Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI ROTI GARLIC GARDENIA BERSAMA MUSHROOM SOUP Ada yang suka Roti Garlic? Kalau beli seketul pun tak puas makan kan. Hari ni CCL buat roti garlic pakai roti gardenia sahaja sapu je garlic pada roti pastu bakar skejap.. mudah kan? cepat dan jimat kos.. sedap sangat-sangat tau hehehe. Ada yang nak resepi cara-cara nak sediakan menu Roti garlic menggunakan roti gardenia ?
Follow resepi dibawah .
Bahan-bahan Mushroom Soup:
300ml air
500ml susu segar
1 kiub ayam
1/2 sudu teh daun parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar mentega
1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)
Cara-cara:
🌸 Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.
🌸 Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
🌸Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
🌸Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.
🌸 Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat.
Bahan-bahan Roti Garlic Gardenia
Roti Gardenia
Bawang Putih
Mentega
Secubit garam (tak mau buh takpa)
Daun Parsley
Cara-cara:
🌹 Tumbuk bawang putih
🌹 Gaul ke dalam mentega
🌹 Masukkan garam, daun parsley gaul sehingga sebati
🌹 Sapu ke atas roti
🌹 Dan bakar api atas bawah (oven)



