Assalamualaikum dan hai semua
Throwback Hadiah Birthday 2025 : Dapat Mug Comel Tengah belek-belek gambar dalam galeri telefon, konon CCL nak kosongkan storage sikit… sekali jumpa pulak gambar hadiah birthday November tahun lepas yang CCL belum sempat kongsikan..
Sempena birthday CCL, dapat hadiah mug comel yang sangat comel.. Mug ni jenis berat dan tebal. Bila pegang rasa solid sangat, bukan jenis ringan-ringan tu, so CCL rasa sayang pula nak guna buat minum hari-hari takut terjatuh.. Jadi CCL dah dapat idea dalam kepala mug ni nanti nak jadikan barang dekorasi saja. Letak bunga hiasan kecil dalam tu, susun dekat mana-mana sudut rumah yang bersesuaian. Confirm nampak cantik dan aesthetic ..
Terima kasih banyak atas pemberian mug comel ni. Cantik sangat… CCL memang suka!..Seronok bila ada kawan-kawan yang ingat birthday kita. Tak kisah besar atau kecil hadiah tu, yang penting ingatan..


11 Comments
Alhamdulillah, sayang nak guna harian barang comel macam tu.
BalasPadamBolehlah buat perhiasan
Onomm comel cawan. Happy belated beday CCL !
BalasPadamComel ya mug tu.
BalasPadamAgree.... Sayapun kalau dpt mug yg estetik begini, biasanya jadi Deko juga, tak nak pakai untuk minum takut pecah. Apalagi ada kucing2 aktif yg hobinya memecahkan gelas 😄
BalasPadamComel betul la. Sayang nak guna.
BalasPadamCantiknya mug kado ulang tahun. Saya juga bahagia kalau ada teman yang ingat ulang tahun saya dan memberi hadiah. Btw, nice to meet you ya, Kak. Salam kenal dari saya (Farida) from Indonesia.
BalasPadamcomelnya mug tu ccl
BalasPadamComel betul....seronok dapat hadiah kan CCL..
BalasPadamComel mug tu..terus teringat tea time dalam cerita Alice in Wonderland . Kikiki
BalasPadamCantik
BalasPadamcomel je mug tu.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan