CARA BARU UNTUK MOHON TUKAR ALAMAT PADA KAD PENGENALAN Jika korang ingin memohon pertukaran alamat pada kad pengenalan, bermula 2 Mei 2019 ini korang perlu sertakan beberapa dokumen penting ini. Langkah ini adalah kerana bagi mengelakkan masalah maklumat tidak sahih pada kad pengenalan. Sebelum ini terdapat 50 hingga 100 orang yang menggunakan alamat yang sama bagi mendapatkan IC.
Mengapa Perlu Tukar IC?
Mengikut Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001), setiap orang yang memiliki kad pengenalan dan bertukar kediaman serta tingga selama lebih 90 hari, hendaklah membuat penukaran alamat kad pengenalan.
Syarat-Syarat Permohonan
- Pemohon dikehendaki hadir di mana-mana kaunter JPN.
- Sila dapatkan Borang Pertukaran Alamat di kaunter JPN dan isi dengan lengkap.
- Alamat mestilah menggunakan alamat tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat kerja, pejabat, organinasi datau P.O Box adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Dokumen yang diperlukan ketika permohonan adalah seperti:
- Dokumen asal pemohon (kad pengenalan)
- Dokumen sokongan seperti bil utiliti, cukai pintu.
- Sekiranya tidak boleh mengemukakan dokumen sokongan, surat pengesahan daripada penghulu, ketua kampung, tuan rumah, majikan perlu dibawa bersama.
Bayaran yang diperlukan
- RM10 bagi pengeluaran kad pengenalan baru untuk warganegara.
- Kemaskini bagi warganegara tanpa pengeluaran kad baru: RM2
- Untuk warganegara, kad baru RM40, dan penukaran alamat tanpa kad baru RM2.
Sumber: JPN
4 Ulasan
Maklumat penting.. kebetulan nak kena tukar alamat.. tq share..
BalasPadamOhh baru tahu. .Tq info
BalasPadamgood info :)
BalasPadambaru haritu pi ke JPN untuk tukar kad sbb nak tukar alamat..good sharing, CCL
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan