TIPS PEMAKAIAN SERUM DENGAN BETUL


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

TIPS PEMAKAIAN SERUM DENGAN BETUL Apa itu Serum dan Kebaikan Serum?Serum adalah produk yang mampu merawat kulit dan mampu melembabkan kulit dengan bahan-bahan yang kuat.Kebaikan serum Serum mengandungi molekul kecil yang dapat meresap ke dalam lapisan kulit terdalam dan membawa bahan aktif dengan tindakbalas yang cukup efektif.Berkat kemampuannya untuk meresap secara menyeluruh, serum dapat dijadikan alat paling efektif untuk mengatasi masalah pada kulit seperti kedutan dan sebagainya.


Pemakaian serum bermanfaat untuk meningkatkan proses regenerasi kulit, sehingga sel-sel kulit mati akan digantikan dengan lapisan kulit haru dan menjadikan kulit muka lebih halus lembut dan bersinar serta bebas dari masalah kedutan. Serum juga bertindak lebih kuat dari pelembab kerana bahannya bersifat mudah meresap dan dapat membantu meningkatkan produksi kolagen pada kulit, sehingga kulit muka menjadi lebih anjal, segar serta selalu nampak awet muda. Serum muka juga sesuai dipakai bagi anda yang suka memakai mekap kerana kandungan serum boleh membuatkan kulit muka kelihatan lebih flawless ketika mengenakan mekap.

tips kecantikkan . serum , apa itu serum , cara pakai serum , pentingnya serum , kelebihan serum untuk kulit ,


Cara Menggunakannya:
1.Kebaikan serum serum digunakan sebanyak dua kali sehari. Serum adalah produk pertama yang sebaiknya terapkan di kulit muka setelah membersihkan muka.

2.Terapkan serum dengan menggunakan satu atau dua jari sahaja. Kawasan yang penting seperti bawah mata tidak boleh diketepikan daripada pemakaian serum. Apatah lagi, jika anda tidak menggunakan krim mata.

3.Pastikan titik-titik serum harus tepat supaya merata ke seluruh bahagian muka. Selain itu, jangan lupa pakai serum sehingga ke bahagian leher.

4.Cara pemakaian serum yang betul, 30 minit sebelum tidur supaya ia meresap ke dalam kulit dan tidak melekat pada bantal dan sebagainya ketika anda terlelap.


Antara Kebaikan Serum Kecantikan Muka:
✔Membuat struktur kulit lebih tegang dan anjal
✔Melembabkan kulit muka.
✔Menyamarkan kedutan pada muka hingga leher.
✔Mencegah penuaan semulajadi.
✔Menutrisikan kulit.
✔Memberikan sensasi kulit muka yang lebih bersinar dan cerah.
✔Menghaluskan serta mencerahkan warna kulit muka yang kusam.
✔Menghilangkan tompok-tompok hitam pada muka.


Kebaikan serum memang tiada tandingannya. Memakai serum secara rutin dapat membuatkan kulit muka kita lebih lembab dan dapat menyamarkan pelbagai macam tanda-tanda penuaan.

Catat Ulasan

29 Ulasan

  1. hehee baru tahu, sebelum ni main hentam kromo je. asalkan urutan ke atas. Tapi selamat jarang pakai serum :p

    BalasPadam
  2. terbaik lah tips CCL. pasni takde la main tonyoh je serum kat muka. hahaha

    BalasPadam
  3. good info.. selama ni duk pakai je
    _www.mrsliez.com_

    BalasPadam
  4. good info.. tak pernah cuba pakai serum, tapi teringin nak pakai. hahaha

    BalasPadam
  5. Boleh hilangkan kesan jeragat juga kan pakai serum ni?

    BalasPadam
  6. Serum apa yang awak highly recommended?

    BalasPadam
  7. Hahaha..ada cara nak pakai serum..selalu pakai tolak ke atas je

    BalasPadam
  8. tips yang berguna, sebab macam nak try guna serum hehe

    BalasPadam
  9. terbaik tips ni..tq ccl for info..

    BalasPadam
  10. Info yg bermanfaat utk memastikan kulit yg sihat dengan cara yg berkesan.

    BalasPadam
  11. sy nak pakai serum .. tp sy sendiri x sure serum apa yg sesuai huhu

    BalasPadam
  12. CR xde pkai serum. baru research2 serum mne yg okay. huhu

    BalasPadam
  13. Thank you untuk tips cara pemakaian serum ni.. Rose pun tengah displin pakai serum sekarang :)

    BalasPadam
  14. Thanks share info cara pemakaian yg betul.. Zaza pun mmg pakai biasa 10 mnt sblm tdo.. :)

    BalasPadam
  15. Sally dlu mmg xde laa nak pakai serum, tp lepas g Korea... Muka mmg kering sbb cuaca..since then mmg pakai dah..sampai skrg :)

    BalasPadam
  16. Good info.. Thanks for sharing!

    BalasPadam
  17. oooo.. macam tu rupanya. pakai serum 30 minit sebelum tidur yea.. supaya serum tu tak melekat kat bantal.. aiyoo. baru tahu huhuu

    BalasPadam
  18. Wah bagus info ni siap ada step by step. Iday serius, main pakai je. lepas ni nak amalkan step2 tu. thanks for sharing:)

    BalasPadam
  19. Serum ni dh mcm must have bg wanita kan

    BalasPadam
  20. Memang best pakai serum..tak perlu dh moisture semua

    BalasPadam
  21. Love love love serum sbb mostly mmg jenis cepat serap and not tacky. Juice untuk muka. Thank you CCL for the tips, selama ni shad hentam pakai saja. Hehe.

    BalasPadam
  22. Ada juga yg pakai waktu pagi.. yg mana satu btoi ye.

    BalasPadam
  23. aida pakai serum 2 kali sehari.
    pagi & mlm.wajib!
    antara steps penjagaan muka aida seharian.

    BalasPadam
  24. byk khasiat serum ni rupanya. good info sis..tqvm

    BalasPadam
  25. Nice tips.
    Tapi serum yang Mrs. A guna perlu pakai 3 kali jer... seminggu tak perlu guna setiap hari.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan