RESEPI : BUNGA DURIAN GORENG BELACAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

RESEPI : BUNGA DURIAN GORENG BELACAN  Raja buah iaitu durian sememangnya menjadi kegilaan ramai. Tapi korang pernah makan bunga durian? kalau korang nak tahu bunga durian ni salah satu kegemaran orang Sarawak dan juga Indonesia. Bunga durian biasanya dibuat sajian sayur dan rasanya manis dan garing.
nak sediakan bunga durian ni korang perlu berhati hati kerana bunga durian mempunyai lendir.Bunga durian harus direbus atau dicelur dalam air panas selama beberapa minit sebelum memasaknya. Kemudian perlu toskan dan simpan ia di tempat yang kering.dah kering, bolehlah goreng bunga durian tadi dengan ikan bilis dan bawang atau boleh dimasak sebagai kuah lemak. 

korang juga boleh cuba resepi di bawah ini yang sememangnya menyelerakan!

resepi , resepi orang kampung , resepi bunga durian , bunga durian boleh makan ke ,bunga durian goreng belacan , bunga durian masak lemak , bunga durian rangup digoreng

Bahan-bahan:
  • 200gm bunga durian
  • 2cm belacan (dibakar dan ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • ½ cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili sehingga layu sedikit.
2. Kemudian masukkan belacan yang telah disebatikan dengan ½ cawan air.
3. Akhir sekali masukkan bunga durian dan kacau sehingga sebati dan tunggu sehingga kuahnya pekat.
4. Siap untuk dihidangkan!

Note: Kalau nak tahu, bunga durian yang sedap dimakan dan ‘fresh’ berwarna putih kecerahan. Kalau berwarna perang, bila memasak akan menjadi lembik dan berair dan tidak garing


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Sedapnya....lama tak makan

    BalasPadam
  2. Baru first time tahu bunga durian boleh makan... Menarik nih..

    BalasPadam
  3. Tk pernah dgr lagi. Tp nmpk sedap mkn wktu tghari. Hihi.

    BalasPadam
  4. first time dgr bunga durian bole mkn

    BalasPadam
  5. Wah. Baru tau bunga durian boleh di mkn. Baru nk pokok durian dekat umah cikla byk bunganya gugur...

    BalasPadam
  6. pertama kali saya dengar pasal resepi ni.
    Janji Kita

    BalasPadam
  7. Bunga durian boleh buat sayur eh.. Nampak menarik..

    BalasPadam
  8. sedapnya.. first time tahu resepi ni.

    BalasPadam
  9. Suka makan bunga durian. First time makan di rumah mertua. Boleh tahan jugak rasanya.

    BalasPadam
  10. pertama kali dengar bunga durian boleh buat makan ni. wahhh.. nak cubalah. bunga durian gugur nanti nak cuba resepi ni

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  11. jakun bila dengar bunga durian boleh jadi resepi.. selalu tengok bunga durian berlambak atas tanah jerrr..hii camne lah nak cari bunga durian ni rasa bukan senang.. tapi unik la. kan..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan