Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
JUADAH BERBUKA PUASA DIBELI PETANG TADI DAH HABIS KE TIDAK ? Sebelum fikir juadah berbuka untuk esok, eloklah ramai-ramai pergi dapur dan jenguk juadah yang dibeli siang tadi. Habis ke tidak. Kalau tak habis dan masih elok, boleh bawa masa sahur. Jadi tak perlulah masak teruk-teruk pagi esok. Jangan terus dibuang walaupun korang yang jenis banyak duit dan tak berkira bab makan.
Bulan puasa ini bulan pesta ibadat. Dalam sebulan inilah kita nak baiki solat, buka Al-Quran yang sudah lama tidak disentuh, bersedekah, dan lain-lain ibadat yang dirasakan perlu. Yang ini korang buatlah beria-ria macam mana pun. Tak ada yang marah. Lagi pula setiap amalan kita digandakan sepuluh hingga 700 kali ganda. Kos berganda - ganda di bulan ini sahaja tahu.
Ya,CCL tahu pesanan begini klise dan sudah sering diulang-ulang. Tapi itulah, kalau CCL tak pesan, nak harapkan siapa lagi. Done dakwah woih!
Semoga bermanfaat.Salam Ramadhan Al-Mubarak



