Assalamualaikum dan salam sejahtera
PUCUK PAKU GORENG BELACAN | Semalam makan pucuk paku goreng belacan terasa macam terlajak sedappp laa pulak . Itu pun jiran sebelah yang bagi merasa masakan dia sikit . Pucuk paku ni susah sikit nak jumpa , alang-alang jiran dah bagi menu ni , apa tunggu lagi nikmati dengan nasi putih panas-panas sedap . Sempat juga bertanya jiran sebelah rumah ni mana dia dapat pucuk paku , katanya dia ada beli di Pasar tani .jadi hari ni, CCL pergi pasar & beli pucuk paku lagi utk digoreng belacan lagi.. alhamdulillah rezeki menyebelahi CCL mujur ada pucuk paku , segar segar pulak tue . Jom ikut CCL nak masak pucuk paku.
Bahan yang digunakan
● 2 ikat pucuk paku
● 2 tangkai cili merah
● 2 ulas bawang merah
● 3 ulas bawang putih
● 1 sudu kecil udang kering
● 1 sudu kecil belacan
● Garam dan perasa(ajinomoto)
● Minyak masak
● Udang / sotong
Cara membuat
1. Pucuk paku disiang, jangan ambil bahagian batang yang keras dan daun yang tua. tapi ambil yang pucuk dan daun muda sahaja.
2.Bahan-bahan yang ditumbuk ialah cili merah,bawang merah,bawang putih,udang kering dan belacan ditumbuk hingga lumat
3. Panaskan minyak dalam kuali , tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan udang kecil , kacau sehingga bahan tersebut naik bau dan sedikit kekuningan warnanya .
4. Perlahankan api dan masukkan pucuk paku , jangan lupa masukkan sedikit garam dan ajinomoto. Kalau sudah rasa secukup rasa dah tak payah tambah garam sebab belacan dan udang kering tu dah cukup masin . Ikut citarasa .
5.Gaul rata sehingga masak . Bagi yang suka berkuah boleh letakkan sedikit air . Dah siap bileh hidangkan dengan nasi putih
Selamat mencuba
34 Ulasan
wah..sedap nih
BalasPadamsedapnye...:P
BalasPadamSedapnya nampak pucuk paku goreng dengan udang tu
BalasPadammak aii..sdapnya..:)
BalasPadamDah lama tak makan pucuk paku. Memang sedap dimakan dengan nasi putih panas
BalasPadamsedap ratah panas² :)
BalasPadamvegielover
sedapnya nampak,lama tak makan pucuk paku goreng
BalasPadambtw singgah and follow blog saya https://marblemomo.blogspot.com/
sedapnyaaa CCL.. lama gila x makan pucuk paku..
BalasPadamsedap!
BalasPadamYa Allah, mengancam nya nengok udang tu , akak biasa goreng kosong aja, jap ni nak pi carik lah pucuk paku hihi
BalasPadamAduh CCL....ni memang masakan fav Marsha ni. Kecurr dah ni...😘😘
BalasPadamtengok orang masak pucuk paku ni memang nampak sedap..
BalasPadamsendiri nak masak, rasa macam tak confident.. macam tak sedap je.. hahaha
Suka gak pucuk paku..saya suka kalau masak lemak..haih, tak sedar tambah nasi dalam pinggan..hehe
BalasPadamAduh duh sedapnya... terima kasih untuk resepinya..
BalasPadamLauk fav..! Huih.. telan air liur dah.. Q_Q
BalasPadamaira memang suka pucuk paku, kerabu, gorenga atau gulai putih memang sedap!
BalasPadamlama dah tak makan .. long weekend ni nak try jugak buat ..makan ngan nasi panas...perghhh terangkat !!
BalasPadamsuka kangkung belacan,tp bila kangkung takde,pucuk paku la peggantii dia :D
BalasPadamIni adalah antara masakan/menu kegemaran saya, makan je dengan ikan atau ayam goreng dah cukup rasa menyelerakan. Minum pula air suam alhamdulillah kenyang
BalasPadamTak pernah buat masak belacan. Pernah buat pucuk paku masak lemak je. Bolehlah cuba resepi CCL. Nampak sedap lah sangat weii.
BalasPadamKenapa malam2 macam ni terbaca post pasal masakan yang sedap2 ni dah susah nak cari kalau siang boleh juga redah belakang rumah cari pucuk paku heheheh kat kampung lah wakakaka..
BalasPadampucuk paku, makan lak dengan nasi panas..ada sambal belacan skettt..
BalasPadamperghhh
Antara fav sewaktu kecil.. La nie xboleh makan sangat... angin T-T
BalasPadamAduh..terliur tengok ni...
BalasPadamFav sangat2 ni....
Akak pun suka...selalu abah akak petik pucuk paku kat tepi sungai...mmg best sekali dpt sebesen besar
BalasPadamOh myyy. Terliur.terkenang zaman bebudak, kutip pucuk paku tepi sungai perak😋
BalasPadamSayur kegemaran dan masakan sayur kegemaran onie! sukanya! Terima kasih atas perkongsian,Menu paling simple <3
BalasPadamyum yum i suka makan pucuk paku~~ texture dia tak macam normal vege yang lembik.
BalasPadamtengok gambar pun dah terliur teruk dah
BalasPadamSayur fevret selain kangkung...
BalasPadamlama tak makan pucuk paku ni. bila tengok gbr tu rasa terliurlaa pulak
BalasPadamAnything with belacan is my favorite! Yumsss
BalasPadamPucuk paku nie memang kesukaan.. Selalu tumis buh kiub ikan bilis je.. Hehehe..
BalasPadamlama x makan pucuk paku
BalasPadamteringinnyaaa
tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan