Drama TV3 : Bisik - Bisik Gelora

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Drama TV3 : Bisik - Bisik Gelora Drama adaptasi novel ‘Bisik-Bisik Gelora’ karya Fauziah Ashari akan mengisi slot Akasia TV3 bermula 21 Mei 2022. Drama bersiri 35 episod ini diarahkan oleh Riza Baharudin, menggandingkan Redza Rosli dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama.


Drama Bisik-Bisik Gelora

Episod: 35

Tarikh Tayangan: 21 Mei 2022

Waktu Siaran: Isnin-Ahad, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3

Penulis Novel: Fauziah Ashari

Penulis Skrip: Intan Zarina Mohd Yasin

Pengarah: Riza Baharudin

Produksi: Global Station Sdn Bhd

Pelakon: Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Mark Adam, Afifah Nasir, Kodi Rasheed, Shakilla Khoriri, Edika Yusof, Damia Qaissarah


Watak Pelakon Drama Bisik-Bisik Gelora

Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin

Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi

Gambit Saifullah sebagai Fakhri

Hafidz Roshdi sebagai Wari

Ruminah Sidek sebagai Nek Muya

Afifah Nasir sebagai Nada

Kodi Rasheed sebagai Yahya

Shakilla Khoriri sebagai Juni



DRAMA , DRAMA BISIK - BISIK GELORA , SINOPSIS DRAMA BISIK - BISIK GELORA , BISIK - BISIK GELORA , EPISOD PENUH DRAMA BISIK - BISIK GELORA , TONTON ONLINE DRAMA BISIK - BISIK GELORA


Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora

Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.


Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.


Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.


Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.Takdir Allah, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?



Drama TV3 : Sempurna Mencintaimu


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Drama TV3 : Sempurna Mencintaimu Telefilem ini diinspirasikan daripada watak-watak daripada novel Tak Sempurna Mencintaimu karya Rehan Mokhtar.Saksikan telefilem Sempurna Mencintaimu yang akan menemui penonton pada hari Khamis, 12 Mei 2022 pada pukul 10.00 malam di TV3 dan tonton secara online di www.tonton.com.my



Tayangan : Telefilem di TV3

Waktu : 12 Mei 2022 (Khamis)

Masa : 10.00 Malam

Pengarah : Emi Suffian

Penulis Skrip : Marr Mohamad

Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.



Pelakon Drama Sempurna Mencintaimu

Antara pelakon atau artis yang membintangi telefilem ini ialah Redza Rosli, Intan Najuwa, Afifah Nasir, Aniq Suhair, Mustaqim Bahadon, Fendi Seman, Seniwati Mak Jah, Shah Khan dan ramai lagi.



DRAMA, DRAMA SEMPURNA MENCINTAIMU , SINOPSIS DRAMA SEMPURNA MENCINTAIMU , TONTON ONLINE DRAMA SEMPURNA MENCINTAIMU , EPISOD PENUH DRAMA SEMPURNA MENCINTAIMU, TELEFILEM SEMPURNA MENCINTAIMU , REDZA ROSLI , INTAN NAJWA


Sinopsis Drama Sempurna Mencintaimu 


Telefilem Sempurna Mencintaimu mengisahkan tentang Mustaqim dan Sirat yang telah memulakan hidup baharu dengan keterujaan untuk menyambut cahaya mata pertama mereka.


Selepas melahirkan anak sulung mereka, Taqim mengupah seorang wanita untuk menjaga mereka.

Di setiap indah pasti ada peritnya, di akhirnya sempurna. Namun, benarkan cinta mereka sempurna untuk selamanya



Aidilfitri 2022 : Raya Yang Paling Kalut Selepas 2 Tahun pandemik Covid-19

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Aidilfitri 2022 : Raya Yang Paling Kalut Selepas 2 Tahun pandemik Covid-19 Walaupun sudah masuk minggu kedua bulan Syawal , masih belum terlambat untuk CCL ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri . Ampun Maaf dipinta dari segi percakapan dan juga dari segi penulisan yang menguris hati mana-mana pihak.  Selepas 2 tahun kita semua tidak berasa nikmatnya menyambut Syawal seperti sedia kala , alhamdulillah tahun ini kita semua diberi peluang untuk sama-sama raikan Aidilfitri yang penuh bermakna disamping orang tersayang . Walaupun raya tahun ni betul-betul kalut , betul-betul panik sehinggakan kelam-kabut dibuatnya selepas mendengar pengumuman  mengenai tarikh Satu Syawal .



Malam raya masih di tempat kerja ??

Penghujung Ramadan CCL dan team office sempat juga luangkan masa berkumpul berbuka puasa sekali ..selepas berbuka dan selesaikan apa yang patut . Tiba-tiba kecoh esok raya..esok raya..esok raya .. Fuhh biar betul ? Nak kepastian yang lebih lagi  dengar annoucmenent dari penyimpan mohor-mohor besar tentang raya mengatakan esok raya .. Alamak esok raya !! Memang kelam kabut dibuatnya .. Sepatutnya raya tahun ni dah plan untuk beraya dengan keluarga suami . Alih-alih malam raya pun masih bekerja .. Baju-baju pun belum packaging lagi ..nampak gaya terpaksa raya di Perlis juga . 


Antara moment-moment indah panik raya 2022 

-persiapan raya memang kelam kabut, malam raya masih lagi sibuk bekerja .

-baju raya baru masih terendam dalam baldi bersama air sabun , malam raya baru basuh dan pagi raya baru seterika baju .

-angan-angan nak lukis inai tidak menjadi.

-malam raya baru kalut isi duit raya ke dalam sampul raya .

-malam raya baru isi biskut raya ke dalam balang 

-malam raya ayah sempat beli daging .

-petang sebelum raya sempat buka daun palas, tapi tak sempat nak buat ketupat serta rendang .

-pagi raya bersilat kat dapur tolong mak masak apa yang patut .

-petang raya kalut packing baju balik Kulim .

-petang raya last minit untuk outdoor photoshoot raya.



Walaupun semuanya kalut raya , alhamdulillah tetap beraya dengan ahli keluarga . Tahun ni , tahun pertama juga beraya tanpa arwah tokwan . 

Al-fatihah untuk arwah tokwan . Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat rakan-rakan 



Safi Shayla Kini Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Sihat Dan Lebat

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Safi Shayla Kini Dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics Untuk Rambut Sihat Dan Lebat Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Itulah peribahasa Melayu yang membawa maksud setiap orang mempunyai pendapat atau kehendak yang berbeza-beza. Bagaimana pula dengan jenis rambut? Tentulah ada bezanya! Malahan tidak semua syampu sesuai untuk semua jenis rambut. Ada rambut berminyak, kering, kelemumur dan rosak. Oleh itu, pemakaian syampu perlu disepadankan dengan jenis rambut korang. 


Pasti rimas dengan rambut gugur dan kulit kepala yang gatal akibat kelemumur. Malah kepingan kelemumur akan kelihatan pada pakaian. Begitu juga dengan kesan kegatalan kulit kepala yang menyebabkan rambut mudah rosak seterusnya keguguran. Ini semua akan  menjejaskan penampilan dan keyakinan diri. Hadapi dilema yang tidak berkesudahan dengan masalah rambut ini? 


REVIEW , BEAUTY , SAFI , SYAMPU SAFI SHAYLA, SAFI SHAYLA , SAFI SHAYLA HIJAB , SAFI SHAYLA ANTI KELEMUMUR , SAFI SHAYLA RAMBUT GUGUR ,SAFI SHAYLA ANTI DANDRUFF , SAFI SHAYLA REVIEW , SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT ,tips kecantikan,

Memperkenalkan Safi Shayla, pakar rambut wanita (Hijab Hair Care Expert) . Kini dipertingkatkan dengan teknologi pertama breakthrough Hijab Scalp Biotics yang dikenali untuk mengekalkan keseimbangan dan kesihatan mikrobiom kulit kepala bagi mencapai rambut berhijab yang lebih sihat dan lebat . Selain itu, dengan adanya teknologi Hijab Scalp Biotics ini juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan wanita berhijab perlukan penjagaan khas dan teknologi baharu untuk kulit kepala dan rambut mereka  .


 Teknologi baharu Safi Shayla Hijab Scalp Biotics kini tersedia untuk membantu rekrut wanita berhijab yang belum menggunakan Safi Shayla sebelum ini untuk mencuba produk dari Safi Shayla terutamanya untuk kaum wanita yang mengalami masalah kulit kepala dan rambut yang merungsingkan, berkelemumur , rambut gugur , berminyak dan berbau . 



Safi Shayla Hijab Scalps Biotics


REVIEW , BEAUTY , SAFI , SYAMPU SAFI SHAYLA, SAFI SHAYLA , SAFI SHAYLA HIJAB , SAFI SHAYLA ANTI KELEMUMUR , SAFI SHAYLA RAMBUT GUGUR ,SAFI SHAYLA ANTI DANDRUFF , SAFI SHAYLA REVIEW , SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT ,tips kecantikan,

Hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI) kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita yang berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab . Komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik . Akibat faktor cuaca yang panas dan lembap , hasilnya pelbagai masalah kulit kepala dan rambut seperti kelemumur, rambut gugur dan kulit kepala berbau dan gatal  mudah berlaku kepada yang berhijab. Oleh itu , rambut berhijab perlukan penjagaan yang sempurna .


 

REVIEW , BEAUTY , SAFI , SYAMPU SAFI SHAYLA, SAFI SHAYLA , SAFI SHAYLA HIJAB , SAFI SHAYLA ANTI KELEMUMUR , SAFI SHAYLA RAMBUT GUGUR ,SAFI SHAYLA ANTI DANDRUFF , SAFI SHAYLA REVIEW , SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT ,tips kecantikan,


Safi Shayla kini telah upgrade dan diformulasi dengan rumusan revolusi teknologi Hijab Scalp Biotics pertama di dunia. Diinspirasikan daripada microbiome science , ia dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu penumbuhan bakteria baik bagi mengembalikan semula , mencapai keseimbangsn mikrobiom kulit kepala dengan kulit kepala yang sihat . Rambut berhijab lebih sihat dan lebat . 


Ia juga diperkuatkan dengan 7 Habbatussa Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala dan rambut . Bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam yang sering dialami oleh wanita berhijab , rangkaiannya juga dipertingkatkan untuk memberi haruman yang berpanjangan sehingga 72 jam walaupun berhijab sepanjang hari. 



Top 5  Variasi Syampu Safi Shayla Yang Paling Popular . 



REVIEW , BEAUTY , SAFI , SYAMPU SAFI SHAYLA, SAFI SHAYLA , SAFI SHAYLA HIJAB , SAFI SHAYLA ANTI KELEMUMUR , SAFI SHAYLA RAMBUT GUGUR ,SAFI SHAYLA ANTI DANDRUFF , SAFI SHAYLA REVIEW , SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT ,tips kecantikan,

-Syampu Safi Shayla anti kelemumur 

-Syampu Safi Shayla kawalan rambut gugur

-Syampu Safi Shayla licin terurus 

-Syampu Safi Shayla segar bermaya 

-Syampu Safi Shayla itch kontrol 


Mulakan penjagaan yang mantap dengan syampu safi shayla. Tersedia dalam pelbagai variasi yang khas di rumus untuk mengatasi pelbagai masalah kulit kepala dan rambut yang kerap dihadapi oleh rambut berhijab . 



Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur


REVIEW , BEAUTY , SAFI , SYAMPU SAFI SHAYLA, SAFI SHAYLA , SAFI SHAYLA HIJAB , SAFI SHAYLA ANTI KELEMUMUR , SAFI SHAYLA RAMBUT GUGUR ,SAFI SHAYLA ANTI DANDRUFF , SAFI SHAYLA REVIEW , SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT ,tips kecantikan,


Berfungsi menghilangkan 99.99% masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala dari cucian pertama dengan haruman kekal sehingga 72 jam . Ianya diformulasi menggunakan kombinasi micro Bamboo Charcoal dan Habbatus Sauda serta Micro ZPT Complex yang bertindak aktif menentang kelemumur . 


-Micro Bamboo Charcoal 

Bahan semulajadi yang diaktifkan untuk menghilangkan minyak dan bau kulit kepala dan rambut .


-Habbatus Sauda

Menghalang pembiakan bakteria serta menyihat, melindungi dan mencantikkan rambut .


-Micro ZPT Complex

Ejen anti kelemumur yang berkesan untuk menghapuskan kulat yang menyebabkan kelemumur 


-Pudina (mint & menthol)

Memberikan kesan sensasi dingin dan segar kepada kulit kepala



Syampu Safi Shayla Kawalan Rambut Gugur


REVIEW , BEAUTY , SAFI , SYAMPU SAFI SHAYLA, SAFI SHAYLA , SAFI SHAYLA HIJAB , SAFI SHAYLA ANTI KELEMUMUR , SAFI SHAYLA RAMBUT GUGUR ,SAFI SHAYLA ANTI DANDRUFF , SAFI SHAYLA REVIEW , SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT ,tips kecantikan,


Berfungsi menguatkan struktur rambut , mengurangkan keguguran rambut sehingga 83% yang disebabkan oleh kerosakan rambut serta membaiki rambut yang rapuh dengan haruman sehingga 72 jam . Rambut lebih kuat, mudah disikat dan segar sepanjang hari . Ianya diformulasikan dengan gabungan Habbatus Sauda, Ginseng dan pro-vitamin B5


-Habbatus Sauda

Menghalang pembiakan bakteria serta menyihat, melindungi dan mencantikkan rambut .


-Ginseng 

Membekalkan nutrien untuk menguatkan rambut dari akar hingga hujung rambut .


-Pro-Vitamin B5

Menguatkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut sehingga 83% yang disebabkan oleh kerosakan rambut . 



Syampu Safi Shayla Licin Terurus


REVIEW , BEAUTY , SAFI , SYAMPU SAFI SHAYLA, SAFI SHAYLA , SAFI SHAYLA HIJAB , SAFI SHAYLA ANTI KELEMUMUR , SAFI SHAYLA RAMBUT GUGUR ,SAFI SHAYLA ANTI DANDRUFF , SAFI SHAYLA REVIEW , SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT ,tips kecantikan,


Berfungsi melembutkan dan melicinkan rambut dengan haruman sehingga 72 jam . Diperkayakan dengan gabungan Habbatus Sauda, Minyak Camelia dan Multivitamin . 


-Habbatus Sauda

Menghalang pembiakan bakteria serta menyihat, melindungi dan mencantikkan rambut .


-minyak camelia

mengunci dan mengekalkan kelembapan serta memberi kelembutan kepada struktur rambut . 


-Multivitamin 

Melicin, lurus, lembut dan mengurangkan rambut kusut, menjadikan rambut mudah disikat dan terurus.


Syampu Safi Shayla Segar Bermaya


REVIEW , BEAUTY , SAFI , SYAMPU SAFI SHAYLA, SAFI SHAYLA , SAFI SHAYLA HIJAB , SAFI SHAYLA ANTI KELEMUMUR , SAFI SHAYLA RAMBUT GUGUR ,SAFI SHAYLA ANTI DANDRUFF , SAFI SHAYLA REVIEW , SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT ,tips kecantikan,


Fungsi utama membersih secara mendalam & mengurangkan minyak pada kulit kepala agar rambut ringan. Segar bermaya dengan haruman 72 jam . Ia diperkayakan dengan formulasi Habbatus Sauda, Limau dan Menthol 


-Habbatus sauda 

Menghalang pembiakan bakteria serta menyihat, melindungi dan mencantikkan rambut .


-Limau 

Berkesan mengawal minyak pada kulit kepala untuk kesegaran berpanjangan.


-Menthol 

Memberi kesan sensasi dingin dan segar kepada kulit kepala



Syampu Safi Shayla Itch-Kontrol


REVIEW , BEAUTY , SAFI , SYAMPU SAFI SHAYLA, SAFI SHAYLA , SAFI SHAYLA HIJAB , SAFI SHAYLA ANTI KELEMUMUR , SAFI SHAYLA RAMBUT GUGUR ,SAFI SHAYLA ANTI DANDRUFF , SAFI SHAYLA REVIEW , SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT ,tips kecantikan,


Berfungsi membebaskan kulit kepala dari kegatalan dan bau kepam dengan haruman yang berpanjangan . Diformulasikan dengan gabungan Habbatus Sauda, Minyak Tea Tree dan Menthol 


-Habbatus Sauda 

Menghalang pembiakan bakteria serta menyihat, melindungi dan mencantikkan rambut .


Minyak Tea Tree

kesan yang efektif untuk melegakan kegatalan kulit kepala dan menangani masalah bau kepam.


Menthol

Memberikan kesan sensasi dingin dan segar kepada kulit kepala .



Produk Syampu Safi Shayla boleh didapati di seluruh Malaysia  termasuk semua rangkaian pasaraya, Kedai-kedai runcit , Online Store , Guardian, Watsons ataupun dari laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee



Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi Boost

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi Boost Boost merupakan salah satu aplikasi e-dompet tempatan yang menawarkan pembayaran Zakat Fitrah secara nirtunai. Melaluinya, Boost telah bekerjasama dengan lima badan pungutan zakat di Malaysia bagi memudahkan proses pembayaran zakat nirtunai secara dalam talian. Ini termasuklah Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Pahang, Kedah dan Negeri Sembilan. Tidak kira sama ada anda pengguna Basic atau Premium, kini anda boleh membayar zakat dengan mudah tanpa perlu ke pusat pungutan secara fizikal. Namun begitu, pastikan aplikasi Boost mempunyai baki yang mencukupi bagi membolehkan proses pembayaran berjalan dengan lancar.



6 Langkah Mudah Bayar Zakat Fitrah Aplikasi Boost


Langkah 1: Buka aplikasi Boost


Langkah 2: Klik pada “Kongsi Keberkatan, Berzakat Dengan Mudah”


Langkah 3: Klik tanda “+” pada bahagian kanan untuk pemilihan pusat zakat


Langkah 4: Masukkan nombor kad pengenalan, diikuti dengan nama penuh dan nombor telefon


Langkah 5: Pilih harga beras, kemudian masukkan bilangan kapasiti untuk pembayaran


Langkah 6: Klik “Bayar Zakat”, teruskan pembayaran dengan memasukkan nombor PIN atau biometri 6 digit.





Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi Gopayz

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Cara Bayar Zakat Fitrah Melalui Aplikasi Gopayz Aplikasi GoPayz yang dibangunkan oleh U Mobile. Ia juga mudah diakses dan lengkap dengan pelbagai perkhidmatan kewangan digital. Ini termasuklah pembayaran zakat fitrah dan negeri yang menyokong termasuklah Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang. Dengan ini, pembayaran boleh dibuat dengan mudah, pantas dan di mana-mana sahaja menerusi satu aplikasi. 


INFO, BAYAR ZAKAT FITRAH ,APLIKASI BAYAR ZAKAT FITRAH, BAYAR ZAKAT FITRAH MELALUI APLIKASI GOPAYZ , APLIKASI GOPAYZ ,BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE,


5 Langkah Mudah Pembayaran Zakat Fitrah melalui Aplikasi GoPayz


Langkah 1: Buka aplikasi GoPayz

Langkah 2: Klik pada “Islamik Services”, kemudian diikuti dengan pemilihan pusat zakat

Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan seperti tahun, jenis beras dan kapasiti bayaran

Langkah 4: Lengkapkan alamat penuh, nombor telefon & emel

Langkah 5: Lafaz niat bayar zakat seperti yang tertera & teruskan bayaran



Status Kuarantin Bagi Positif Covid-19 Bermula 1 Mei 2022

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Status Kuarantin Bagi Positif Covid-19 Bermula 1 Mei 2022 Mulai 1 Mei, Kes Positif Covid-19 Boleh Dilepaskan Dari Kuarantin Awal Jika Negatif Pada Hari Ke-4

Bersama-sama perubahan sejumlah SOP bermula 1 Mei 2022, kini Kementerian Kesihatan turut mengumumkan perubahan pada bagaimana kuarantin untuk kes positif Covid-19 dilaksanakan.

Kes positif Covid-19 wajib untuk kuarantin selama 7 hari. Walaubagaimanapun, sekiranya keputusan ujian Covid-19 negatif pada hari ke-4, maka mereka boleh dibebaskan lebih awal.


Tiada ujian lanjut juga perlu dilakukan oleh mereka yang positif Covid-19 selepas hari ke-7.


Baca juga : Status Pemakaian Pelitup Muka Bermula 1 Mei 2022


Baca juga : Daftar Masuk MySejahtera Tidak Lagi Diperlukan Bermula 1 Mei 2022



Status Pemakaian Pelitup Muka Bermula 1 Mei 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Status Pemakaian Pelitup Muka Bermula 1 Mei 2022 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan sebentar tadi pemakaian pelitup muka di tempat terbuka dan keperluan Imbasan kod MySejahtera tidak lagi diwajibkan di Malaysia bermula 1 Mei. Selain itu, individu dengan status vaksinasi yang tidak lengkap tidak lagi akan dihalang dari memasuki sebarang premis. Pemilik premis hanya perlu memastikan status negatif Covid-19 sahaja.



Pemakaian pelitup muka masih lagi mandatori di tempat tertutup dan pengangkutan awam termasuk kenderaan seru pandu. Pelepasan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup dibenarkan di tempat makan, ketika bersenam, dan mereka yang melakukan persembahan misalnya. Individu yang berisiko tinggi, bergejala dan berisiko masih lagi disarankan untuk memakai pelitup muka.


Baca juga : Daftar MySejahtera Tidak Lagi Diperlukan Bermula 1 Mei 2022


Langkah yang diambil adalah selari dengan yang telah dilakukan di Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Jumlah kes baharu yang semakin berkurangan dan persediaan ke fasa endemik adalah sebab utama mengapa SOP telah dikemaskini hari ini.

Daftar Masuk MySejahtera Tidak Lagi Diperlukan Bermula 1 Mei 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


Daftar Masuk MySejahtera Tidak Lagi Diperlukan Bermula 1 Mei 2022 Kerajaan kini mengumumkan daftar masuk ke premis menggunakan imbasan kod QR MySejahtera tidak lagi diwajibkan untuk memasuki premis atau kawasan awam bermula 1 Mei 2022 kelak.Pada masa yang sama, orang ramai turut boleh memasuki premis tanpa mengira status vaksinasi masing-masing.


INFO , MYSEJAHTERA ,APLIKASI MYSEJAHTERA, DAFTAR MASUK MYSEJAHTERA DIMANSUHKAN , DAFTAR MASUK MYSEJAHTERA TIDAK DIPERLUKAN BERMULA 1 MEI , SOP COVID19 1 MEI 2022 , SOP TERBARU COVID19 ,CARA KEMASKINI MYSEJAHTERA,KEMASKINI VERIFIED MYSEJAHTERA,

Walaubagaimanapun, mereka yang positif Covid-19, berstatus “Risiko Tinggi” dan berada dalam HSO dilarang daripada memasuki premis.


Baca juga : Status Pemakaian Pelitup Muka Bermula 1 Mei 2022


Kerajaan turut menyatakan aplikasi dan beberapa ciri-ciri MySejahtera akan ditambah-baik lagi. Orang ramai juga diminta mengaktifkan ciri MySJ Trace dalam memudahkan penjejakan kontak sekiranya berlaku sebarang penularan.




Puding Roti Mini Menggunakan Air Fryer

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Puding Roti Mini Menggunakan Air Fryer Berbuka hari ini rasa nak buat manisan Puding Roti. Tapi tak nak bakar, nak cuba guna air fryer. Hah air fryer, macam mana pula tu? Boleh ke? Menjadi ke?Korek punya korek, Khairul Aming ada  kongsi satu resepi mudah puding roti tak guna oven tapi guna air fryer.


Nah… resepinya.


RESEPI , PUDING ROTI, RESEPI PUDING ROTI TANPA OVEN, RESEPI PUDING ROTI , RESEPI PUDUNG ROTI GUNA AIR FRYER , PUDING ROTI TANPA OVEN ,RESEPI KHAIRUL AMING, BAKAR PUDING ROTI TANPA OVEN , RESEPI PUDING ROTI SUKATAN CAWAN


Bahan-bahan

-2 cawan fresh milk 

-2sudu butter 

-⅓ cawan gula 

-1sudu kecil esen vanila 

-2biji telur  

-serbuk cinnamon 

-sedikit garam 

-roti gardenia 



Cara Penyediaan Puding Roti Mini Menggunakan Air Fryer


1.Gaul semua bahan dan barulah hidupkan api , kacau-kacau sehingga sebati  dan boleh padamkan api . 


2.Ambil roti gardenia dan potong kepada beberapa bahagian menjadi dadu kecil dan masukkan ke dalam adunan tadi . Gaul sehingga ia serap ke dalam roti dan mengembang dalam 20 minit , kemudian barulah masukkan dalam aluminium cup,nak lagi sedap boleh taburkan sedikit kismis . 


3.Kemudian bakar dalam air fryer dan bakar dalam suhu 180c selama 10 minit  . 


4.Dah siap bakar boleh letakkan 1 scoop ais vanilla dan drizzle sedikit dengan coklat sos dan boleh dihidangkan .





Lagu Raya 2022 : Kita Rai Kita Raya Nyanyian Youtuber Alieff Irfan

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Lagu Raya 2022 : Kita Rai Kita Raya Nyanyian Youtuber Alieff Irfan




Di syawal yang mulia

Akhirnya berkumpul jua 

Setelah lama tak jumpa

Yang jauh dimata

Hantarlah khabar berita 

Sejuk hati keluarga 

Meriahnya suasana syawal mulia 

Tiba jua


Kita rai 

Hari raya bermaafan semua 

Hari murni hari raya 

Ikhlas kan jiwa raga 

Hari mulia dan ceria 

Bahagia gembira 

Hari raya masa kita 

Meraikan bersama 


Ohh Balik kampung 

Ohh rakan btandang 

Ohh balik kampung 

Ohh hati lapang