RESEPI DADIH HOMEMADE LEMAK BERKRIM TANPA MENGGUNAKAN SERBUK DADIH


Assalamualaikum dan salam sejahtera .


Dadih homemade, cara buat dadih tanpa menggunakan serbuk dadih, resepi dadih, dadih lemak berkrim, resepi


RESEPI DADIH HOMEMADE LEMAK BERKRIM TANPA MENGGUNAKAN SERBUK DADIH Beli dadih kat luar mesti tak puas hati. 1 cup kat sini RM1.50 . Langsung tak berkrim , rasa nipis sangat-sangat. Beli perisa cocoa yg rasa cuma manis gula , bau cocoa pun tak bau.

Jadi harini buat dadih sendiri tanpa menggunakan serbuk dadih.Yang pasti lebih berlemak dan berkrim berbanding guna serbuk dadih. Sebelum ni pernah buat dadih tak letak tepung jagung pun , tapi tengok youtube resepi tu letak tepung jagung. Memang rasa lain letak dan tak tepung jagung. Sedap tu lagi berganda 

Resepi ni ikut sukatan CCL sendiri. Kalau ada yg nak cuba bolehlah. Nak sedap jangan kedekut susu. Biar susu banyak dari air takpa

Resepi ni dapat 9 cups. Gandakan kalau nak lebih banyak cups .


Bahan-bahan yang diperlukan

• 150gm gula ( boleh tambah lagi kalau tak cukup manis. CCLbuat manis sedang-sedang )
• 20gm serbuk agar-agar
• 1 sb tepung jagung
• 1 sk garam
• 1 liter susu segar / susu kotak
• 500 ml air
• perasa - depends nak guna perasa apa pun


Cara membuat

1. Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api
sehingga mendidih dan agar-agar larut.

2. Perlahankan api sekejap sehingga agar-agar larut lepas. Kemudian baru kuatkan api hingga mendidih.

3. Apabila agar-agar sudah larut, tapiskan. Selepas tapis, masukkan susu segar dan kacau sebati. Tak perlu masak selepas
masukkan susu segar.

4. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk ditambahkan perasa kesukaan. Misalnya susu yang plain, koko dan nescafe.

5. Masukkan dalam cup dan biarkan sejuk.

6. Selepas sejuk tutup cup dan masukkan ke dalam peti ais antara 1 hingga 2 jam.

7. Siap untuk dimakan.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Wah mudahnyaa. nak cuba buat la nt. thanks share sis hee.

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/03/book-review-bila-cinta-milik-dia-by.html

    BalasPadam
  2. ooo..guna agar2 ya...susu tu yang buat da jadi lemak berkrim tu kannn...sedapnyaa

    BalasPadam
  3. Ala sedihnya..petang tadi konon nak buat agar2 special, sekali resepi dalam majalah tu macam salah je. Tapi buat jugak sebab ingat special kan. Ambik sekali tak sedap! Hurm..geram je

    BalasPadam
  4. best buat sendiri boleh makan puas2. n yes kalo buat sendiri xyah kedekut bahan..

    BalasPadam
  5. Boleh ye buat dadih tanpa guna serbuk dadih. Hehe. Thanks ccl bagi resipi!

    BalasPadam
  6. Kami sekeluarga suka makan dadih,, thanks ya sharing. Bole cuba dah lepas nie

    BalasPadam
  7. Eh macam senang plak nk buat ye. Bleh la bookmark resipi ni. Nanti nak try.

    BalasPadam
  8. nampak macam senang tapi nak buat tu yg malas..hehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan