Orang jahat tu tak menakutkan sangat..sebab apa CCL katakan 'orang jahat tak menakutkan sangat ... sebabnya segala perbuatan jahatnya kita dapat lihat depan mata kita sendiri .. kita tak dengar dari mulut orang lain .tapi terbukti orang yang buat jahat tue ada di depan mata..banyak benda dalam dunia ni yang kita tak sangka..kadang kadang orang tu je nampak baik.. tapi sebenarnya dialah yang suka berpura pura.
Yang menakutkan tu, Orang yang berpura-pura baik..yang boleh CCL katakan orang zaman sekarang ni berpura pura baik ibarat macam bidadari yang ada sayap cantik yang turun dari syurga..takutnyaa..Sebab apa CCL cakap 'orang yang berpura-pura baik' tue lebih menakutkan ? Depan bukan main baik,Belakang kita...dia lah tukang simbah minyak, jadi batu api.dia lah yang menjadi talam dua muka malahan ada jugak yang bermuka-muka ..
hidup ini bukan tentang siapa yang terbaik.. bukan tentang siapa yang jahat ..bukan tentang sesiapa yang berpura-pura jadi baik ..tapi soal siapa yang boleh jadi orang baik-baik..dan berbuat baik bukan berpura-pura baik..Bagi CCL buat apa nak berpura pura baik, sedangkan ada orang yang boleh terima buruk baik kau.Burukkan orang lain sebab tak suka tengok kebahagiaaan orang tu.
Berubahlah, kifarah tu ada, awak.
What goes around comes around, tau?
Macam mana yang awak buat kat orang tu, macam tu jugaklah yang awak akan dapat.sebahaya-bahayanya orang jahat, yang lebih bahaya itu orang yang berpura-pura baik padahal aslinya jahat !Insya-allah..kalau awak buat baik, lebih baik ganjaran yang ALLAH bagi awak...sebahaya-bahayanya orang jahat, yang lebih bahaya itu orang yang berpura-pura baik padahal aslinya jahat !
Okay?
Tolong kunyah pelan-pelan dan telan sampai kenyang...
Setia itu adalah perbuatan dan perasaan.
Setia itu akan ada bila kita terima baik buruk seseorang itu tanpa bandingkan dengan yang lain.Setia itu bukan bermakna setia dalam ungkapan 'sayang' sahaja,tapi setia itu bila kita sanggup berubah demi yang kita sayang.setia dalam baiki keadaan diri.Dari dulu perangai cepat marah tapi diubah kepada lebih penyabar.Konsep setia ini luas.persefahaman dan saling mempercayai juga penting dalam suatu hubungan itu.
Kita setia dalam berkata hal yang sama tapi adakah semua rasa itu akan kekal seperti kali pertama diungkapkan hal yang sama itu.??
kalau hati dan rasa itu masih sama,maka setia itu akan kekal.Mungkin akan tetap sama tapi akan ada satu masa itu,sudah tidak ada rasa seperti kali pertama diungkapkan.
Sebab manusia ini,hatinya bersifat berbolak balik.
Firman Allah swt :“Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.”(QS Al-An’am: 110)
YAA MUQALLIBAL QULUUB,TSABBIT QALBII'ALAA DIINIKA WA'ALAA THOO'ATHIK.
Artinya;wahai yang membolak balik-balikkan hati,tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu
Hati berbolak balik ini bukan limited kepada perasaan cinta atau iman sahaja malah dalam kehidupan kita seharian pun ada berlaku. Apa perlu kau lakukan,fix your heart and everthing ok..Rasa juga kadang berbolak balik.Bila ada sesuatu yang kita tahu ditambah dengan perasa yang lain.Maka,adakah itu ujian atau permainan syaitan,Al haq yang jitu kita lupa,yang syaitan kita pegang dan mainkan segala.
Dan terpulang kepada kita bagaimana nak menghadapi situasi dan menilai sejauh mana kita kenal dan percayakan seseorang itu.sejauh mana kita sayangkan seseorang itu.Even ditambah perasa dan ujian datang sekali pun,kita takkan percaya pada tokok tambah tersebut.sebab itu,cuma yang tulus sayangkan seseorang itu sahaja akan faham erti SETIA.