Sampul Raya 2026

 Assalamualaikum dan hai semua 

Sampul Raya 2026 Tahun ni sempat juga CCL beli sampul duit raya cantik , walaupun last minute sikit .. Seperti biasa, tempat pilihan mestilah Shopee.. mudah, cepat dan murah!.. CCL jumpa sampul raya murah ni dengan harga yang sangat berbaloi, 5 keping tak sampai RM3 pun, memang berbaloi sangat dengan kualiti yang dapat.

sampul raya, design sampul raya, sampul raya bajet, sampul raya cantik, sampul raya minimalist, sampul raya bawah RM3, sampul duit raya cantik ,

Boleh beli di link ini  . Kalau nak cerita pasal material, memang puas hati..Kertas jenis glossy, tapi tak ada lah nampak tebal ,dan bukan jenis yang mudah renyuk tu .. tak nampak murah walaupun harga bajet.. Design pula memang kena dengan taste CCL tahun ni.. CCL pilih corak bunga-bunga comel dengan latar warna soft yellow.

sampul raya, design sampul raya, sampul raya bajet, sampul raya cantik, sampul raya minimalist, sampul raya bawah RM3, sampul duit raya cantik ,

Bahagian belakang sampul pun tak kurang menarik,terselit pantun 4 kerat yang simple vibes-vibes raya 

Ada mata pandanglah keindahan,

Ada mulut berbudi lah pertuturan,

Ada hati berilah kesayangan,

Ada salah dan silap sudilah maafkan.

Memang kena sangat dengan vibes Aidilfitri ..bulan untuk bermaafan dan eratkan silaturrahim.

sampul raya, design sampul raya, sampul raya bajet, sampul raya cantik, sampul raya minimalist, sampul raya bawah RM3, sampul duit raya cantik ,

Tahun ni pula CCL tak sempat nak tukar duit raya..Jadi guna je lebihan duit raya tahun lepas.Malam raya baru kalut isi sampul standard lah tu kan..

Tak kisah lah sampul mahal ke murah, berapa kuantiti duit raya .. asalkan cantik dan ikhlas untuk memberi .


0 Comments

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan