Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH |Dalam tidak sedar, Allāh masih beri kita
peluang untuk bernafas dekat Bumi Allāh ini.Dalam tidak sedar,
Allāh beri kita ujian supaya kita bangkit dan kembali padaNya .Dalam tidak sedar,
semuanya adalah pinjaman dari Allāh.Dalam tak sedar,Allah
masih limpahkan rezeki buat kita semua .Syukur alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kita semua.
Ada yang
mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi m
emberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.Ada yang mengundang rezeki dengan cara
mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia
mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi
keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.
Ada yang mengundang rezeki,
tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!Ada yang mengundang rezeki, setiap kali s
etelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.Ada yang mengundang rezeki,
setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.
Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia
tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.Ada yang mengundang rezeki dengan
memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia
solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.
Ingatlah..
Rezeki kita semua bukan datang dari boss-boss kita atau pelanggan kita semua .Tapi dari Allah swt.Allah sahaja yang pegang rezeki kita setiap hari .Allah tak pernah sebut rezeki yang dia bagi ikut education level Dia bagi kepada yang Berusaha Berdoa dan Bertawakkal.Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.
0 Ulasan
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan