La Cremeria Hazelnut


Assalamualaikum dan Salam sejahtera 

 
La Cremeria Hazelnut, aiskrim la Cremeria Hazelnut, Nestle Malaysia, review aiskrim la Cremeria Hazelnut, Harga aiskrim la Cremeria Hazelnut

Lepas balik kerja tadi, singgah pasaraya untuk beli barang-barang dapur, sambil lalu tepi peti aiskrim apa lagi belek-belek peti aiskrim ni nampak  aiskrim La Cremeria Hazelnut yang baru ni . Tanpa fikir panjang terus beli . 

La Cremeria Hazelnut, aiskrim la Cremeria Hazelnut, Nestle Malaysia, review aiskrim la Cremeria Hazelnut, Harga aiskrim la Cremeria Hazelnut

Perisa baru ni  perisa hazelnut tau ! Aiskrim gabungan perisa vanilla bersama coklat dengan salutan coklat kacang hazelnut . Hazelnut spread paling sedap dan rasa yang sangat premium. 

Sapa yang suka perisa ni confirm love . Jarang la aiskrim Dari La Cremeria ni tak sedap . Setakat Ni semua sedap ! Boleh beli lagi pasni . 

Fungsi Setiap Bentuk Beauty Blender

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera 


Tips cantik, barang makeup, sponge beauty blender, jenis Dan bentuk sponge beauty blender

Fungsi Setiap Bentuk Beauty Blender
Harini CCL nak share tentang jenis beauty blender dan kegunaan masing-masing . Pasti ada yang keliru kan sebab bentuk beauty blender ni berbeza-beza . So korang kena la pilih sesuai dengan makeup sendiri . Haa, jangan keliru tau.


Pear shaped


Tips cantik, barang makeup, sponge beauty blender, jenis Dan bentuk sponge beauty blender
bahagian atas yang runcing untuk contour wajah, khususnya di bahagian rahang dan tulang pipi supaya nampak lebih cengkung dan tirus . Bahagian bawah tu korang boleh pakai untuk blendkan foundation dan permukaan wajah yang besar tau .dekat tengah tu dia melekuk sikit supaya dapat pegang dengan baik 



Rain drop shaped 


Tips cantik, barang makeup, sponge beauty blender, jenis Dan bentuk sponge beauty blender
Ni beauty blender pertama yang ada . Bahagian runcing tersebut sengaja dibuat untuk meratakan makeup yang belum rata macam smaller areas seperti tepi hidung dan mata. Bahagian mata korang boleh guna untuk blendkan foundation dan untuk pressed powder / loose powder supaya terblend dengan lebih sempurna.



Oval Shaped


Tips cantik, barang makeup, sponge beauty blender, jenis Dan bentuk sponge beauty blender
walaupun berbentuk oval tapi ada satu bahagian hujung yang runcing untuk korang blend small areas seperti hidung dan mata . Fungsinya sama je mata rain drop cuma bahagian bawah flat sedikit supaya senang nak blend bahagian pipi dan dahi .


Jadi tu perbezaan antara semua beauty blender dekat atas . Harap posting ni buat korang lebih faham dan tak keliru nak pilih yang mana satu.

Cara Memohon Nombor Giliran JPJ di JPJEQ

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Cara Memohon Nombor Giliran JPJ di JPJEQ Seiring dengan kecanggihan dan kemodenan teknologi, kini semuanya menjadi lebih mudah. Tadi nak pergi JPJ, rupanya nak ambil nombor giliran pun dah guna apps eh sekarang ni ? Gigih search dekat google sebab tak pernah tahu . Rupanya sejak tahun lepas lagi dah start guna apps tu . Tadi nampak macam ramai juga yang tak tahu tentang aplikasi baru dari JPJ ni iaitu sistem memohon nombor giliran di JPJ melalui aplikasi JPJeQ .


INFO, JPJeQ , CARA MOHON NOMBOR GILIRAN JPJ , APLIKASI JPJeQ, CARA MOHON NOMBOR JPJ MELALUI APLIKASI JPJeQ , APA ITU JPJeQ , SISTEM NOMBOR GILIRAN JPJ MELALUI JPJeQ


Dok ingat ka nak kena isi borang tunggu lama, rupa-rupanya salah.Cuma download apps JPJeQ kemudian nanti scan saja bila dah sampai. Kemudian akan dibawa ke mesin layan diri, masukkan ic, nombor kenderaan, kemudian bayar


Aplikasi tersebut bertujuan untuk memastikan pelanggan sentiasa selesa dan berpuas hati semasa mendapatkan perkhidmatan.Sekarang ni dah  semakin banyak cawangan adakan sistem penggiliran JPJeQ bagi memudahkan urusan di kaunter.


Mana mana nak guna apps JPJeQ ni ?


INFO, JPJeQ , CARA MOHON NOMBOR GILIRAN JPJ , APLIKASI JPJeQ, CARA MOHON NOMBOR JPJ MELALUI APLIKASI JPJeQ , APA ITU JPJeQ , SISTEM NOMBOR GILIRAN JPJ MELALUI JPJeQ


Kalau korang ada nak berurusan dekat JPJ, boleh install siap siap apps ‘JPJeQ’. Then lepas dah install, korang scan QR code je untuk dapatkan nombor giliran.


Dalam apps tu, korang boleh check cawangan JPJ yang terdekat. Then pegi cawangan JPJ tu & scan QR code. Pilih perkhidmatan mana yang korang nak berurusan & nanti korang akan dapat notification nombor giliran.


For me apps ni bagus sebab kita boleh track no giliran kita dalam phone je. Means tak perlu nak tunggu beratur bersesak kat situ. Boleh pegi tempat lain dulu. Sebab kalau nombor giliran kita dah nak sampai/dipanggil, kita akan dapat notification.


Secara ringkasnya, korang hanya perlu scan QR Code untuk ambil nombor giliran. Masa anggaran juga akan diberikan untuk ketibaan giliran korang .So korang tak perlu berbaris dan menunggu.



McFlurry Green Tea & Chocolate

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


McFlurry Green Tea & Chocolate


Terlalu lalang iklan baru dari MCD , hari ni baru berkesempatan drive thru MCD  untuk rasa mcflurry terbaru tue .. Untuk hangpa yang peminat green tea , make sure terjah MCD tauuu . . Macam CCL bukan  seorang peminat green tea, setakat teringin nak merasa itu boleh laa.    


Drive thru hanya nak beli McFlurry Green Tea, CCL ingatkan MCD  keluarkan semula Mcflurry Green Tea ni sahaja . Rupanya flavour tersebut digabungkan sekali chocolate . Patut diberi nama Mcflurry Green Tea Chocolate . Alang-alang dah singgah beli je lah satu habuan rasa-rasa .. 



McFlurry green tea chocolate, review McFlurry green tea chocolate, Rasa McFlurry green tea chocolate, McFlurry MCD, food review, Harga McFlurry green tea chocolate

First impression tengok mcflurry ni , tengok warna dia tak berapa menarik . Biasa laa kalau hijau digabungkan dengan warna coklat gitu .. Boleh tengok gambar di atas . Hehehe .. Green tea dan coklat digabungkan sekali . Rasa sesudu, emmm boleh la.. Not bad laaa .. But ujung-ujung memang dapat rasa pahit-pahit green tea tersebut. Mungkin staff MCD terlebih letak green tea tersebut yang membuatkan hilang rasa coklat tue . Nak tak nak dah beli kan, so terpaksa juga habiskan . Kalau dibiarkan cair begitu sahaja membazir duit je . So paksa tekak untuk terima . 


Hangpa dah cuba Mcflurry Green Tea & Chocolate ? 




Tokmama Racun Baju Jelita Wardrobe

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tokmama Racun Baju Jelita Wardrobe


ootd, outfit, jelita wardrobe, kurung Agung jelita wardrobe, Baju kurung jelita wardrobe, baju kurung printed, baju kurung ironless

Kisahnya awal bulan 7 hari tu, bukan shoppe 7.7 saja yang meracun dengan sale yang diskaun berganda-ganda . Tokmama pun turut meracun untuk beli baju dari Jelita Wardrobe. Untuk pengetahuan hangpa tokmama salah seorang seller ataupun agent dropship baju-baju muslimah dari jenama Jelita Wardrobe ..tokmama bukan pengasas jenama tersebut tau ,hanya agent dropship sahaja. 


Selesa Betul Pakai Kurung Agung Dari Jelita Wardrobe

Untuk pengetahuan hangpa juga Jelita Wardrobe ni salah satu jenama dimana hangpa semua boleh membeli belah baju-baju yang ada . CCL pun dah ada beberapa pasang collection baju kurung agung dari Jelita Wardrobe ni . Selain dari design-design yang menarik , material kain untuk Kurung Agung ni jugak sangat ironless, bak kata orang dah jimat masa tak perlu iron . Material kain pun tak jarang tak tebal memang selesa untuk dipakai . 


Sale ! Sepasang RM39 . Rasa Rugi Kalau Tak Grab ! 

Selalunya rate harga bagi Kurung Agung ni dalam RM69-RM79 .. tapi disebabkan hari tu ada sale berganda-ganda diskaun jadi laaa sepasang RM39 . Mau tak terbeliak biji mata ..baju kurung printed dengan ironless lagi jatuh harga sehingga RM39 .Memang berbaloi untuk beli . Mungkin pengasas Jelita Wardrobe nak habiskan stok design  lama sebelum nak launching design yang baru . 


Disebabkan tokmama meracun , So CCL  grab la sepasang.. Teringinnya 2 pasang , tapi difikir-fikirkan balik , beli sepasang sahaja . Jangan rambang mata sangat 😅.


Hangpa yang belum terjah Jelita Wardrobe . Boleh la godek-godek website & ig Jelita Wardrobe . 

Lip Booster Serum Alha Alfa Sesuai Sangat Untuk Bibir Kering

 Asalamualaikum dan salam sejahtera 


Lip Booster Serum Alha Alfa Sesuai Sangat Untuk Bibir Kering


Lip booster serum , lip booster serum Alha Alfa, review lip booster serum Alha Alfa, lip booster serum code watermelon, harga lips booster serum ,

Setiap kali CCL nak pakai any lipstick ataupun lipmatte CCL selalu apply  lipbalm dulu di bibir, bagi bibir lembab tak kering merekah baru bibir nampak moist gitu kan .. Actually bibir CCL ni kadang-kadang kering dan merekah jugak . That why CCL akan apply lipbalm pada bibir . Lepas lipbalm yang CCL selalu pakai beli di Watsons tu dah habis so teringin pulak nak try lip booster serum keluaran dari Dato Alha Alfa salah satunya tertarik tengok packaging lips booster serum yang beliau keluarkan . Nampak ekslusif sangat tau .  


Lip Booster Serum Code Watermelon 

Sebenarnya lip booster serum  ada tiga code colour yang Dato Alha Alfa keluarkan iaitu code 

-watermelon 

-melon

-strawbery 



Code Watermelon Memang Natural Colour


Lip booster serum , lip booster serum Alha Alfa, review lip booster serum Alha Alfa, lip booster serum code watermelon, harga lips booster serum ,

Disebabkan baru nak cuba produk ni sesuai atau pun tidak dengan bibir CCL , CCL try satu code sahaja dulu, dengan memilih code watermelon .Orang cakap jangan tamak kang nanti rugi . So CCL try satu sahaja dulu . First apply kat bibir memang best , sejuk pada bibir dan paling penting tekstur lip booster serum ni memang lightweight . Tak melekit langsung . Ringan pada bibir la senang cerita kan . Apply sedikit pun dan tunggu beberapa saat dah mula ada kesan warna pada bibir . Memang sangat-sangat natural . Lagi banyak hangpa sapu pada bibir , kesannya alan makin terang dari biasa 



Bahan Utama Yang Ada Dalam Lip Booster Serum Alha Alfa 


Lip booster serum , lip booster serum Alha Alfa, review lip booster serum Alha Alfa, lip booster serum code watermelon, harga lips booster serum ,

-niacinamide 

-ferulic acid 

-avocado oil 

-hyaluronic acid 

-vitamin A,B,D & E



Fungsi Utama Lip Booster Serum Alha Alfa

-menggunakan hydro-filling technology

-merawat bibir kering dan kusam 

-mencerahkan bibir gelap 

-membuang sel kulit mati di bibir 

-memunggilkan bibir 

-melembabkan bibir 

-merawat bibir yang merekah 

-menjadikan bibir pinkish semulajadi 


Overall lepas pakai lip booster serum pagi dan malam sebelum nak tidur ni memang bagi kesan yang best sangat . Bibir lembab dan kurang kesan rekahan dan bibir tak lagi kering . Memang fall in love pada lip booster serum ni . Harga pun mampu milik . hangpa nak try lip booster ni boleh' beli di SINI



Petua Hilangkan Sakit Senggugut

 Assalamualaikum & salam sejahtera


Tips kesihatan, cara mudah hilangkan sakit senggugut, sakit senggugut, petua sakit senggugut, sebab sakit senggugut, cara atasi sakit senggugut

Petua Hilangkan Sakit Senggugut
Senggugut memang menjadi mimpi ngeri setiap bulan kepada kaum perempuan . Setiap kali period mood akan berubah menjadi celaru . 


Selain rasa sakit dan tidak selesa yang tidak terkawal , berikut adalah gejala lain senggugut teruk 

-pening kepala

-sakit belakang

-sakit pinggang 

-sakit kepala

-badan lesu

-sakit peha 

-mual 

-muntah



Ada beberapa cara untuk redakan senggugut antaranya seperti


Tips kesihatan, cara mudah hilangkan sakit senggugut, sakit senggugut, petua sakit senggugut, sebab sakit senggugut, cara atasi sakit senggugut

-halia

-kunyit hidup

-asam jawa

-gula melaka 


Tips kesihatan, cara mudah hilangkan sakit senggugut, sakit senggugut, petua sakit senggugut, sebab sakit senggugut, cara atasi sakit senggugut

Campurkan semua bahan di atas dan masukkan segelas air panas , minum ketika air masih suam . Selain itu boleh cuba mandi air suam dan juga makan ubat-ubatan .


Semoga petua ini bermanfaat untuk hangpa

Tips : Halau Semut Dalam Gula

 Assalamualaikum & salam sejahtera


Tips : Halau Semut Dalam Gula


Tips dapur, tips halau semut dalam gula, tips mudah halau semut dalam gula, 4 cara halau semut dalam gula

Semut musuh utama gula ! Hangpa pun mesti pernah alamikan bekas gula dibanjiri sekampung semut . Gula dengan semut berpisah tiadalah katakan . Dimana ada gula disitu semut ada . Tapi kali ni CCL nak kongsikan tips untuk halau dan hindari dari semut. Gula hangpa yang dimasuki semut masih lagi bersih dan boleh digunakan . Cuma kena pastikan semua semut dibuang terlebih dahulu .


Tips dapur, tips halau semut dalam gula, tips mudah halau semut dalam gula, 4 cara halau semut dalam gula

Ada beberapa cara hangpa boleh pillih untuk diguna pakai . 


Cili kering

Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula yang dibanjiri semut, tutup ala kadar untuk bolehkan semut keluar . Jangan risau cili kering ni takkan tinggalkan rasa pedas pun pada gula . 


Asam keping 

Masukkan beberapa keping asam gelugur. Jangan risau asam keping pun takkan buat gula berubah rasa .


Kayu manis & cengkih 

Masukkan salah satu rempah ini ke dalam bekas gula . Dan macam biasa semut akan keluar kerana tak suka bau rempah ratus.


Pisau 

Bunyi agak pelik  , tetapi petua ini telah ramai yang dah guna pakai dan berjaya halau semut . 


Jemur bawah matahari 

Untuk jumlah yang besar hangpa juga boleh guna kaedah jemur bawah matahari . Sebab semutkan tak suka panas so sama juga dengan petua letak bekas gula di tepi dapur . 


Hangpa boleh guna ja mana-mana petua yang mudah untuk diguna pakai. 

4 Cara Mudah Tajamkan Pisau Blender Di Rumah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


4 Cara Mudah Tajamkan Pisau Blender Di Rumah

Tips dapur, cara tajamkam pisau blender, tips mudah tajamkan pisau blender, pisau blender tumpul

Hai hangpa semua, pernah tak hangpa ada masalah pisau blender yang tumpul ? Dah kisar banyak kali pun still ada ketulan bawang yang besar dan tak hancur . Hangpa jangan lah terus buang atau beli baru blender tu tau . Ada banyak cara yang mana kita boleh cuba untuk tajamkan semula pisau blender tersebut . 


Antara cara untuk tajamkan semula pisau blender menggunakan 


1.Garam kasar

Tips dapur, cara tajamkam pisau blender, tips mudah tajamkan pisau blender, pisau blender tumpul


2.Beras

Tips dapur, cara tajamkam pisau blender, tips mudah tajamkan pisau blender, pisau blender tumpul


3.Kulit telur

Tips dapur, cara tajamkam pisau blender, tips mudah tajamkan pisau blender, pisau blender tumpul


4.Ais

Tips dapur, cara tajamkam pisau blender, tips mudah tajamkan pisau blender, pisau blender tumpul

Hangpa boleh lihat explanation pada gambar yang CCL sertakan . Cara ni  semua hangpa boleh lakukan setiap sebulan sekali atau 2 bulan sekali . Cara paling biasa CCL guna ialah menggunakan kulit telur . Sebab dari dibuang saja kulit telur tu selepas masak ada baiknya CCL guna untuk kegunaan dapur juga kan . Nanti hangpa try tau .

Tempat Makan Menarik di Tanjung Bungah Penang : Restaurant Lebanon The Garden

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Tempat Makan Menarik di Tanjung Bungah Penang : Restaurant Lebanon The Garden


Food, food review , tempat makan menarik di tanjung bungah, tempat makan menarik di Penang, restoran Lebanon tanjung bungah Penang, restoran lebanon the garden , Lebanon tanjung bungah , terjah makan

Dinner tadi di Restaurant Lebanon The Garden di Tanjung Bungah Penang . Restoran  yang menyajikan makanan autentik Timur Tengah yang terletak di sepanjang jalan Tanjung Bungah , berhadapan dengan Hotel Flamingo dan Hotel Rainbow Paradise Beach Resort.


Alang-alang dah menginap di Hotel Flamingo , so restoran ni sahaja yang paling dekat . Tak perlu drive hanya jalan kaki lintas ke seberang jalan sahaja dah sampai . Restoran ni memang sangat unik dari segi deko, dari segi alunan lagi memang menjadikan tempat ni sangat-sangat romantik . 


Makanan dan minuman yang ada di sini tidak kurang hebat juga . Semuanya sedap . Harga .. Ok berpatutan . Dah nama pun restoran so harga tinggi jugak laa . Tapi tak mengapa hidangan semua boleh di katakan sedap-sedap belaka .  Tak order banyak-banyak hidangan , cukup untuk makan berdua , boleh la merasa sorang sedikit . Tak habis nanti membazir pulak jadinya . 


Milkshake Chocolate 

Food, food review , tempat makan menarik di tanjung bungah, tempat makan menarik di Penang, restoran Lebanon tanjung bungah Penang, restoran lebanon the garden , Lebanon tanjung bungah , terjah makan

Hangpa yang penggemar milkshake, antara minuman yang hangpa wajib order adalah milkshake chocolate . Memang sedap sangat-sangat , dan memang tak boleh lawan milkshake kedai lain laa . Ini yang paling sedap yang CCL pernah cuba . Harga RM18.00


Spring Roll with Thai Sauce 

Food, food review , tempat makan menarik di tanjung bungah, tempat makan menarik di Penang, restoran Lebanon tanjung bungah Penang, restoran lebanon the garden , Lebanon tanjung bungah , terjah makan

Ok untuk hangpa yang nak makan ringan-ringan sambil bersembang dengan kawan-kawan , kadang-kadang asyik order fries je kan ..jemu tak ?? Hah kalau hangpa singgah sini wajib cuba spring roll . Memang sedap tau . CCL  boleh katakan spring roll ni bukan spring roll yang frozen macam kita beli di pasaraya tu . Ini lain dari lain . Bukan lain dari segi bahan , tapi dari segi kesedapan tu memang berbeza . Rangup dan dihidangkan bersama sos thai . Sos thai tue bukan kaleng-kaleng tau .. Bukan buka penutup botol terus tuang dan hidangkan pada customer . CCL boleh katakan chef di restoran ni dah custom semula sos thai tersebut memang rasanya unik sangat . Terpaling sedap . Harga RM15.00


Chicken Briyani 

Food, food review , tempat makan menarik di tanjung bungah, tempat makan menarik di Penang, restoran Lebanon tanjung bungah Penang, restoran lebanon the garden , Lebanon tanjung bungah , terjah makan

Menu ni order sepinggan kongsi untuk 2 orang makan . Portion nasi memang 2 orang makan memang sangat cukup . Kalau sorang makan , macam CCL ni dah tahu-tahu takkan habis . So memang decide order je satu pinggan and then share . Tak membazirkan . Beriani ayam ni memang sedap . Beras yang digunakan beras Basmathi memang cantik elok keadaan butir-butir nasi . Portion untuk ayam pun besar . Sedap . Harga RM34




Total dinner RM67.00 ..Sekali sekala rewards dirii masing-masing makan di restoran tak salah juga kan.


Untuk korang yang nak buat event kecil-kecilan seperti event birthday party sangat-sangat sesuai sebab tempat dan deko di sini memang cantik sangat-sangat  . Untuk korang yang nak bajet cukup-cukup makan dan nak tahu harga dan makanan apa lagi yang menarik di sini , boleh terjah IG : https://instagram.com/lebanonrestaurant