Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima Parcel Dari Blogger Mummy Ayu & Blogger Kak Notie Balik kerja hari ni, terus masuk bilik nak rehat sekejap. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan… rasa lega sangat bila dapat tenangkan fikiran selepas sehari suntuk kerja. Tengah rehat tu, mata CCL tiba-tiba tertumpu pada dua parcel atas meja.
Parcel pertama datang daripada blogger Mummy Ayu (MA). Sebenarnya parcel ni dah sampai hujung bulan lepas. CCL dah buka isi dalamnya, tapi belum sempat lagi nak update entri khas. InsyaAllah akan ada satu posting khas unboxing hadiah Mummy Ayu nanti.
Parcel kedua pula baru sampai dua hari lepas, dari blogger Kak Notie. Memang tak sabar nak buka sebab dah tahu isinya adalah sepasang telekung. Cuma belum sempat unboxing lagi. Rasa macam kejap lagi nak buka, nak tengok telekung warna apa, corak macam mana. CCL yakin mesti cantik,
CCL nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Mummy Ayu & Kak Notie sebab memilih CCL sebagai salah seorang pemenang giveaway. Rezeki kecil macam ni besar maknanya, bukan saja sebab hadiah tapi lebih kepada ukhuwah & semangat support sesama blogger.
InsyaAllah dalam entri seterusnya, CCL akan kongsikan review hadiah parcel blogger ni dengan lebih detail. Stay tuned yaa!











































