Assalamualaikum & Salam Sejahtera
HIDUP INI ADA KAWAN MENDAMPINGI KITA | Dalam hidup ini ada beberapa jenis kawan yang mendampingi kita.Jenis pertama ini susah sikit nak jumpa. Mereka ialah kawan susah senang kita. Atau sedap sikit kita panggil sahabat. Apa sahaja perkara baik yang kau buat dia akan sokong dan bantu apabila perlu.Jenis ini juga kalau nak bahan, nak marah atau tegur biasanya depa terus sembur atas muka kau. Tak ada cakap belakang. Kadang nampak macam dia tak peduli pasal kita tapi percayalah di belakang kau dia akan cakap yang baik - baik sahaja.Namun awas. Akan ada yang selama ini haram nak peduli pasal kau boleh muncul secara tiba tiba dan mengaku kawan baik. Kalau bukan sebab nak pinjam duit, mesti dia nak ajak kau join bisnes 'juta juta'.hehehehhe
Yang sejenis lagi ni pula kau kena hati hati. Sebab depan kau dia boleh jadi macam Hawariyyun. Tapi di belakang kau, Masya-Allah. Kalau Firaun tahu, dia pun tak mahu buat kawan dengan orang begini. Apa sahaja yang kita buat semua tak kena dimatanya. Lagi tinggi kau naik, lagi dia geram dan dalam hatinya sentiasa harapkan kau jatuh terjelepok dan terus mati. Ha. Ha. Ha. (Gelak jahat)
Sepotong sabda Nabi yang bermaksud;“Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang pandai besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau bisa membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan pandai besi, bisa jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak sedap.”
Hal berkawan ini Nabi pun dah bagi panduan. Bukannya boleh berkawan sembarangan orang.Dan cara terbaik dalam berkawan ini ialah dengan bersederhana. Ini baru kenal je kau dah sanjung dia macam kenal lama. Apa yang dia buat semuanya sempurna. Jangan. Kelahanatan hidup ini sukar dijangka. Jadi simpanlah sedikit ragu ragu supaya tidak kecewa. Begitulah.


