Mesra Bites | Kek Strawberry Swiss Roll

 Assalamualaikum dan hai semua 

Mesra Bites | Kek Strawberry Swiss Roll 

Mesra bite, kek slices mesra bite, kek strawberry swiss roll, strawberry swiss roll, kek strawberi gulung, produk makanan mesra petronas

Lepas cuba Kek Marble Butter dan Kek Pandan Swiss Roll, kali ni CCL cuba pula Kek Strawberry Swiss Roll daripada Mesra Bites.. Seperti biasa… sedap!! ..Kek gulung yang lembut dengan jem strawberi di dalam tu memang ngam! Rasa manisnya pun tak terlalu kuat, jadi memang sesuai sangat kalau nak makan sambil cicah dengan kopi. 

Harga pun murah je, RM1.70 sepotong. Berbaloi kan? CCL suka konsep jual kek secara slice macam ni sebab kita boleh cuba dulu setiap flavour. Kalau sedap, boleh repeat lagi. Kalau kurang kena dengan tekak, tak adalah rasa rugi sangat kan..betul tak ??

Tapi setakat ni, ketiga-tiga flavour yang CCL dah cuba semuanya CCL approve!..

Untuk uguys yang nak cuba, bolehlah cari Mesra Bites di stesen minyak Petronas berdekatan. Mana tahu ada flavour lain yang menarik untuk dicuba juga..

Uguys, dah pernah cuba Kek Strawberry Swiss Roll ni?


0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan