Cara Memohon Nombor Giliran JPJ di JPJEQ
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cara Memohon Nombor Giliran JPJ di JPJEQ Seiring dengan kecanggihan dan kemodenan teknologi, kini semuanya menjadi lebih mudah. Tadi nak pergi JPJ, rupanya nak ambil nombor giliran pun dah guna apps eh sekarang ni ? Gigih search dekat google sebab tak pernah tahu . Rupanya sejak tahun lepas lagi dah start guna apps tu . Tadi nampak macam ramai juga yang tak tahu tentang aplikasi baru dari JPJ ni iaitu sistem memohon nombor giliran di JPJ melalui aplikasi JPJeQ .
Dok ingat ka nak kena isi borang tunggu lama, rupa-rupanya salah.Cuma download apps JPJeQ kemudian nanti scan saja bila dah sampai. Kemudian akan dibawa ke mesin layan diri, masukkan ic, nombor kenderaan, kemudian bayar
Aplikasi tersebut bertujuan untuk memastikan pelanggan sentiasa selesa dan berpuas hati semasa mendapatkan perkhidmatan.Sekarang ni dah semakin banyak cawangan adakan sistem penggiliran JPJeQ bagi memudahkan urusan di kaunter.
Mana mana nak guna apps JPJeQ ni ?
Kalau korang ada nak berurusan dekat JPJ, boleh install siap siap apps ‘JPJeQ’. Then lepas dah install, korang scan QR code je untuk dapatkan nombor giliran.
Dalam apps tu, korang boleh check cawangan JPJ yang terdekat. Then pegi cawangan JPJ tu & scan QR code. Pilih perkhidmatan mana yang korang nak berurusan & nanti korang akan dapat notification nombor giliran.
For me apps ni bagus sebab kita boleh track no giliran kita dalam phone je. Means tak perlu nak tunggu beratur bersesak kat situ. Boleh pegi tempat lain dulu. Sebab kalau nombor giliran kita dah nak sampai/dipanggil, kita akan dapat notification.
Secara ringkasnya, korang hanya perlu scan QR Code untuk ambil nombor giliran. Masa anggaran juga akan diberikan untuk ketibaan giliran korang .So korang tak perlu berbaris dan menunggu.
McFlurry Green Tea & Chocolate
Assalamualaikum dan salam sejahtera
McFlurry Green Tea & Chocolate
Terlalu lalang iklan baru dari MCD , hari ni baru berkesempatan drive thru MCD untuk rasa mcflurry terbaru tue .. Untuk hangpa yang peminat green tea , make sure terjah MCD tauuu . . Macam CCL bukan seorang peminat green tea, setakat teringin nak merasa itu boleh laa.
Drive thru hanya nak beli McFlurry Green Tea, CCL ingatkan MCD keluarkan semula Mcflurry Green Tea ni sahaja . Rupanya flavour tersebut digabungkan sekali chocolate . Patut diberi nama Mcflurry Green Tea Chocolate . Alang-alang dah singgah beli je lah satu habuan rasa-rasa ..
First impression tengok mcflurry ni , tengok warna dia tak berapa menarik . Biasa laa kalau hijau digabungkan dengan warna coklat gitu .. Boleh tengok gambar di atas . Hehehe .. Green tea dan coklat digabungkan sekali . Rasa sesudu, emmm boleh la.. Not bad laaa .. But ujung-ujung memang dapat rasa pahit-pahit green tea tersebut. Mungkin staff MCD terlebih letak green tea tersebut yang membuatkan hilang rasa coklat tue . Nak tak nak dah beli kan, so terpaksa juga habiskan . Kalau dibiarkan cair begitu sahaja membazir duit je . So paksa tekak untuk terima .
Hangpa dah cuba Mcflurry Green Tea & Chocolate ?
Tokmama Racun Baju Jelita Wardrobe
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tokmama Racun Baju Jelita Wardrobe
Kisahnya awal bulan 7 hari tu, bukan shoppe 7.7 saja yang meracun dengan sale yang diskaun berganda-ganda . Tokmama pun turut meracun untuk beli baju dari Jelita Wardrobe. Untuk pengetahuan hangpa tokmama salah seorang seller ataupun agent dropship baju-baju muslimah dari jenama Jelita Wardrobe ..tokmama bukan pengasas jenama tersebut tau ,hanya agent dropship sahaja.
Selesa Betul Pakai Kurung Agung Dari Jelita Wardrobe
Untuk pengetahuan hangpa juga Jelita Wardrobe ni salah satu jenama dimana hangpa semua boleh membeli belah baju-baju yang ada . CCL pun dah ada beberapa pasang collection baju kurung agung dari Jelita Wardrobe ni . Selain dari design-design yang menarik , material kain untuk Kurung Agung ni jugak sangat ironless, bak kata orang dah jimat masa tak perlu iron . Material kain pun tak jarang tak tebal memang selesa untuk dipakai .
Sale ! Sepasang RM39 . Rasa Rugi Kalau Tak Grab !
Selalunya rate harga bagi Kurung Agung ni dalam RM69-RM79 .. tapi disebabkan hari tu ada sale berganda-ganda diskaun jadi laaa sepasang RM39 . Mau tak terbeliak biji mata ..baju kurung printed dengan ironless lagi jatuh harga sehingga RM39 .Memang berbaloi untuk beli . Mungkin pengasas Jelita Wardrobe nak habiskan stok design lama sebelum nak launching design yang baru .
Disebabkan tokmama meracun , So CCL grab la sepasang.. Teringinnya 2 pasang , tapi difikir-fikirkan balik , beli sepasang sahaja . Jangan rambang mata sangat 😅.
Hangpa yang belum terjah Jelita Wardrobe . Boleh la godek-godek website & ig Jelita Wardrobe .
Lip Booster Serum Alha Alfa Sesuai Sangat Untuk Bibir Kering
Asalamualaikum dan salam sejahtera
Lip Booster Serum Alha Alfa Sesuai Sangat Untuk Bibir Kering
Setiap kali CCL nak pakai any lipstick ataupun lipmatte CCL selalu apply lipbalm dulu di bibir, bagi bibir lembab tak kering merekah baru bibir nampak moist gitu kan .. Actually bibir CCL ni kadang-kadang kering dan merekah jugak . That why CCL akan apply lipbalm pada bibir . Lepas lipbalm yang CCL selalu pakai beli di Watsons tu dah habis so teringin pulak nak try lip booster serum keluaran dari Dato Alha Alfa salah satunya tertarik tengok packaging lips booster serum yang beliau keluarkan . Nampak ekslusif sangat tau .
Lip Booster Serum Code Watermelon
Sebenarnya lip booster serum ada tiga code colour yang Dato Alha Alfa keluarkan iaitu code
-watermelon
-melon
-strawbery
Code Watermelon Memang Natural Colour
Disebabkan baru nak cuba produk ni sesuai atau pun tidak dengan bibir CCL , CCL try satu code sahaja dulu, dengan memilih code watermelon .Orang cakap jangan tamak kang nanti rugi . So CCL try satu sahaja dulu . First apply kat bibir memang best , sejuk pada bibir dan paling penting tekstur lip booster serum ni memang lightweight . Tak melekit langsung . Ringan pada bibir la senang cerita kan . Apply sedikit pun dan tunggu beberapa saat dah mula ada kesan warna pada bibir . Memang sangat-sangat natural . Lagi banyak hangpa sapu pada bibir , kesannya alan makin terang dari biasa
Bahan Utama Yang Ada Dalam Lip Booster Serum Alha Alfa
-niacinamide
-ferulic acid
-avocado oil
-hyaluronic acid
-vitamin A,B,D & E
Fungsi Utama Lip Booster Serum Alha Alfa
-menggunakan hydro-filling technology
-merawat bibir kering dan kusam
-mencerahkan bibir gelap
-membuang sel kulit mati di bibir
-memunggilkan bibir
-melembabkan bibir
-merawat bibir yang merekah
-menjadikan bibir pinkish semulajadi
Overall lepas pakai lip booster serum pagi dan malam sebelum nak tidur ni memang bagi kesan yang best sangat . Bibir lembab dan kurang kesan rekahan dan bibir tak lagi kering . Memang fall in love pada lip booster serum ni . Harga pun mampu milik . hangpa nak try lip booster ni boleh' beli di SINI
Petua Hilangkan Sakit Senggugut
Assalamualaikum & salam sejahtera
Petua Hilangkan Sakit Senggugut Senggugut memang menjadi mimpi ngeri setiap bulan kepada kaum perempuan . Setiap kali period mood akan berubah menjadi celaru .
Selain rasa sakit dan tidak selesa yang tidak terkawal , berikut adalah gejala lain senggugut teruk
-pening kepala
-sakit belakang
-sakit pinggang
-sakit kepala
-badan lesu
-sakit peha
-mual
-muntah
Ada beberapa cara untuk redakan senggugut antaranya seperti
-halia
-kunyit hidup
-asam jawa
-gula melaka
Campurkan semua bahan di atas dan masukkan segelas air panas , minum ketika air masih suam . Selain itu boleh cuba mandi air suam dan juga makan ubat-ubatan .
Semoga petua ini bermanfaat untuk hangpa
Tips : Halau Semut Dalam Gula
Assalamualaikum & salam sejahtera
Semut musuh utama gula ! Hangpa pun mesti pernah alamikan bekas gula dibanjiri sekampung semut . Gula dengan semut berpisah tiadalah katakan . Dimana ada gula disitu semut ada . Tapi kali ni CCL nak kongsikan tips untuk halau dan hindari dari semut. Gula hangpa yang dimasuki semut masih lagi bersih dan boleh digunakan . Cuma kena pastikan semua semut dibuang terlebih dahulu .
Ada beberapa cara hangpa boleh pillih untuk diguna pakai .
Cili kering
Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula yang dibanjiri semut, tutup ala kadar untuk bolehkan semut keluar . Jangan risau cili kering ni takkan tinggalkan rasa pedas pun pada gula .
Asam keping
Masukkan beberapa keping asam gelugur. Jangan risau asam keping pun takkan buat gula berubah rasa .
Kayu manis & cengkih
Masukkan salah satu rempah ini ke dalam bekas gula . Dan macam biasa semut akan keluar kerana tak suka bau rempah ratus.
Pisau
Bunyi agak pelik , tetapi petua ini telah ramai yang dah guna pakai dan berjaya halau semut .
Jemur bawah matahari
Untuk jumlah yang besar hangpa juga boleh guna kaedah jemur bawah matahari . Sebab semutkan tak suka panas so sama juga dengan petua letak bekas gula di tepi dapur .
Hangpa boleh guna ja mana-mana petua yang mudah untuk diguna pakai.
4 Cara Mudah Tajamkan Pisau Blender Di Rumah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
4 Cara Mudah Tajamkan Pisau Blender Di Rumah
Hai hangpa semua, pernah tak hangpa ada masalah pisau blender yang tumpul ? Dah kisar banyak kali pun still ada ketulan bawang yang besar dan tak hancur . Hangpa jangan lah terus buang atau beli baru blender tu tau . Ada banyak cara yang mana kita boleh cuba untuk tajamkan semula pisau blender tersebut .
Antara cara untuk tajamkan semula pisau blender menggunakan
1.Garam kasar
2.Beras
3.Kulit telur
4.Ais
Hangpa boleh lihat explanation pada gambar yang CCL sertakan . Cara ni semua hangpa boleh lakukan setiap sebulan sekali atau 2 bulan sekali . Cara paling biasa CCL guna ialah menggunakan kulit telur . Sebab dari dibuang saja kulit telur tu selepas masak ada baiknya CCL guna untuk kegunaan dapur juga kan . Nanti hangpa try tau .
Tempat Makan Menarik di Tanjung Bungah Penang : Restaurant Lebanon The Garden
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempat Makan Menarik di Tanjung Bungah Penang : Restaurant Lebanon The Garden
Dinner tadi di Restaurant Lebanon The Garden di Tanjung Bungah Penang . Restoran yang menyajikan makanan autentik Timur Tengah yang terletak di sepanjang jalan Tanjung Bungah , berhadapan dengan Hotel Flamingo dan Hotel Rainbow Paradise Beach Resort.
Alang-alang dah menginap di Hotel Flamingo , so restoran ni sahaja yang paling dekat . Tak perlu drive hanya jalan kaki lintas ke seberang jalan sahaja dah sampai . Restoran ni memang sangat unik dari segi deko, dari segi alunan lagi memang menjadikan tempat ni sangat-sangat romantik .
Makanan dan minuman yang ada di sini tidak kurang hebat juga . Semuanya sedap . Harga .. Ok berpatutan . Dah nama pun restoran so harga tinggi jugak laa . Tapi tak mengapa hidangan semua boleh di katakan sedap-sedap belaka . Tak order banyak-banyak hidangan , cukup untuk makan berdua , boleh la merasa sorang sedikit . Tak habis nanti membazir pulak jadinya .
Milkshake Chocolate
Hangpa yang penggemar milkshake, antara minuman yang hangpa wajib order adalah milkshake chocolate . Memang sedap sangat-sangat , dan memang tak boleh lawan milkshake kedai lain laa . Ini yang paling sedap yang CCL pernah cuba . Harga RM18.00
Spring Roll with Thai Sauce
Ok untuk hangpa yang nak makan ringan-ringan sambil bersembang dengan kawan-kawan , kadang-kadang asyik order fries je kan ..jemu tak ?? Hah kalau hangpa singgah sini wajib cuba spring roll . Memang sedap tau . CCL boleh katakan spring roll ni bukan spring roll yang frozen macam kita beli di pasaraya tu . Ini lain dari lain . Bukan lain dari segi bahan , tapi dari segi kesedapan tu memang berbeza . Rangup dan dihidangkan bersama sos thai . Sos thai tue bukan kaleng-kaleng tau .. Bukan buka penutup botol terus tuang dan hidangkan pada customer . CCL boleh katakan chef di restoran ni dah custom semula sos thai tersebut memang rasanya unik sangat . Terpaling sedap . Harga RM15.00
Chicken Briyani
Menu ni order sepinggan kongsi untuk 2 orang makan . Portion nasi memang 2 orang makan memang sangat cukup . Kalau sorang makan , macam CCL ni dah tahu-tahu takkan habis . So memang decide order je satu pinggan and then share . Tak membazirkan . Beriani ayam ni memang sedap . Beras yang digunakan beras Basmathi memang cantik elok keadaan butir-butir nasi . Portion untuk ayam pun besar . Sedap . Harga RM34
Total dinner RM67.00 ..Sekali sekala rewards dirii masing-masing makan di restoran tak salah juga kan.
Untuk korang yang nak buat event kecil-kecilan seperti event birthday party sangat-sangat sesuai sebab tempat dan deko di sini memang cantik sangat-sangat . Untuk korang yang nak bajet cukup-cukup makan dan nak tahu harga dan makanan apa lagi yang menarik di sini , boleh terjah IG : https://instagram.com/lebanonrestaurant
Manjakan Kulit Wajah Dengan Sheet Mask dari Mediheal Malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Manjakan Kulit Wajah Dengan Sheet Mask dari Mediheal Malaysia
Mediheal memang menjadi salah satu sheet mask asal Korea yang banyak digemari. Hal ini disebabkan karena Mediheal dapat menghasilkan sheet mask berkualiti tinggi dan terbuat dari bahan yang selesa untuk kulit wajah. Selain itu, sheet mask dari Mediheal mengandungi kombinasi essence dan serum dengan konsentrasi tinggi yang dapat mengatasi pelbagai masalah kulit wajah.
Mediheal Tea Tree Calming Mask
4,000 ekstrak minyak dari pokok teh
menenangkan dan membantu keseimbangan kulit dengan memberikan pelembapan yang mendalam pada peringkat permulaan masalah kulit
berkesan dalam meningkatkan keseimbangan kulit & menenangkan kulit dengan kawalan lembapan dan sebum yang mencukupi dengan komponen pokok teh
Anti-aging
Mediheal Watermide Hydrating Mask
mengandungi akuasil & gliserin glukosida
menghidrat & mencerahkan penjagaan kulit kering
memberi tambahan kepada kulit kering tanpa melekit dan mencerahkan kulit kusam
membantu mencerahkan kulit wajah
Sheet mask Mediheal ini juga telah dinaik taraf menggunakan fabrik hipoalergenik dari buluh- PT CELL50 .Mask ni elok pakai 1-2 kali seminggu. Best tau kalau pakai time malam sebelum tidur tu, esok muka akan rasa segar je.Selepas menggunakan sheet mask ini kulit lebih terhidrat dan juga lembap.
Boleh dapatkan sheet mask Mediheal di drug store berdekatan . Guardian mahupun Watsons .
Jom cantik bersama -sama .
Filem : Mrs Chatterjee vs Norway (2023)
Assalamualaikum & salam sejahtera
Filem : Mrs Chatterjee vs Norway (2023) Filem ini diangkat dari sebuah kisah benar yang berlaku pada Sagarika Chakraborty dan suaminya, pasangan dari negara India yang berhijrah dan menetap di Norway terpaksa berhadapan dengan sistem undang² Kerajaan Norway apabila mereka menarik hak penjagaan kedua-dua orang anak Sagarika.
Filem ini dibuka dengan perjalanan kehidupan keluarga imigran yang bahagia, Debika Chatterjee (Rani Mukherjee) menetap bersama suami (Anirban Chatterjee) dan juga dua orang anaknya, Shubh dan Suchi di Stavanger, Norway.
Wakil dari Kebajikan Kanak-kanak Norway, Sia (Kärt Tammjärv) dan Matilda (Britta Soll) ditugaskan untuk berada di rumah Debika untuk pantau cara dia dan suami menjaga anak selama 10 minggu. Malang tak berbau, laporan dan dakwaan dibuat terhadap Debika sebab menyuap Shubh makan menggunakan tangan dan dia dilabel sebagai mentally unstable, gila, mak tak bertanggungjawab.
Rumah mereka juga dikatakan tidak selamat untuk anak-anak mereka. Secara tak langsung, mengikut undang-undang Norway automatik hak penjagaan terhadap anak²nya ditarik. Bermulalah perjuangan seorang ibu menentang sistem perundangan Norway yang penuh dengan dugaan.
Diadaptasi dari sebuah kisah benar, lakonanRani Mukerji, Anirban Bhattacharya, Neena Gupta, Jim Sarbh dan ramai lagi. Sedih, pedih, hampa, kecewa menjalani liku-liku dugaan sepajangan perbicaraan Debika demi untuk menuntut hak penjaagaan anak-anaknya semula. Plot penceritaan yang penuh dengan air mata. Korang ready jela.
Lakonan Rani Mukerji memang mantap. Mood sedih tu berpanjangan sebab muka Rani Mukerji ni, rasa pilu je hati tengok usaha pngorbanan seorang ibu. Rasa kekuatan seorang ibu yang tak mudah putus asa. Kuat semangat. Tengok macam mana orang kampung nak lawan sistem perundangan Norway. Gila wey. Berani betul. Berani kerana benar.
Lain negara, lain undang-undangnya. Begitu la yang terjadi pada keluarga Chatterjee, cara didikan dia dianggap menjejaskan keselematan anak-anak dia sendiri.
Sama juga yang berlaku pada satu keluarga Malaysia yang menetap di Sweden. Pasangan suami isteri itu masing-masing dijatuhkan hukuman penjaran 14 bulan dan 10 bulan oleh kerana kesalahan mendera anak. Kalau di negara Asia rasanya cara didikan yang agak kasar ni perkara biasa. Tapi di negara eropah ia dilabelkan sebagai satu kes penderaan. Tapi tu la, kalau nak pukul pon beragak la sikit, ni sampai berbirat badan anak dia.
Jadi korang boleh la layan di Netfix
Terung Bakar Guna Dapur Gas
Resepi Bihun Soto Ayam Anti Gagal
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Resepi Bihun Soto Ayam Anti Gagal
Lepas pada beberapa hari raya ni memang dok mai mood teringin nak buat soto, ya sebelum-sebelum ni memang tak pernah buat soto. Makan tu usah dibilang la berkali-kali juga .
Percubaan pertama memang menjadi , memang sedap . Ni bukan puji diri sendiri tau . Ini berdasarkan juri-juri keluarga CCL . Semua puji sedap dan boleh buat lagi . Bila dengar semua cakap sedap siap request untuk buat lagi raya haji ni auchhh hati melonjak kegembiraan laa . Hilang terus penat-penat memasak tue .
Sedap or tak sedap CCL terima dengan hati terbuka , tak ada lah pulak kalau komen cakap tak sedap terus hilang mood nak memasak .. Tak boleh begitu .. Sedar diri bukan chef , bukannya pro nak memasak itu dan ini . So setiap kritikan terimalah dengan hati terbuka .
Bagi yang nak cuba buat resepi bihun soto ayam anti gagal, hangpa wajib follow resepi dari group ni . https://m.facebook.com/groups/matjhn.official/permalink/1901121303679067/?mibextid=Nif5oz
Mesti menjadi .





































