Scroll wall facebook ..terpandang dekat satu wall ni tentang rezeki seorang peniaga kuih tepi jalan ..so CCL kongsikan untuk uolls semua
"Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora.
"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?" tanya makcik itu.
"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu biji."
Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.
"50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab makcik itu.
"Ye ke ni cik?" tanya Nora semula.
"Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab makcik.
Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.
"Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?" tanya makcik itu.
"Tengahari, dalam jam 11 macam tu," agak Nora.
"Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi," jawab Makcik tu. "Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah," beritahu makcik itu.
"Sekarang pukul berapa ni dik?" tanya makcik itu lagi kepada Nora.
"5 suku," jawab Nora.
"Adik pelanggan kedua makcik hari ni," jawab makcik itu. "Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20."
Nora diam sahaja.
"Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga," kata makcik itu sambil mengangkat jari. "Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20."
Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.
"Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat," beritahu makcik tu. "Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?"
"Sejam lebih," agak Nora lagi. "Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?"
Makcik itu merenung muka Nora.
"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu," jawab makcik itu. "Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. "
Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, "tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik."
Nora terdiam tertanya-tanya. "Pelik macam mana tu Cik?"
"Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal," Makcik itu senyum.
Nora terdiam lagi.
"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?" tanya makcik itu tiba-tiba.
"Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.
"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" tanya makcik tu.
Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.
"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah," kata makcik itu. "Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada."
Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.
"Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua," kata makcik tu.
"Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?" tanya makcik tu.
"Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari-hari?" Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.
"Eh, makcik, ni kan duit kuih saya," kata Nora.
"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan," jawab makcik itu.
"Kenapa pula makcik?" tanya Nora kehairanan.
"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita," jawab makcik itu.
"Saya mampu makcik," balas Nora.
"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas.
Sumber:facebook
16 Ulasan
Rasa sebak pula baca cerita ni. Dapat bayang nada suara makcik tu. Syed boleh relate sebab mak memang berniaga, so bila baca ni imagine yang mak saya tengah cakap. Memang niaga sekarang tak untung mana pun, harga barang dah mahal tapi kena jual murah. Orang tak tahu nak buat benda tu ambil masa lama macam mana. Orang berniaga ni kadang2 pagi2 buta tu dah bangun buat kerja kot hmmm.
BalasPadamEmm betul mak cik tu cerita, buat kuih ni renyah tapi harga nak jual macam tak berbaloi ja... Mahal org tak beli, murah tak untung...
BalasPadamcantik blog CCL... dah berwajah baru.. suka!! Kembali pd cerita makcik tu buat kuih mmg payah dan letih. Sis yg masak utk minum petang pun rasa penat inikan pula yg berniaga. bangun awal pagi tidur tak cukup. kesian kan. nak jual mahal sgt takut tak laku, nk jual murah dgn kurangkan bahan takut tak laku juga sbb tak sedap. So, mudah ckp pada yg komen macam2 tu (kalau ada) suruh je dia masak sendiri kat rumah tengok macamana jadi.
BalasPadamsedih baca cerita makcik tu. mesti tak menang tangan dia nak buat kuih nak bagi orang melayu makan kan
BalasPadamhakikat
BalasPadamsedih baca pasal cerita dekat atas ni..memang nak kuih2 kena guna tenaga sikit..
BalasPadamterasa betapa susahnya nak dapatkan walau seringgit.
BalasPadamsaya blogger baru.. feel free singgah and follow my new blog http://rarasukahati.blogspot.my/
thank you!
sedih dengar cerita makcik tu. harap dimurahkan rezeki beliau dan keluarga beliau
BalasPadam🌸💓🌼🌸💓🌼🌸💓🌼
BalasPadamHi ... Singgah dari Kumpulan Kami Suka Terjah Blog ... Jangan lupa join contest kat Jom Bercontest dan singgah jenjalan kat Kisah Hidup Ku ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ... Maaf lambat blog walking ...
🌸💓🌼🌸💓🌼🌸💓🌼
#jombercontest
#kisahhidupku
sometimes org x faham,, nampak org bwat keja tue mcm senang ja dapat untung.. Apapun smoga dipermudahkan segalanya dan dimurahkan rezeki.. Thanks for sharing. :)
BalasPadamSedihlah baca cerita ni... Orang kita memang kebanyakkan macam ni... T^T
BalasPadamDah lama terbaca kisah ni.
BalasPadamBanyak pengajarannya.
pernah baca kisah ni d fb, sentap juga hati 😢
BalasPadamdeep sangat cerita ni..
BalasPadamdeep lah cerita ne..
BalasPadambetul juga kata2 makcik tu..
deep lah cerita ne...
BalasPadambetul juga kaat2 makciktu...
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan