MAGGI & KPM LANCARKAN PENCARIAN CHEF MUDA BERBAKAT DALAM PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH MENENGAH MAGGI (MSSCC)


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Program maggi, maggi berkolaborasi dengan kpm, pencarian chef muda maggi, pertandingan memasak sekolah menengah bersama maggi, Info,


MAGGI & KPM LANCARKAN PENCARIAN CHEF MUDA BERBAKAT DALAM PERTANDINGAN MEMASAK SEKOLAH MENENGAH MAGGI (MSSCC) MAGGI® & KPM Mulakan Pencarian Chef Muda Berbakat Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Ke-23 Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) kembali buat tahun ke-23 berturut-turut! Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Dengan tema ‘Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif kepada masakan harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan.


Program maggi, maggi berkolaborasi dengan kpm, pencarian chef muda maggi, pertandingan memasak sekolah menengah bersama maggi, Info,


Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI®, “Kami teruja kerana dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu mempersembahkan r
resepi sajian yang telah mereka hasilkan.”


“Kami sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah beliau.


Program maggi, maggi berkolaborasi dengan kpm, pencarian chef muda maggi, pertandingan memasak sekolah menengah bersama maggi, Info,


Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, “Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan MAGGI® untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.”


“Kami yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar Encik Zainal.

Program maggi, maggi berkolaborasi dengan kpm, pencarian chef muda maggi, pertandingan memasak sekolah menengah bersama maggi, Info,


Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka.


Pertandingan tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian. Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.  



MAGGI® telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat.


Semasa upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang. Wakil-wakil media juga diberi peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’.


Untuk maklumat lanjut tentang MSSCC, sila layari laman web https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019.

RESEPI DADIH HOMEMADE LEMAK BERKRIM TANPA MENGGUNAKAN SERBUK DADIH


Assalamualaikum dan salam sejahtera .


Dadih homemade, cara buat dadih tanpa menggunakan serbuk dadih, resepi dadih, dadih lemak berkrim, resepi


RESEPI DADIH HOMEMADE LEMAK BERKRIM TANPA MENGGUNAKAN SERBUK DADIH Beli dadih kat luar mesti tak puas hati. 1 cup kat sini RM1.50 . Langsung tak berkrim , rasa nipis sangat-sangat. Beli perisa cocoa yg rasa cuma manis gula , bau cocoa pun tak bau.

Jadi harini buat dadih sendiri tanpa menggunakan serbuk dadih.Yang pasti lebih berlemak dan berkrim berbanding guna serbuk dadih. Sebelum ni pernah buat dadih tak letak tepung jagung pun , tapi tengok youtube resepi tu letak tepung jagung. Memang rasa lain letak dan tak tepung jagung. Sedap tu lagi berganda 

Resepi ni ikut sukatan CCL sendiri. Kalau ada yg nak cuba bolehlah. Nak sedap jangan kedekut susu. Biar susu banyak dari air takpa

Resepi ni dapat 9 cups. Gandakan kalau nak lebih banyak cups .


Bahan-bahan yang diperlukan

• 150gm gula ( boleh tambah lagi kalau tak cukup manis. CCLbuat manis sedang-sedang )
• 20gm serbuk agar-agar
• 1 sb tepung jagung
• 1 sk garam
• 1 liter susu segar / susu kotak
• 500 ml air
• perasa - depends nak guna perasa apa pun


Cara membuat

1. Masukkan gula, serbuk agar-agar, garam, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan masak atas api
sehingga mendidih dan agar-agar larut.

2. Perlahankan api sekejap sehingga agar-agar larut lepas. Kemudian baru kuatkan api hingga mendidih.

3. Apabila agar-agar sudah larut, tapiskan. Selepas tapis, masukkan susu segar dan kacau sebati. Tak perlu masak selepas
masukkan susu segar.

4. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk ditambahkan perasa kesukaan. Misalnya susu yang plain, koko dan nescafe.

5. Masukkan dalam cup dan biarkan sejuk.

6. Selepas sejuk tutup cup dan masukkan ke dalam peti ais antara 1 hingga 2 jam.

7. Siap untuk dimakan.

DOMINO'S PIZZA : SPEEDY WANLI DINOBATKAN JUARA PERTANDINGAN 'FASTEST PIZZA MAKER MALAYSIA 2019'



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Domino's pizza, review, review domino pizza , speedy wanli juara pertandingan fastest pizza maker malaysia

DOMINO'S PIZZA : SPEEDY WANLI DINOBATKAN JUARA PERTANDINGAN 'FASTEST PIZZA MAKER MALAYSIA 2019' Pembuat Piza diseluruh negara bertanding untuk merebut peluang mewakili Malaysia di peringkat antrarabangsa. Kepantasan dan kualiti jelas fokus utama bagi pertandingan Domino’s Pizza Fastest Pizza Maker yang berlangsung di cawangan ke-200 Domino's Pizza iaitu Galleria Cyberjaya. 14 pembuat piza terkemuka daripada seluruh Malaysia memaparkan aksi dan kemahiran mereka dengan membuat “10-point” piza semasa pertandingan tahunan tersebut dengan harapan untuk merebut empat tempat sebagai wakil pertandingan di peringkat Asia-Pasifik

Dianjurkan setiap tahun untuk mengiktiraf kemahiran dan kepakaran pengurusan masa pembuat piza Domino's diserata dunia, para pesaing dikehendaki untuk membuat tiga jenis piza bersaiz besar, yang menampilkan Pepperoni, Cendawan dan Keju secepat mungkin sambil mematuhi peraturan kualiti Domino’s.


Domino's pizza, review, review domino pizza , speedy wanli juara pertandingan fastest pizza maker malaysia


Piza-piza tersebut telah dinilai berdasarkan tiga kriteria, iaitu “dough & saucing”, “portioning” dan “placement” topping. Di samping itu, skala digital berkalibrasi telah digunakan untuk mengesahkan berat setiap piza adalah tepat. Kad skor gred baru juga diperkenalkan demi memastikan ketepatan markah bagi setiap pembuat piza.



Domino's pizza, review, review domino pizza , speedy wanli juara pertandingan fastest pizza maker malaysia

Shamsul Amree, Timbalan Presiden Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata, “Bakat para pembuat piza diuji di pusingan terakhir dalam pertandingan pada hari ini. Pembuat piza yang berentap pada hari ini adalah daripada yang terunggul dari kalangan pembuat piza kita dan mereka menunjukkan ciri-ciri usaha keras, minat serta ketepatan yang diterapkan setiap hari dalam pembuatan piza untuk para pelanggan kami.


Kami amat gembira kerana dapat mempersembahkan kepada mereka pada hari ini terutamanya kerana mereka sentiasa sibuk bekerja dibelakang tabir, menyediakan piza. Mereka adalah sebab utama para pelanggan tidak putus serta jemu membeli dan untuk itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Bukan itu sahaja, pertandingan tahun ini juga menyaksikan penyertaan sama ramai antara wanita dan lelaki. Ini membuktikan bahawa kemahiran dan bakat melangkaui jantina dan kami amat gembira untuk menonjolkan bakat mereka semua.”

Domino's pizza, review, review domino pizza , speedy wanli juara pertandingan fastest pizza maker malaysia


“Pembuatan piza mungkin kelihatan mudah, namun ianya memerlukan skil khas yang disempurnakan dari masa ke semasa dan melalui latihan yang berterusan. Para pembuat piza ini telah menguasai teknik dan seni pembuatan piza adunan tangan. Oleh itu, pertandingan Fastest Pizza Maker ini adalah platform yang sempurna untuk kami mengiktiraf kepakaran para pembuat pizza daripada seluruh Malaysia. Kami amat berbangga dengan pencapaian mereka dan teruja dengan penyertaan mereka di peringat Asia-Pasifik yang bakal bertempur dengan rakan serantau mereka.”


Domino's pizza, review, review domino pizza , speedy wanli juara pertandingan fastest pizza maker malaysia

Speedy Wanli atau lebih dikenali sebagai Fadzwanli Bin Mohd, juara bagi pertandingan Fastest Pizza Maker 2019, berkata, “Saya amat berbangga kerana berpeluang untuk mewakili Domino’s Pizza Malaysia diperingkat Asia-Pasifik. Penyertaan hari ini adalah penyertaan kali kedua saya. Saya telah menyertai pertandingan ini pada 2017 buat pertama kali dan saya telah bekerja keras untuk memenangi tempat kedua pada masa itu. Saya berpeluang bersaing dengan pembuat piza terkemuka daripada seluruh Asia.


Daripada 24 peserta, saya berada di tempat tujuh teratas dalam pertandingan diperingkat Asia-Pasifik tersebut dan saya berasa amat gembira memegang gelaran tersebut. Tahun ini, saya akan melakukan yang terbaik dalam pertandingan Asia-Pasifik sekaligus memastikan rakyat Malaysia berbangga dengan usaha saya,”

Domino's pizza, review, review domino pizza , speedy wanli juara pertandingan fastest pizza maker malaysia


Beliau telah dinobatkan sebagai juara pertandingan Fastest Pizza Maker 2019 dengan catatan masa hanya 80 saat dan beliau telah membawa pulang hadiah sebanyak RM1,000, sekaligus berpeluang mewakili Domino’s Pizza Malaysia diperingkat Asia-Pasifik. Pemenang kedua adalah Izuan Bin Adib atau juga dikenali sebagai Izuan da’ Wolverine memenangi wang tunai berjumlah RM500 dan Syahmi Bin Shaheran atau nama samarannya, Syahmi da’ Flash adalah pemenang bagi tempat ketiga dengan wang tunai berjumlah RM300. Juara dan pemenang tempat kedua bakal mewakili Domino’s Pizza Malaysia di peringkat Asia-Pasifik, dengan keseluruhan perbelanjaan ditanggung penuh oleh pihak syarikat.

“Berpegang teguh kepada janji It’s All About You, kami terus meningkatkan proses kami yang melibatkan banyak kemudahan, teknologi dan inovasi. Ini digabung dengan kemahiran yang dimiliki oleh pembuat piza kami adalah kombinasi yang terbaik dalam menghasilkan perkhidmatan yang lancar untuk para pelanggan,” rumus beliau.

Memegang falsafah syarikat, iaitu “Smart Hustle”, Domino’s Pizza Malaysia telah mengadakan pertandingan tahunan Fastest Pizza Maker sejak daripada tahun 1998 demi mengiktiraf para pembuat piza yang memberi contoh terbaik dalam penghantaran yang selamat dan tepat pada masanya. Pertandingan ini dibuka kepada semua para pembuat piza yang bekerja bersama Domino’s Pizza.

Sejumlah 474 pembuat piza dari seluruh Malaysia mengambil bahagian diperingkat tempatan yang bermula pada Januari tahun ini. Daripada jumlah tersebut, persaingan sengit kelihatan apabila hanya 114 pembuat piza telah layak ke peringkat kebangsaan. 14 yang teratas layak ke peringkat seterusnya sebagai finalis bagi pertandingan Fastest Pizza Maker di Malaysia.

Selain daripada para peserta, pihak media juga diberi peluang untuk mempelajari pembuatan pizza bersama pakar pembuat piza Domino’s.

MENANG TOP COMMENTATOR FEBRUARY BY CIKLAPUNYABELOG



Assalamualaikum dan salam sejahtera

MENANG TOP COMMENTATOR FEBRUARY BY CIKLAPUNYABELOG Alhamdulillah, beberapa minggu yang lepas blogger CikLa ada umumkan siapa top commentator bulan Februari dalam blog beliau, alhamdulillah CCL turut tersenarai dalam top ten commentator. 

Dalam Top Ten Commentator hanya dua orang sahaja yang paling bertuah untuk blogger CikLa bagi hadiah cenderahati. CCL salah sorang pemenangnya. Kalau korang nak tahu siapa sorang lagi yang bertuah boleh Klik sini . 

Cenderahati apa yang blogger CikLa bagi ?
Jengg !  Jengg ! 




Sebuah notebook yang comel.  CCL suka sangat, kecil dan comel boleh bawa masuk dalam handbag, mudah kalau nak tulis apa-apa yang penting dalam notebook ni. Memang habits CCL kemana aje pergi notebook kecil dan sebatang pen wajib ada dalam handbeg , dengan ciri-ciri notebook yang hardcover lagi laa CCL fall in love . 

Terima kasih blogger CikLa kirimkan hadiah ini .CCL doakan moga CikLa murah rezeki selalu ya .. 

PEMBUKAAN CAWANGAN BARU IKEA BATU KAWAN PADA 14 MAC MENAMPILKAN GAYA BARU "KEHIDUPAN DI RUMAH "


Assalamualaikum dan salam sejahtera


IKEA, IKEA BATU KAWAN, IKEA CAWANGAN UTARA,SENARAI IKEA SELURUH MALAYSIA


PEMBUKAAN CAWANGAN BARU IKEA BATU KAWAN PADA 14 MAC MENAMPILKAN GAYA BARU "KEHIDUPAN DI RUMAH "  Diam tidak diam hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi IKEA Batu Kawan akan dibuka secara rasminya dan menjadi ikon tarikan terbaru khususnya buat Pulau Pinang.Lebih menarik lagi, tanggal 14 Mac 2019 akan menjadi detik bersejarah dan pastinya ramai yang tidak sabar menanti ianya dibuka kepada umum kelak.



IKEA, IKEA BATU KAWAN, IKEA CAWANGAN UTARA,SENARAI IKEA SELURUH MALAYSIA

IKEA mengambil kesempatan mempamerkan ciri-ciri unik gedung tersebut ketika majlis ‘Roof Capping’. Dilengkapi 49 buah ruang pameran merentasi 470,135 kaki persegi (kira-kira 43,677 meter persegi), gedung terbaharu ini memberikan sentuhan tempatan dari segi penyelesaian kelengkapan rumahnya yang sepadan dengan ruang kehidupan penduduk di Pulau Pinang dan Utara Malaysia.


IKEA Batu Kawan dilengkapi 49 buah ruang pameran merentasi 470,135 kaki persegi (kira-kira 43,677 meter persegi), gedung terbaharu ini memberikan sentuhan tempatan dari segi penyelesaian kelengkapan rumahnya yang sepadan dengan ruang kehidupan penduduk di Pulau Pinang dan Utara Malaysia.Dengan lokasi strategik di Bandar Cassia, gedung IKEA pertama di Utara Malaysia ini mampu menawarkan akses mudah kepada lebih 8,000 produk kelengkapan rumah Sweden yang bereka bentuk menarik, berfungsi dan mampu dimiliki.




IKEA, IKEA BATU KAWAN, IKEA CAWANGAN UTARA,SENARAI IKEA SELURUH MALAYSIA

Di samping itu, dengan restoran yang mampu menampung seramai 756 orang, pelanggan akan dapat menikmati beraneka jenis hidangan ala Sweden dan tempatan yang lazat. IKEA juga berkongsi bahawa gedungnya juga merangkumi sebuah bakeri yang membuat roti dan pastri segar, tambahan enak kepada Bistro dan Kedai Makanan Khas Sweden IKEA.



Dalam bersiap sedia menyambut ramai pelanggan kami, pasukan kami yang terdiri daripada 300 rakan sekerja IKEA sedang bertungkus lumus membuat persiapan yang terbaik bagi merealisasikan visi kami dalam mencipta kehidupan harian yang lebih baik bagi orang ramai.” pasukan rakan sekerja di IKEA Batu Kawan kini berada pada fasa terakhir dalam penyediaan operasi, produk barangan dan kelengkapan dalaman. Mereka akan bersama-sama memberikan pengalaman unik di gedung IKEA yang digemari rakyat Malaysia!




IKEA, IKEA BATU KAWAN, IKEA CAWANGAN UTARA,SENARAI IKEA SELURUH MALAYSIA

 “Selain menyediakan satu tempat bersantai yang menarik bagi pelanggan, kami juga komited menginspirasikan mereka agar mengamalkan kehidupan harian yang lebih lestari. Rangkaian kelengkapan rumah kami akan merangkumi pelbagai produk yang lestari antara lain, seperti mentol lampu LED, penyimpanan makanan dan penyelesaian kitar semula,” 


Berpaksikan nilai kelestarian, IKEA Batu Kawan telah dilengkapi pelbagai ciri-ciri demi memastikan yang ia beroperasi melalui cara yang lestari. Ciri-ciri ini termasuklah panel solar fotovoltan, tangkapan air hujan, peralatan pemulihan tenaga, tempat letak kereta untuk kenderaan mesra alam, dan lain-lain.


IKEA Batu Kawan boleh diakses secara mudah melalui jambatan Pulau Pinang kedua dari bahagian pulau, serta dua lebuh raya utama, iaitu Lebuhraya Bandar Cassia dan Lebuhraya Utara–Selatan.bagi meningkatkan kemudahan pelanggan, gedung ini dilengkapi sebanyak 1,950 ruang letak kereta. Ia terletak di alamat 752, Persiaran Cassia Selatan 8, 14110 Bandar Cassia, Pulau Pinang, dan akan mula beroperasi pada 14 Mac 2019 (Khamis), 10.00 pagi.







MENANG 1ST PLACE GIVEAWAY CASH BLOGGER


Assalamualaikum dan salam sejahtera




MENANG 1ST PLACE GIVEAWAY CASH BLOGGER  Hari tue CCL berkesempatan untuk join satu Giveaway cash blogger yang dianjurkan oleh blogger Elih & blogger Cik Akak . Kalau korang salah sorang peserta giveaway tersebut , seperti yang sedia maklum senarai pemenang telah pun diumumkan . Bagi sesiapa yang belum sempat tengok . Korang boleh tengok di SINI .



Alhamdulillah blog CCL menang tempat pertama dalam giveaway ni . Alhamdulillah rezeki berpihak pada CCL . Syukur alhamdulillah tak terhingga, jarang-jarang sekali nak menang giveaway . Sepanjang join giveaway pada tahun 2019 ni kali pertama CCL ada rezeki untuk menang .

Terima kasih kepada blogger Elih dan blogger Cik Akak yang sama-sama menganjurkan giveaway tersebut . Di doakan semoga dimurahkan rezeki selalu . 

Tahniah juga kepada semua pemenang 

RESEPI ROTI GARLIC GARDENIA BERSAMA MUSHROOM SOUP



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Roti garlic gardenia, garlic bread, resepi, resepi garlic bread, garlic bread gardenia, cara membuat garlic bread, mushroom soup


RESEPI ROTI GARLIC GARDENIA BERSAMA MUSHROOM SOUP  Ada yang suka Roti Garlic? Kalau beli seketul pun tak puas makan kan. Hari ni CCL buat roti garlic pakai roti gardenia sahaja sapu je garlic pada roti  pastu bakar skejap.. mudah kan? cepat dan jimat kos.. sedap sangat-sangat tau hehehe. Ada yang nak resepi cara-cara nak sediakan menu Roti garlic menggunakan roti gardenia  ?

Follow resepi dibawah .

Bahan-bahan Mushroom Soup:


Roti garlic gardenia, garlic bread, resepi, resepi garlic bread, garlic bread gardenia, cara membuat garlic bread, mushroom soup


300ml air
500ml susu segar
1 kiub ayam
1/2 sudu teh daun parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar mentega
1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)

Cara-cara:
🌸 Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.
🌸 Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
🌸Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
🌸Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.
🌸 Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat.


Bahan-bahan Roti Garlic Gardenia 


Roti garlic gardenia, garlic bread, resepi, resepi garlic bread, garlic bread gardenia, cara membuat garlic bread, mushroom soup


Roti Gardenia
Bawang Putih
Mentega
Secubit garam (tak mau buh takpa)
Daun Parsley


Cara-cara:
🌹 Tumbuk bawang putih
🌹 Gaul ke dalam mentega
🌹 Masukkan garam, daun parsley gaul sehingga sebati
🌹 Sapu ke atas roti
🌹 Dan bakar api atas bawah (oven)

SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) BUJANG & TARIKH BAYARAN RM100 MAC 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Bantuan sara hidup rakyat, bantuan sara hidup rakyat 2019, bantuan sara hidup rakyat bagi individu bujang, semak bantuan sara hidup rakyat individu bujang

SEMAKAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) BUJANG & TARIKH BAYARAN RM100 MAC 2019 Bantuan Sara Hidup Bujang (BSH) 2019 Dikembalikan.Kerajaan memutuskan untuk mengembalikan semula Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan bujang sebanyak RM100 kepada individu yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2018.

Dijangka 3 juta golongan bujang akan menerima bantuan ini.Bayaran tersebut akan dibuat pada hujung bulan Mac 2019 dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka. Bagaimanapun kerajaan belum memuktamadkan jumlah keseluruhan bantuan yang akan diterima bagi golongan bujang.


SEMAKAN BSH BUJANG
Semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup Bujang boleh dibuat menerusi portal MyBSH di https://bsh.hasil.gov.my
Namun berdasarkan info terkini berikut disenaraikan individu yang tidak layak menerima bantuan sara hidup rakyat tahun ini, antaranya:
  1. Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 59 tahun ke bawah
  4. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  6. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  7. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  8. Pemegang saham / pengarah syarikat
  9. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  10. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  11. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  12. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
LHDNM belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada pemohon mesti mengemaskini permohonan sebelum ini atau sebaliknya.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP BUJANG
Tiada sebarang maklumat tentang tarikh rasmi pembayaran BSH Bujang. Cuma LGE memaklumkan bantuan tersebut akan disalurkan pada penghujung bulan Mac nanti.

RESEPI KOBIS ROLL YANG SIHAT & BERKHASIAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


RESEPI KOBIS ROLL . KOBIS ROLL BERKHASIAT , KOBIS ROLL SESUAI UNTUK MENU DIET, CARA MUDAH MEMBUAT KOBIS ROLL ,GAMBAR KOBIS ROLL



RESEPI KOBIS ROLL  YANG SIHAT & BERKHASIAT  Nak diet memang mencabar, otak pun kena kreatif nak fikirkan hidangan yang sihat tapi tetap menyelerakan dan berkhasiat.
Bagi yang dah ‘kering idea’ tu, mungkin boleh cuba kubis roll ini sebagai salah satu menu di rumah. Caranya cukup ringkas, bahannya pun tak susah nak cari. Rasanya pula dah tentulah sedap!

RESEPI KOBIS ROLL . KOBIS ROLL BERKHASIAT , KOBIS ROLL SESUAI UNTUK MENU DIET, CARA MUDAH MEMBUAT KOBIS ROLL ,GAMBAR KOBIS ROLL


BAHAN-BAHAN KOBIS ROLL
·        Kubis (untuk roll)
·        Daun bawang (untuk mengikat)
·        Daging kisar / ayam kisar
·        1/2 biji bawang holland cincang
·        1/2 btg carrot cincang
·        Cili merah cincang
·        Hirisan daun bawang
·        Garam
·        Serbuk lada hitam
·        Minyak bijan – 1 sudu 


CARA-CARA MEMBUAT KOBIS ROLL

RESEPI KOBIS ROLL . KOBIS ROLL BERKHASIAT , KOBIS ROLL SESUAI UNTUK MENU DIET, CARA MUDAH MEMBUAT KOBIS ROLL ,GAMBAR KOBIS ROLL


1.Mula-mula, leraikan kubis satu-persatu. Kalau boleh jangan terkoyak. CCL guna kubis Cina sebab lembut dan warnanya pun cantik lepas dicelur.
2.Kemudian celurkan kubis dalam 6-8 minit. Masukkan sedikit garam dalam air mendidih. Daun bawang pun dicelur sekejap.
3.sediakan Intinya tadi cuma gaulkan semua bahan-bahan di atas kecuali kubis dan daun bawang yang nak digunakan untuk menggulung. Jadi masukkan daging kisar / ayam kisar, bawang, carrot, cili, garam, lada hitam, minyak bijan semua ke dalam sebuah bekas. Tak perlu masak dulu sebab masa kukus nanti ia akan masak. Gaul sebati.
4.Kemudian dah bolehlah gunakan inti tadi untuk digulung dalam kubis yang telah dicelur.Gulungkan macam biasa, lebih kurang macam gulung kuih ketayap.
5.Kemudian boleh ikat dengan daun bawang supaya gulungan tadi lebih kukuh.
6.Lepas tu, kukus dengan api sederhana selama lebih kurang 10-15 minit.
Dah siap pun. Beginilah hasilnya.Mudah saja. Sedap tau, orang yang tak gemar makan sayur pun mesti akan suka.Sedap dicicah dengan sos atau dimakan begitu saja.



DOMINO'S PIZZA MEMPERKENALKAN PENGALAMAN "EGG-CITING" BERSAMA "EGGSTRA SHIOK" ROYALE SALTED EGG PIZZA YANG BARU

Assalamualaikum & salam sejahtera



DOMINO'S PIZZA MEMPERKENALKAN PENGALAMAN "EGG-CITING" BERSAMA "EGGSTRA SHIOK" ROYALE SALTED EGG PIZZA YANG BARU Pengalaman “Eggstra Shiok” menanti pelanggan dengan piza baru yang telah “menetas” di Domino’s Pizza. Sejajar dengan perisa yang menjadi kegilaan ramai, Domino’s telah melancarkan menu terkini iaitu Royale Salted Egg piza. Tawaran terhad ini mempromosikan kerak Royale merah yang dipadankan dengan sos telur masin bersama taburan telur masin untuk menambahkan “Eggstra Kick” yang enak untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.


Sempena pelancaran menu terbaru Domino’s Royale Salted Egg, diskusi menarik bertemakan “The Rise of Salted Eggs” telah diadakan. Mori Said dan Adikfoods telah dijemput untuk memeriahkan lagi perbincangan bersama dengan Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapura. Semasa sesi diskusi tersebut, para panel berkongsi pendapat dan pandangan mereka terhadap tren telur masin serta membincangkan pelbagai topik seperti hidangan telur masin yang paling unik serta luar biasa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Perbincangan tersebut telah membuktikan bahawa telur masin adalah sebuah hidangan yang versatil dimana ia sesuai untuk dipadankan bersama hidangan tempatan mahupun barat dan perisa yang sesuai untuk hidangan makanan utama mahupun pencuci mulut.
  
Berpegang teguh kepada janjinya “It’s All About You”, Domino’s sentiasa memastikan kehendak para pelanggan dipenuhi dan ini terbukti dengan penghasilan Salted Egg piza. Demi memenuhi citarasa para pelanggan, terdapat tiga jenis piza yang boleh dipilih iaitu Royale Chicken Pizza, Royale Tuna Pizza, dan Royale Delight Pizza. Ramuan unik yang berjaya menyatukan pelbagai rasa sekaligus melazatkan piza ini adalah sos telur masin. Pizza Royale ini dihasilkan khusus untuk mengimbangkan rasa lazat dan berkrim yang melengkapkan rasa dalam setiap gigitan. Tambahan lagi, Domino’s memperkenalkan Royale Chicken Wings yang disaluti telur masin dan daun kari yang aromatik. Domino’s juga memperkenalkan Royale Cheesy Stix baharu, dengan sentuhan emas bagi melengkapkan menu ini.


Di majlis pelancaran, Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapura berkata, “Telur masin kini bukan lagi asing dalam kalangan kita dan ini adalah kerana ia adalah makanan asas bagi rakyat Malaysia. Ini dapat dilihat apabila popularitinya meningkat dimana ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan. Kami berasa amat “Egg-cited” kerana dapat berkongsi telur masin versi kami yang tersendiri. Kami juga berbesar hati kerana dapat memperkenalkan sos terbaru ini yang bukan sahaja akan membangkitkan selera mereka tapi juga bakal mencetuskan rasa nostalgia. Sejajar hidangan pada musim perayaan, piza telur masin Domino’s yang baru ini bakal menjadi penambah hidangan yang sesuai dalam meraikan perayaan dan juga bersama yang tersayang.”


Juga hadir pada pelancaran tersebut ialah Shamsul Amree, Timbalan Presiden, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura berkata, “Selain daripada memastikan para pelanggan teruja dengan perisa yang unik dan baru, kami juga sentiasa berpegang kepada janji untuk meningkatkan pengalaman mereka melalui pelbagai cara. Kami berbangga kerana dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta menyediakan pengalaman yang baik buat para pelanggan kerana dengan cara inilah kami mahu mereka mengingati kami. Misi utama kami adalah untuk mencipta pengalaman yang istimewa buat pelanggan menerusi perkhidmatan terunggul yang kami sediakan. Dalam menuju kearah mencapai matlamat kami untuk memiliki 300 buah kedai menjelang 2020, kami akan terus berusaha untuk menyediakan kemudahan yang terbaik, produk yang berkualiti, perkhidmatan terunggul serta menyediakan nilai buat pelanggan kami.



Pelancaran Royale Salted Egg piza di Domino’s ini dihadiri oleh pihak media, para pencinta telur masin dan juga “food influencers” popular yang berkongsi minat terhadap telur masin.

Untuk nilai yang lebih berbaloi, para pelanggan boleh memilih Royal Combos yang terdiri daripada Royale Buddy Combo hanya pada RM39.90 dan Royale Super Combo hanya untuk RM59.90. Di samping itu, para pelanggan boleh menambah Royale Chicken Wings pada RM12.75 atau RM13.70 sebagai ala carte. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menambah Royale Cheesy Stix pada harga RM8.30 atau RM9.25 sebagai ala carte.

Pelbagai menu edisi terhad terbaharu seperti Eggstra Shiok Royale Salted Egg piza, Royale Chicken Wings dan Royale Cheesy Stix boleh didapati di Domino’s Pizza di Semenanjung Malaysia bermula daripada 11 Februari 2019. Anda boleh mengunjungi cawangan Domino’s, membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333.

Untuk mengetahui tentang menu terbaru Domino’s Pizza Royale Salted Egg dan juga promosi yang sedang berlangsung, sila layari laman web kami di http://www.dominos.com.my/.