Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
BAGAIMANA CARA TERBAIK UNTUK SIMPAN IKAN SUPAYA TAHAN LAMA DAN KEKAL SEGAR ? Selamat berhujung minggu ..Pergi pasar pada pagi hari ni, beli ikan lebih sikit. Bila simpan dalam peti ais tahu-tahu saja isinya dah jadi lembik dan baunya pun kurang enak. Kalau masak, confirm hilang rasa manisnya.So hari ni pakcik yang jual ikan kat pasar tue kasi CCL satu tips untuk menyimpan ikan .
Macam mana sebenarnya cara terbaik untuk simpan ikan supaya tahan lama dan kekal segar walaupun disimpan lama? Pertama sekali, korang hanya perlu menyiang ikan dan pastikan isi perutnya semua dah dibuang. Kemudian korang ambil surat khabar dan bungkus ikan tersebut di dalamnya. Tak perlu dibersihkan ikan yang telah disiang tadi dengan air.
Apabila korang membersihkan ikan dengan air dan baru disimpan, itulah yang sebenarnya yang membuatkan ikan cepat busuk kerana isinya lembap dengan air. Isi ikan juga mudah hancur.
Selepas ikan dibalut dengan surat khabar tu, bolehlah korang simpan dalam peti ais seperti biasa. Korang juga boleh meletakkan hirisan lemon atau limau di dalam balutan ikan itu. Selain kekal segar, ikan juga akan berbau harum dan tidak hanyir.korang boleh mengeringkan ikan dengan tisu dapur sebelum disimpan.
Ini sedikit tips CCL dapat pagi tadi dari pakcik penjual ikan di pasar .Sebenarnya banyak lagi tips-tips penyimpanan ikan ni. Tak salah tips macam CCL kongsi untuk kebaikkan bersama .
3 Ulasan
Jadi silaplah cara sis..
BalasPadamSis buat camne tau, bersihkan semua ikan termasuk buang isi bagai, masuk dalam bekas dan letak hirisan lemon.. Tapi isi ikan tetap lembek cuma tak berbau sebab ada lemon.
Mungkin dapat beza kalau sis buat cara Cik CL..
Thanks dear for sharing this tips.. ;-)
Thanks for sharing..
BalasPadamSelalunya dan siap cuci bagai sbb ingat senang nak masak nanti.
Rupanya bukan macam tu..
Oh! macam itu rupanya. Kalau Mrs. A dah diap bersih siap letak garam kunyit dah cos nanti senang terus anak dara Mrs. A tinggal goreng jer...
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan