Assalamualaikum & salam sejahtera
IKLAN RAYA TNB 2019 : KONVOI EPIK FANTASTIK Pengalaman balik ke kampung yang menjadi sebahagian tradisi Aidilfitri setiap tahun menjadi idea utama iklan raya Tenaga Nasional Berhad (TNB), kali ini. Tahun ini, TNB memaparkan iklan raya mengetengahkan tradisi kunjung-mengunjungi pada musim perayaan bertajuk ‘Konvoi Epik Fantastik"
“Iklan raya kali ini memaparkan unsur kekeluargaan seperti tolak ansur, hormat-menghormati, kesefahaman dan keikhlasan dalam mengukuhkan hubungan silaturahim, seterusnya menjadikan ia lebih erat dan bermakna."
Konvoi Epik Fantastik yang memaparkan pengalaman dan tradisi sambutan hari raya seorang gadis bandar, Nabila yang berkonvoi ke 10 rumah adik-beradik datuknya.Sepanjang perjalanan itu, terdapat pelbagai babak menyentuh perasaan dan mencuit hati bagi memastikan tradisi kunjung-mengunjungi diterapkan dalam masyarakat.
3 Ulasan
terbaik
BalasPadamIklan ini memang best.. teringat kenangan masa arwah ibu masih ada.. tiap kali raya, berkonvoi ke rumah saudara mara.. sampai ke malam..
BalasPadamsuka iklan ni!hahahahaha
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan