JUADAH BERBUKA PUASA DIBELI PETANG TADI DAH HABIS KE TIDAK ?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

JUADAH BERBUKA PUASA DIBELI PETANG TADI DAH HABIS KE TIDAK ?   Sebelum fikir juadah berbuka untuk esok, eloklah ramai-ramai pergi dapur dan jenguk juadah yang dibeli siang tadi. Habis ke tidak. Kalau tak habis dan masih elok, boleh bawa masa sahur. Jadi tak perlulah masak teruk-teruk pagi esok. Jangan terus dibuang walaupun korang yang jenis banyak duit dan tak berkira bab makan. 


Juadah berbuka puasa, menu berbuka puasa, resepi berbuka puasa, resepi untuk bersahur, resepi mudah ketika sahur, blog resepi,

Bulan puasa ini bulan pesta ibadat. Dalam sebulan inilah kita nak baiki solat, buka Al-Quran yang sudah lama tidak disentuh, bersedekah, dan lain-lain ibadat yang dirasakan perlu. Yang ini korang buatlah beria-ria macam mana pun. Tak ada yang marah. Lagi pula setiap amalan kita digandakan sepuluh hingga 700 kali ganda. Kos berganda - ganda di bulan ini sahaja tahu.

Ya,CCL tahu pesanan begini klise dan sudah sering diulang-ulang. Tapi itulah, kalau CCL tak pesan, nak harapkan siapa lagi. Done dakwah woih!

Semoga bermanfaat.Salam Ramadhan Al-Mubarak


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. baru dengar tazkirah tarawih tadi. apa guna kaki qiamullai kalau kita berperangai syaitan (membazir) kan. bazir makanan ni dah makin serius lagi2 masuk ramadhan

    BalasPadam
  2. Betul2... kalau tak, buat makanan berbuka kadar yang sederhana... Elakkan pembaziran

    BalasPadam
  3. Berbuka dengan ala kadar saja.
    Elakkan pembaziran makanan.
    Selamat berpuasa.

    BalasPadam
  4. Betul tuu.. elakkan membazir di bulan Ramadhan.. dah jadi macam pesta makan

    BalasPadam
  5. sebab tu jangan pi bazar ramadhan..sure terjebak beli makanan banyak...

    BalasPadam
  6. Senang cerita, waktu nak beli tu jangan ikut nafsu.
    Asal nampak sedap ja semua nak beli memang tak boleh la macamtu kan hehe.
    Harus elakkan pembaziran.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan