Assalamualaikum dan hai semua
Sekian lama bumi Perlis tak boleh berpisah dengan cuaca hangat lit-lit . Panas terik dari pagi sampai ke petang, kadang rasa bahangnya sampai menusuk ke kulit. Nak keluar rumah pun kena fikir dua tiga kali,... Tapi petang ni lain pula ceritanya. Alhamdulillah… hujan rahmat turun mencurah-curah membasahi bumi Perlis. Sekali dengan dentuman manja guruh di langit..bagi tanda yang hujan kali ni memang betul-betul nak turun. Hujan lebat, basah betul jalan dan halaman rumah.
Paling best mestilah bau hujan tu. Bau tanah, bau jalan tar yang kena air hujan tu memang ada aura tersendiri. Automatik rasa segar, tenang, dan nyaman.. Panas yang seharian terasa macam terus hilang dibawa angin hujan.
Selepas lama bumi Perlis disimbah panas terik, akhirnya Allah turunkan juga hujan sebagai penyejuk...Alhamdulillah… terima kasih Allah atas hujan rahmat ini. Semoga bumi Perlis terus dilimpahi keberkatan


3 Comments
Alhamdulillah. Hujan rahmat. Dulu pernah le Perlis. Terkejut sampai Chuping (kalau tak silap nama) pokok kiri kanan jalan hangus terbakar sebab terlalu panas.
BalasPadamAlhamdulillah...Ha ah dengar dalam radio..Panas Sungguh kan kat sana...Syukurlah!!!
BalasPadamAlhamdulillah hujan. Kat Lipis ni panas terik betul sekarang. Malam ada la hujan renyai2 je jarang sekali.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan