RESEPI ROTI GARLIC GARDENIA BERSAMA MUSHROOM SOUP



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Roti garlic gardenia, garlic bread, resepi, resepi garlic bread, garlic bread gardenia, cara membuat garlic bread, mushroom soup


RESEPI ROTI GARLIC GARDENIA BERSAMA MUSHROOM SOUP  Ada yang suka Roti Garlic? Kalau beli seketul pun tak puas makan kan. Hari ni CCL buat roti garlic pakai roti gardenia sahaja sapu je garlic pada roti  pastu bakar skejap.. mudah kan? cepat dan jimat kos.. sedap sangat-sangat tau hehehe. Ada yang nak resepi cara-cara nak sediakan menu Roti garlic menggunakan roti gardenia  ?

Follow resepi dibawah .

Bahan-bahan Mushroom Soup:


Roti garlic gardenia, garlic bread, resepi, resepi garlic bread, garlic bread gardenia, cara membuat garlic bread, mushroom soup


300ml air
500ml susu segar
1 kiub ayam
1/2 sudu teh daun parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar mentega
1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)

Cara-cara:
🌸 Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.
🌸 Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
🌸Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
🌸Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.
🌸 Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat.


Bahan-bahan Roti Garlic Gardenia 


Roti garlic gardenia, garlic bread, resepi, resepi garlic bread, garlic bread gardenia, cara membuat garlic bread, mushroom soup


Roti Gardenia
Bawang Putih
Mentega
Secubit garam (tak mau buh takpa)
Daun Parsley


Cara-cara:
🌹 Tumbuk bawang putih
🌹 Gaul ke dalam mentega
🌹 Masukkan garam, daun parsley gaul sehingga sebati
🌹 Sapu ke atas roti
🌹 Dan bakar api atas bawah (oven)

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Sedapnya breakfast roti garlic ni. Hehe

    BalasPadam
  2. sedapnya.. mudah dan menyelerakan..

    BalasPadam
  3. selalu jugak buat garlic bread guna gardenia memang best kan

    BalasPadam
  4. ya Allah...kagum kita nengoknye sebab CCL buat dari scratch...kalo kita, sapu garlic spread tu then bakar...lepas tu mushroom soup guna campbell's mushroom soup tu panaskan tambah air aje...hahahah...bagussss CCL! thanks tau share resepi!

    BalasPadam
  5. Wahh sedapnya. Nanti boleh cuba. Btw, tahniah sbb awak terpilih utk top commentator blog cikla

    https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2019/03/top-commentator-pilihan-cikla-untuk.html?m=1

    BalasPadam
  6. laparnyaaaaaa...nyesal tgok pepagi ni...sampai hati...

    BalasPadam
  7. sedap dan berkhasiat nie...

    lapar la pula akak rasa tetibe, hehhee :)

    BalasPadam
  8. saya dah ikut resepi ni. memang puas hati sangat lah. anak2 pun suka ^_^

    BalasPadam
  9. thanx for the idea..kadang kebuntuan nak buat bekpes..boleh la cuba...

    BalasPadam
  10. ni makan time bekfest or petang2 time lapaq ni layan.. panas2 cicah adoiyai nikmat ^^

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan