ORANG YANG BERPURA BAIK LEBIH MENAKUTKAN DARI ORANG JAHAT





Orang jahat tu tak menakutkan sangat..sebab apa CCL  katakan 'orang jahat tak menakutkan sangat ... sebabnya segala perbuatan jahatnya kita dapat lihat depan mata kita sendiri .. kita tak dengar dari mulut orang lain .tapi terbukti orang yang buat jahat tue ada di depan mata..banyak benda dalam dunia ni yang kita tak sangka..kadang kadang orang tu je nampak baik.. tapi sebenarnya dialah yang suka berpura pura.

Yang menakutkan tu, Orang yang berpura-pura baik..yang boleh CCL  katakan orang zaman sekarang ni berpura pura baik ibarat macam bidadari yang ada sayap cantik yang turun dari syurga..takutnyaa..Sebab apa CCL  cakap 'orang yang berpura-pura baik' tue lebih menakutkan ? Depan bukan main baik,Belakang kita...dia lah tukang simbah minyak, jadi batu api.dia lah yang menjadi talam dua muka malahan ada jugak yang bermuka-muka ..

Tips dalam berkawan,tips perhubungan,kawan tikam belakang,sikap berpura-pura,hindar kawan yang suka tikam belakang


hidup ini bukan tentang siapa yang terbaik.. bukan tentang siapa yang jahat ..bukan tentang sesiapa yang berpura-pura jadi baik ..tapi soal siapa yang boleh jadi orang baik-baik..dan berbuat baik bukan berpura-pura baik..Bagi CCL buat apa nak berpura pura baik, sedangkan ada orang yang boleh terima buruk baik kau.Burukkan orang lain sebab tak suka tengok kebahagiaaan orang tu.

Berubahlah, kifarah tu ada, awak.

What goes around comes around, tau?

Macam mana yang awak buat kat orang tu, macam tu jugaklah yang awak akan dapat.sebahaya-bahayanya orang jahat, yang lebih bahaya itu orang yang berpura-pura baik padahal aslinya jahat !Insya-allah..kalau awak buat baik, lebih baik ganjaran yang ALLAH bagi awak...sebahaya-bahayanya orang jahat, yang lebih bahaya itu orang yang berpura-pura baik padahal aslinya jahat !
Okay?

Tolong kunyah pelan-pelan dan telan sampai kenyang...


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Sekarang kita susah nak menilai orang mana yang baik, mana yang jahat. Sebab drama lakonan manusia skg semakin mnjadi2. Agak sedih bila org yg kita sgka baik, contoh mcm kawan baik tapi rupanya dialah dalang segala. Skrg kita jangan trlalu meletak kpercyaan tggi terhadap apa yg org. Kadang2 ada muslihat d sblk itu. Tp lagi baik bersgka positif. Hargai kebaikan org tu, tp kalo talam dua muka,buruk2kan kita, jauhkanlah kita dr org bgitu. Bertikam mulut tak akan habis cerita. Sebenarnya byk2 kejahatan bermula dari hati hinggalah ke.mulut. Mulut paling bahaya. Kerana mulut, bdn binasa..huhuh

    BalasPadam
  2. Apa yang org buat kat kita..( sorry ada part tertinggal. Nak padam, tulis balik, pyh..hehe)

    BalasPadam
  3. Mengenali seseorang dan menjauhkan diri dari mereka tulah caranya..coz zaman sekarang tutup mahupun tak tutup x boleh dinilai dari segi tu..Coz bak kata perumpaamaan rambut sama hitam kecuali yg diwarnakan ler ekeke tapi hati dan nawaitu itu yang membezakan antara individu.

    Bukan nak katakan diri ini baik..manusia bukan Rasul atau Allah. Makhluk yang mana ada kelemaahan dalam diri mereka even saya sendiri.

    Pengalaman saya sendiri dimana membuatkan diri ini tidak mudah mempercayai seseorang lebih - lebih lagi jika dah terkena. Untuk memaafkan MUNGKIN LER tapi untuk mempercayai mungkin tidak..Kerana individu yang berpura baik ini lebih bahaya dan tajam dari sebilah pisau. Sekali dah merasa darah dan mungkin akan merasa darah lain.

    BalasPadam
  4. Setuju sangat dengan CCL. Kalau orang jahat kita nampak, orang pura-pura baik, kita tak nampak. Yang buatkan kita lagi sakit, apabila kita percaya kan orang itu dan tup dia tikam dari belakang. Huu. Rasa dunia ni bertukar gelap tetiba.

    Ada orang terima diri kita seadanya. Tak perlu berlakon. Tidak perlu juga cuba merosakkan kebahagiaan orang lain. Hukum karma itu ada. What you give, you get back..

    BalasPadam
  5. Ni kira macam peribahasa 'musuh dalam selimut'.

    BalasPadam
  6. Dunia sekarang, ramai yang talam dua muka dari satu muka.. Sedih bila tau ade yang berpura-pura dengan kita bila kita ikhlas hulurkan persahabatan..

    BalasPadam
  7. talam dua muka, musuh dalam selimut. kebaikannya mengaburi mata 👀

    BalasPadam
  8. kena bijak dalam memilih kawan...
    kalau sudimeh la join segmen yg sedang berlangsung...
    http://seindahcerita.blogspot.my/2017/03/segmen-bloglist-seindahcerita-by-nieyl.html

    BalasPadam
  9. hai singgah sini. sabarlah ya, biasa lah, makin lama makin pelik perangai manusia yg kita akan jmpe. yang pura2 ni makin ramai kite akan jmpe

    BalasPadam
  10. ini lah dunia... hmmm.. bukan mudah nk dptkan kwn yg baik

    BalasPadam
  11. Setuju sangat dengan entry ni CCL. Hidup ni satu kitaran sahaja. Kalau kita buat buruk kat orang, kita dapat lah balasan tu satu hari nanti.

    BalasPadam
  12. Betul ni.. pernah jugak jumpa org mcm ni.. gaya ala ustaz.. tapi.. sebaliknya.. dia yang menikam kita dari belakang..

    BalasPadam
  13. Dr luaran susah utk dinilai skrg ni

    BalasPadam
  14. Do not fear the enemy that attacks you, but beware with fake friends that hug you.

    BalasPadam
  15. Wooo.. tikam belakang. Seelok-eloknya, berhadapan terus dgn orang macam ni. Tak mustahil ada pihak yang lain yang sedang bersorak melihat awk berdua bermusuh.

    BalasPadam
  16. Memang ramai macam Ni. Depan macam bidadari. Belakang, Allah SWT sajalah yang tahu

    BalasPadam
  17. betul tu.. orang jahat lebih baik drp org yg berpura pura baik. sy juga pernah berurusan dgn org spt ini.. berpura pura baik depan org lain.. berperilaku seperti diala yg jadi mangsa.. hakikatnya dia la pemangsa ganas yg sanggup buat apa saja demi mendptkan apa dia mau. dia juga bijak memanfaatkan situasi.. kelihatan dia dianiaya, sebenarnya.. dia la penganiaya...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan