Assalamualaikum dan salam sejahtera
SEL-SEL KULIT MATI PUNCA WAJAH NAMPAK GELAP DAN KUSAM? JOM ATASINYA DENGAN FACE SCRUB! Entri CCL sebelum ni, CCL ada kongsikan dengan korang semua tentang face scrub yang boleh dibuat sendiri di rumah . Kalau korang yang masih ketinggalan entri tersebut , korang boleh terjah SINI dan SINI .Ada tanya yang face scrub ni penting atau tak kan?Ok sebenarnya face scrub ni tersangatlah penting dan memang WAJIB ada bagi setiap orang. Tak kisah apa jenama face scrub pilihan awak. Tapi ia memang penting . So CCL nak share kelebihan atau fungsi face scrub yang mungkin dalam kalangan kita ada yang tak tahu.
Apa kelebihan face scrub?
1. Membersih kulit wajah jauh lebih mendalam.
Mungkin ada yang tak tahu bahawa pencuci wajah yang biasa kita gunakan kebanyakannya hanya mencuci pada permukaan kulit sahaja. Sebab itu perlunya face scrub untuk mencuci jauh ke dalam liang-liang pori supaya tidak tersumbat.
2. Membuang sel-sel kulit mati pada wajah.
Punca kulit kusam terjadi akibat dari sisa-sisa mekap yang tidak dicuci dengan sempurna dan juga habuk ataupun debu yang melekat pada kulit wajah. Wajah adalah kawasan yang paling terdedah kepada kotoran dan sinaran matahari yang menyebabkan kulit menjadi sunburn.Pentingnya face scrub adalah untuk mencuci sisa mekap dan kotoran yang melekat pada liang pori.
3. Membina sel kulit baru yang lebih sihat.
Penggunaan face scrub boleh mengangkat sel-sel kulit mati dan seterusnya ia dapat merangsang kulit lapisan bawah untuk kembali membentuk sel-sel kulit yang baru yang lebih muda dan sihat.
4. Daya serapan kulit menjadi lebih berkesan.
Apabila sel-sel kulit mati di angkat, daya serapan kulit menjadi lebih baik. Jadi, bila awak memakai serum, pelembap, krim dan sebagainya, ia akan mudah meresap ke dalam kulit dan awak akan mendapatkan kesan yang lebih cepat.
5. Memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan dehidrasi.
Tekstur kulit yang kasar dan kering dapat diatasi dengan penggunaan face scrub. Nanti takda kulit awak nampak kusam dan bila mekap ia akan jadi bercapuk. Tak smooth dan crack.
6. Mengembalikan kulit wajah yang sekata, lebih tegang dan lembap.
Kulit kusam boleh menyebabkan awak nampak lebih tua dari usia. Penggunaan face scrub mampu mengatasi masalah tersebut dan sel kulit baru yang terbentuk akan lebih sekata, anjal dan lembap.
Pentingnya penggunaan face scrub bukan hanya untuk perempuan tetapi lelaki juga.Korang tak perlu menggunakan hari-hari. Cukup hanya 2 atau 3 kali seminggu. Dan kulit korang akan nampak lebih sihat, anjal dan lembap.
entri yang berkaitan
15 Ulasan
kalau rajin memang selang 2/3 hari skali scrub. paling kurang CT akan make sure sminggu skali. ni tahap paling malas sangat da ni hihi..
BalasPadamnanti nak try lah pakai face scrub nih sebab sebelum nih belum pernah pakai lagi..
BalasPadamSaya selalau scrub muka seminggu sekali je. heheehh
BalasPadamBetul betul! Best scrub muka ni. Ena amalkan seminggu 2 kali. Nice! Kalau seharian pakai makeup heavy / buat kerja berat, memang scrub muka ni kasi sental semua kekotoran
BalasPadamKena cuba produk ni..
BalasPadamHari2 tempek scrub muka ni sebab kerja dekat site memang banyak habuk.
BalasPadamlama sungguh aida tak scrub muka, ccl :( hu hu hu
BalasPadamyg penting rajin je. hehe
BalasPadamscrub ada je ni, tapi tak rajin nak buat..hihi..
BalasPadamrabia suka scrub2 ni..lega rasanya.
BalasPadamSaya suka pakai face scrub jenama JAFRA 2 kali seminggu. Muka rasa bersih berseri. Rasa fresh
BalasPadamsuka scrub muka ni sbb lepas scrub rasa kulit licin je.. ;)
BalasPadambETUL tu. Lepas scrub muka rasa lembut jeeee
BalasPadamHai ccl.. Iris nak try jugak la pakai scrub.. Bagi wajah bnafas skit hihii
BalasPadamBaru nak berjinak jinak pakai scrub , hehe .
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan