IKLAN RAYA ASTRO 2019 : RAYA KUASA 7


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

IKLAN RAYA ASTRO 2019: RAYA KUASA 7 Acap kali tibanya Hari Raya, Astro pasti tampil dengan temanya tersendiri. Evolusi tema Aidilfitri ini dapat dilihat dari era Eratkan Jalinan, Kosong-kosong, Meriah Bersama dan diteruskan dengan Sempurna Seadanya bagi tahun ini. Di sebalik prosa puitis ‘Sempurna Seadanya’, terselit makna yang sungguh mendalam iaitu cinta tak mengenal sesiapa dan kasih sayang mengatasi segalanya. Bukan kebendaan yang dicari, namun kehadiran kita yang dinantikan oleh keluarga pada Aidilfitri ini.

Tahun ini, Raya Kuasa 7 tampil untuk meneruskan tradisi iklan Raya Astro - padat dengan hiburan, nasihat dan kejutan.



Iklan ini mengisahkan keluarga Apai, yang mana setiap daripada mereka ingin menunjukkan kehebatan masing-masing semasa Hari Raya. Namun, mereka terlupa, kuasa sebenar bukanlah pada barangan yang mereka pakai, namun pada kebersamaan ketika beraya. Menariknya, iklan ini menampilkan hero Gaya Ori sekali lagi - Wak Nik dan cameo istimewa daripada Tok Wan, yang tidak asing lagi dalam dunia Astro. 

Catat Ulasan

0 Ulasan