RESEPI : AYAM MASAK BERLADADisebabkan dah jemu ayam masak merah, ayam masak sambal, ayam masak kicap terhasil la ayam masak berlada campak campak .sedap terangkat pedasnya makan dengan nasi panas panas ni sedap . BAHAN-BAHAN - Ayam - Sos tiram - Serai (bahan di bawah semuanya dihiris dicincang halus) - Bawang putih 1 labu kecil - Cili api 4-5 tangkai - Cili masak merah 2-3 tangkai - Halia 1 inci CARA-CARA 1. Gorengkan ayam macam biasa gaul dengan kunyit garam, goreng medium ya jangan terlampau masak 2. Panaskan api, tumiskan bahan bahan yang dihiriskan halus tadi bila dah naik bau terus masukkan serai sebatang ya ketuk dulu tau 3. Masukkan sos tiram 1 sudu tumis bersama bahan tadi 4. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng awal tadi. Simple mudah
Assalamualaikum dan salam sejahtera PANDUAN CARA SEMAK BIL TNB ONLINE MELALUI myTNB APPSMemandangkan ramai yang merungut bil TNB melambung naik beberapa hari ini, berikut kami kongsikan cara semak bil TNB online melalui myTNB App.
TNB dalam satu kenyataan media menjelaskan jumlah bil TNB yang perlu dibayar adalah mengikut bacaan meter.
Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, maka TNB akan menggunakan pengiraan secara purata berdasarkan bilangan hari pembilan.
Sebagai contoh, tempoh pembilan 35 hari, faktor prorata dikira 35 hari daripada 30 hari bersamaan dengan 1.1667 menjadikan jumlah unit digunakan ialah 452 per kilowatt jam (kWh).
Berdasarkan kepada pengiraan prorata ini, pengguna dapat menikmati 233 kWh (unit) pada kadar terendah iaitu RM0.218 berbanding dengan 200 unit yang diluluskan untuk tempoh sebulan.
CARA SEMAK BIL TNB ONLINE
Bagi anda yang risaukan kenaikan bil TNB ini, anda boleh semak bil elektrik anda secara online melalui applikasi myTNB.
Walaupun rumah sewa, anda masih boleh gunakan applikasi ini dengan syarat anda dapatkan IC pemilik rumah terlebih dahulu untuk pengesahan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera TIPS : HILANGKAN BAU DALAM BALANG KUIH RAYA Menjelang musim perayaan yang bakal tiba, para ibu merupakan antara yang paling sibuk menyediakan persiapan dan kelengkapan untuk perayaan. Ianya termasuklah penyediaan balang kuih raya. Balang kuih raya yang disimpan berbulan-bulan boleh menyebabkan bau yang kurang enak.
Tips hilangkan bau dalam balang kuih raya 1. Basuh dan keringkan balang 2. Masukkan beberapa ketul arang ke dalam barang. Kemudian, tutup balang dan biarkan selama 2 atau 3 jam. 3. Bersihkan semula balang. 4. Jika masih berbau, tutup semula balang bersama arang tadi dan biarkan untuk beberapa jam berikutnya. Selamat mencuba!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA AINAA BEAUTY 2019 : IMPIAN AIDILFITRI CCL rasa, ianya macam telefilem pulak. Panjang ni! Siapa yang tak kenal dengan pelakon air mata Malaysia, Wan Maimunah. Tampil dengan watak seorang ibu yang selalu menyokong impian anak perempuannya namun sesuatu yang tidak enak terjadi kepada anaknya. Siapa nak tonton iklan raya 2019 yang sedikit panjang, boleh la tonton. Tak panjang manapun. 10:40 minit je.
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA LAZADA 2019 : RAYA PALING BERMAK-MAKNALazada mempersembahkan kisah dua jiran, Mak Ani & Mak Dah yang sering berdaya saing. Mujurlah terdapat seorang pemuda yang mengingati mereka bahawa menyambut perayaan bersama lebih bermakna.
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA MALAYSIA AIRLINES 2019 : SAMA-SAMA BALIK KAMPUNG Hari Raya Aidilfitri adalah istimewa buat kami di Malaysia Airlines. Kami bukan sahaja dapat menerbangkan ribuan rakyat Malaysia pulang ke kampung, malah kami juga dapat menyatukan mereka bersama yang tersayang, tempat yang dekat di hati dan banyak lagi. Apakah detik yang paling anda nantikan pada Hari Raya ini?
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA AIRASIA 2019 : HARI RAYA EXCITEMENT Filem ringkas pendek webshortfilm sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri daripada AirAsia. Di saat anda bersiap untuk menyambut AidilFitri, kami bersedia untuk menyambut anda.
It's nearly Hari Raya! Are you as excited as we are?
Take a look at how we're prepping to bring you home this festive season!
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA MITHUBISHI 2019 : RUMAH NENEK Iklan raya yang menceritakan perjalanan hidup sering membawa kita menempuh pelbagai detik manis dan pahit. Sejauh mana kecekalan mampu membawa kebahagiaan, dan sejauh mana kita mampu kembali ke titik asal di akhirnya. Ada yang mampu merancang dan menyusun detik Syawal indah nanti, namun ada yang hanya tersenyum berbekalkan secebis memori. Iklan raya Mitsubishi.Penceritaannya ringkas namun setiap saat digunakan untuk mempromosikan produk Mitsubishi.Inilah fungsi iklan dan musim raya adalah waktu terbaik menarik penonton.
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA MAXIS 2019 : DERIA TAKBIR Kisah seorang kanak-kanak bernama Faiz yang kurang upaya pendengaran memang menyentuh rasa. Buat kita yang lengkap pancaindera pasti akan terkesan dengan iklan Hari Raya 2019 daripada Maxis ini. Kisah hari raya Faiz dalam iklan Maxis Raya 2019, Deria Takbir.
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA GRAB 2019 : GRAB KEMBARA MASA DALAM #BUANGBALIKRAYAMasa Hari Raya, ramai datang menziarahi kita.Kadang-kadang, krisis pun datang ziarah. Aidil-fitri ini, jom kita ziarah iklan-iklan popular bersama Grab dan selesaikan krisis-krisis ini. Bila raya lebih senang, anda boleh luangkan lebih masa meraikan bersama keluarga.
Cuba teka ke manakah Iedil telah ziarahi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA YEO'S 2019 : RAYA BERGAYA 2019 Kebiasaannya iklan raya 2019 dimeriahkan dengan iklan tanpa banyak promosi. Namun tahun 2019 ini rata-rata produk telah memilih untuk menghasilkan iklan raya yang berbentuk promosi. Boleh la korang cuba untuk memenangi hadiah sempena pertandingan Raya bergaya. Ada yang dah join?
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA COURTS 2019 : JIMAT RAYA SEMPURNA RIA Tahun ni konvoi Raya nak terjah rumah Ahmad Jimat. Jom tengok gelagat keluarga Ahmad Jimat - Ros Boros, Salleh Pemilih, Emma Jenama dan Cakar.
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA UMOBILE 2019 : #UCUBATRY RAYA LUAR BIASA TENGKOLOK RAYASongkok dah biasa dipakai di Hari Raya. Tahun ni, apa kata kita tampil dengan kelainan sikit buat si jejaka. #UCubaTry lahh up kan balik memakai tengkolok. Confirm segak dan kemas dipandang si gadis.
IKLAN RAYA SUN LIFE 2019 : KETUPAT LEJENSiapa yang lejen menganyam ketupat? Memang terbaik la iklan dari SunLife ni. Ketupat Lejen dari Nenek Lejen lebih Lejen dari Mobile Legend
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA KOSMO 2019 : SURAT KHABAR RAYA Tahun ini genap 15 tahun akhbar Kosmo! mewarnai dunia anda, pelbagai suka duka dan pengiktirafan telah dilalui bersama.
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA PUSAT PAKAIAN HARI-HARI 2019 : DUGAAN RAYA Dah cantik pakai baju raya serba baru, juadah raya pun sudah dihidang tapi ada je yang tak kena. Kadang-kadang apa yang kita rancang jadi sebaliknya. Itulah dugaan raya namanya.
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA ALHA ALFA 2019 : ABANG BERHARAP Sebuah harapan yang disimpan oleh seorang abang di hari raya. Satu cerita yang di olah ringkas dan membawa mesej yang baik kepada penonton
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA FASHIONVALET 2019 : JALAN RAYAFashionValet membuat kelainan untuk iklan hari raya 2019 dengan menggunakan pendekatan interaktif yang kreatif! Penonton diberi arahan untuk memilih jalan cerita sendiri! Macam siri Black Mirror: Bandersnatchpun ade juga. Tapi bagi CCL , FashionValet berani membuat kelainan! Ada siapa yang dah test sehingga habis?
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA SINAR TV & GM KLANG 2019Ada sedikit persamaan dengan iklan Thailand. Intipatinya mengenai client yang cerewet dan mahukan semuanya perfect. Tidak mengapa. Raya tetap raya, GM klang sudahpun menyiapkan iklan raya paling rare. Nake tahu apa yang rare? Tontonlah!
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA USIM 2019 ; SUPRISE RAYA Berkisahkan tentang seorang mahasiswa membahagikan masa antara persiapan raya bersama keluarga dan persiapan menghadapi peperiksaan.. dan yang paling penting “Setinggi manapun cita-cita kita, takkan tercapai tanpa restu mereka"
Dihasilkan oleh Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) USIM dengan kolaborasi bersama mahasiswa USIM (StraComm Clique). Maka terhasilkan "Surprise Raya"...nak tahu apa yang surprise tu...jom saksikan!
"Kalau kita 'uzur' pada 10 terakhir Ramadhan, apa yang kita boleh buat untuk mendapatkan Lailatul Qadar?"
Jangan risau wahai golongan wanita.
Walaupun korang tak dapat puasa, solat dan membaca Al-Quran pada 10 akhir Ramadhan, masih banyak amal kebaikan yang boleh dimanfaatkan. 1. Menyediakan makanan berbuka.
Boleh sediakan untuk sesiapa sahaja. Masak dan sediakan untuk ahli keluarga sendiri pun dah dapat pahala orang yang berpuasa dah.
Kalau tak sempat masak. Boleh beli sahaja. Berikan untuk orang lain berbuka puasa. 2. Menyediakan makanan sahur.
Selain mendapat pahala memberi makan orang lain, ia juga memberi peluang untuk turut menghidupkan waktu sahur dengan qiyamullail.Qiyamullail tak semestinya solat. Boleh dalam bentuk zikir, istighfar dan doa. Doa banyak-banyak, waktu mustajab ni. 3. Menjauhi larangan agama.
Jangan kerana tidak puasa, terus lalui hari 10 terakhir Ramadhan dengan perkara yang lalai dan sia-sia.Manfaatkan masa dengan kebaikan. Jaga mata, jaga telinga, jaga mulut dan jaga anggota badan daripada perkara yang dilarang. 4. Banyakkan berdoa dan berzikir.
Sepanjang bulan Ramadhan adalah waktu mustajab berdoa.Lebih-lebih ketika waktu berbuka, waktu bersahur dan 1/3 malam. Sambil-sambil tolong siapkan makanan tu, banyakkan berdoa 5. Mengingatkan ahli keluarga kepada kebaikan.
Ingatkan ahli keluarga yang lelaki supaya solat fardhu dan solat terawih berjemaah di masjid.
Jika ada ahli keluarga dalam kalangan anak kecil, tolong jagakan. Mudahkan ahli-ahli keluarga lain untuk beribadat. 6. Menyibukkan diri menuntut ilmu.
Manfaatkan masa dengan menghadiri majlis ilmu, mendengar ceramah agama, membaca buku ilmiah, mendengar bacaaan Al-Quran, membaca tafsir Al-Quran dan sebagainya.
Yang penting, dapat menambahkan amal kebajikan dan manfaat buat diri. 7. Banyakkan bersedekah dan derma.
Nabi swt sendiri menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan. Rebutkan pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadhan dengan bersedekah.
Lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadhan. Perbanyakkan sedekah Kepada kaum Hawa, masih terbuka luas peluang untuk merebut pahala ibadat 10 malam terakhir Ramadhan.
Keep it up
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA ADABI 2019 : PAK DUAN & CALON MENANTUKita akan buat apa saja untuk menang hati mak mertua ye dok, tak kisah lah kalau ada mesin masa sekalipun kita balun aje sampailah mak mertua kita suka. Tapi kan sampai mana aje limitasi mesin masa yang boleh si Kassim Jumaat nih gunakan? kalau korang dapat putarkan Masa, apa yang korang akan buat? jom kita tengok iklan raya dari Adabi nih .
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA MR.DIY 2019 : TETAMU VVVVIP HAJI BAKHUL Hmmm siapa sebenarnya tetamu VVVVIP Haji Bakhul nih? Saksikan jugak dilema Lebu & Lebi menguruskan Rumah Terbuka Raya Haji Bakhul tahun ni…hihi!
Hmmm who is actually Hajj Bakhul's VVVVIP guest? Watch Lebu & Lebi dilemma in managing Haji Bakhul Open House this year ... hihi!
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA SYUKOR KERBAU 2019 : RAYA DI HUJUNG TANDUKFilem pendek raya yang mengisahkan tentang hubungan akrab adik dan abangnya.
Kemunculan pertama Syukor Khamis dalam layar lakonan.
Assalamualaikum & salam sejahtera IKLAN RAYA MISMIS 2019 : ALONG NAK BALIK RAYA Kesian Pakcik ni beli barang pakai duit syiling jer nasib baik ada seorang gadis yang baik sudi membantu bayarkan. Berkat sedekah gadis ini dapat ganjaran yang lebih besar.
Assalamualaikum dan salam sejahtera IKLAN RAYA RHB GROUP 2019 : KETEPIKAN SEGALA PERBEZAAN Seorang guru yang amanah dan jujur dalam tugasnya akan memberikan sepenuh tenaga dan usaha bagi membantu anak didiknya cemelang dalam pelajaran. So korang pernah dengar cerita tak pasal guru berbangsa melayu membantu anak muridnya yang berbangsa cina untuk lebih percaya diri? RHB membawakan iklan raya yang unik dengan membawakan kisah mereka ke dalam iklan. Tonton sampai habis tau!