Fasha Sandha Tak Hadir ABPBH2012




Hasrat pelakon Fasha Sandha untuk hadir ke majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) pada 7 April lalu tidak kesampaian kerana keadaannya yang sedang menunggu hari untuk melahirkan bayi pertama.


Pengurus peribadinya, Nik Yasmin berkata keadaan Fasha Sandha yang kini sedang sarat mengandung telah tidak mengizinkannya untuk hadir ke majlis anugerah berkenaan.


"Keadaan Fasha Sandha tidak mengizinkan sekarang ini kerana bila-bila masa sahaja dia akan bersalin.
"Dia sekarang sedang menunggu hari untuk melahirkan bayi sulungnya," 



Fasha sebelum ini telah mengumumkan bahawa dia bakal melahirkan bayi lelaki kira-kira penghujung Mac atau pada awal April.
Fasha Sandha berkahwin dengan Jejai atau Rizal Ashram Ramli, pada 28 April 2012.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Sepupu jejai kan y ganti ke apbh. Rnadia. Adore her.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan