat screen Thermomix terlupa nak masak.
- Tak boleh guna jika black out tak ada elektrik.
- Jadi berebut nak masak kat dapur. Semua orang tiba-tiba pandai masak sebab Thermomix guide step by step, klik next next je terus siap .
Jadi, tepuk dada, tanyalah poket jika korang memerlukan pembantu rumah dari Jerman ini. CCL masih setia menggunakan dapur gas biasa dan bangga dengan dapur yang masih teguh bekerja keras .
So korang ada duit lebih, Thermomix hanyalah salah satu dari jenama yang mempunyai alatan sebegini, korang juga boleh melihat alat yang sama dari Tefal, Bellini dan Kitchen Aid. CCL masih gemar melihat percikan minyak di dapur, percikan dan warna cili sambal serta mengisar menggunakan blender biasa.
Orang biasa, alatan biasa. Orang luar biasa, alatan pun luar biasa. Jika memutuskan korang mahu membelinya, pastikan ia worth every penny!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
TAYANGAN : 2 hingga 22 April 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Mohd Shahremy Ikmal, Mama Bella
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
PRODUKSI : Wira Nusa Production Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Aqasha, Intan Ladyana, Fizz Fairuz, Isaac Iman, Ramona Zamzam, Afifah Nasir, Syafi Tee DFKL, Sarah Malisa DFKL, Ogy Ahmad Daud, Nazia Mustafa
Aqasha sebagai Johan
Intan Ladyana sebagai Emilia
Fizz Fairuz sebagai Noh
Isaac Iman sebagai Danish
Ramona Zamzam sebagai Suri Athirah
Afifah Nasir sebagai Maya
Fauziah Ahmad Daud sebagai Mak Salmah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
LANGKAH PENEBUSAN DATA MUDAH ALIH PERCUMA SEPANJANG TEMPOH PKP
1. Maxis – Perlu Ditebus
Setiap Hari Penawaran data percuma ini tersedia untuk semua pelanggan pascabayar dan prabayar Maxis (kecuali pengguna MaxisONE). Penebusan perlu dibuat setiap hari dan hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja (penggunaan di luar waktu yang dinyatakan akan diambil kira daripada data sedia ada). Penebusan data boleh dibuat menerusi tiga aplikasi berbeza Maxis bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.
Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama –> pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi tab ‘Shop’
2. UMobile – Daftar & Terima Secara Automatik
UMobile menawarkan data percuma ini kepada semua pelanggan semua pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband (kecuali pengguna WeChat Go). Data ini tersedia untuk semua perkhidmatan Internet termasuk melayari web, penstrumab video serta perkhidmatan lain dan boleh digunakan untuk hotspot.
Sama seperti Maxis, data ini hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan penggunaan luar julat waktu ini akan diambil daripada pakej data langganan. Bagaimanapun, pelanggan perlu memastikan talian adalah aktif untuk penggunaan data percuma ini. Untuk makluman, penebusan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan akan diterima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat. Pengguna boleh menyemak baki kuota dengan mendail 1186# untuk prabayar atau 1187# untuk pascabayar. Untuk penebusan, sila dail :
*118*6*7# untuk pengguna prabayar
*118*7*6# untuk pengguna pascabayar
3. Celcom – Penebusan Tidak Diperlukan
Tidak seperti Maxis dan UMobile, pelanggan Celcom tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia akan tersedia secara automatik di dalam akaun setiap hari. Data internet ini juga hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan baki data yang tidak digunakan akan terhapus serta tidak boleh di bawa ke lain hari.
Penggunaan untuk hotspot juga dibenarkan untuk tawaran data percuma ini. Internet percuma hanya boleh digunakan untuk kegunaan domestik sahaja. Pelanggan boleh menyemak baki kuota data ini menerusi aplikasi Celcom Life atau mendail nombor di bawah,
*118*1*1*2# untuk pengguna prabayar
*118# untuk pengguna pascabayar
4. Digi – Internet dan Panggilan Percuma
Untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti, semua pelanggan pascabayar dan broadband Digi akan menerima data Internet percuma sebanyak 1GB setiap hari. Malahan pemberian data percuma ini telah diumumkan oleh Digi lebih awal lagi (sejak 21 Mac) berbanding telko lain.
Data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi MyDigi. Selain itu, mana – mana pelanggan prabayar Digi yang menambah nilai RM10 dan keatas layan menikmati Internet serta panggilan percuma seperti berikut :
Panggilan percuma selama 5 minit + 300MB Internet dengan tambah nilai RM10 hingga RM29.99. Sah selama 3 hari
Panggilan percuma selama 15 minit + 1GB internet dengan tambah nilai RM30 dan ke atas. Sah selama 7 hari.
Selain daripada itu, Digi turut memberikan akses percuma selama 1 bulan untuk pusat pembelajaran digital, jomstudi. Selain itu, pelanggan juga boleh membeli akses percuma 1 selama bulan untuk UPSR dan kurikulum SPM di Classroom dengan hanya RM1.
5. YooDo – Tiada Had Penggunaan
Penawaran YooDo nampaknya tampil lebih menarik berbanding yang lain apabila pengguna data percuma ini boleh digunakan tanpa had iaitu bila-bila masa sahaja sepanjang hari. Data percuma akan dikreditkan ke pelan anda bermula 30 Mac (hari ini) sehingga 14 April 2020 dan sila pastikan talian anda adalah aktif.
Data percuma ini akan ditambah pada baki data sedia ada – sebagai contoh, jika pelan pengguna mempunyai data sebanyak 15GB, ia akan memaparkan‘16GB daripada 15GB’ sejurus menerima data 1GB tersebut. Menariknya lagi, data yang tidak habis digunakan akan dikumpul sehingga pelan anda luput/diperbaharui.
6. Unifi Mobile – Pas Hotspot 999GB
Berita baik lagi! Unifi Mobile kini menawarkan pas hotspot 999GB LTE secara percuma dan penawaran ini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Ia tersedia untuk semua pengguna unifi Mobile Postpaid (unifi Mobile 99, webe RM79 & unifi Mobile Pek Jasa ) dan unifi Mobile Biz Postpaid (unifi Mobile Biz 99 & unifi Mobile Biz 79).
Pengguna tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia diaktifkan secara automatik. Untuk langganan baru, pas ini akan tersedia dalam akaun selepas sehari pengaktifan. Manakala, pelanggan sedia ada pula, ia akan ditunjukkan dalam akaun terkini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
LANGKAH PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI MELALUI i-AKAUN Untuk makluman korang, sistem bagi Permohonan Pengeluaran i-Lestari melalui i-Akaun telah dibuka.. So korang boleh login ke i-Akaun korang dan isi borang kat situ.. Laman web: www.kwsp.gov.my
Hanya 24 step sahaja dah settle . Tapi make sure number telefon untuk TAC sudah dikemaskini
Number TAC boleh dikemaskini dengan 2 kaedah
1. Kiosk KWSP yang beroperasi di bank-bank terpilih.
2. Melalui email
Langkah-langkah .
QOUTES
ABOUT ME

FOLLOWERS
JOURNALIST
-
▼
2026
(28)
-
▼
Februari
(10)
- Declutter Kasut
- Blog Dalam Proses Pengubahsuaian
- OOTD Kenduri
- Brisk Walk 6 February | Mission 10KM Berjaya Jugak !!
- Aiskrim La Cremeria Neapolitan Royale
- Brisk Walk 4 Februari | Cecah Target 9KM
- Reward Lepas Briskwalk Beli Tauhu Crispy Tepi Jalan
- Hampir-Hampir 10KM Brisk Walk!
- Recap Perjalanan Januari 2026
- Juara Ruang Komen Januari 2026 : Blogger Sii Nurul !!
-
▼
Februari
(10)




















































