KEBENARAN RENTAS NEGERI 11 OKTOBER 2021 DAPAT JUGAK JEJAK KAKI BALIK KE KAMPUNG

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


KEBENARAN RENTAS NEGERI 11 OKTOBER 2021 DAPAT JUGAK JEJAK KAKI BALIK KE KAMPUNG Minggu ni agak sibuk sikit dengan kerja di office , sehinggakan blog sedikit terabai untuk 3 4 hari , blogwalking blog kawan-kawan pun tertunda buat sementara waktu . hari ini disebabkan ada sedikit masa terluang so CCL luangkan sedikit masa untuk update entri dan ziarah blog rakan-rakan blogger . Pada 10 Oktober 2021 yang lalu Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan satu berita gembira buat semua rakyat Malaysia . Berita yang ditunggu-tunggu buat saban hari ialah pengumuman kebenaran rentas negeri yang telah diputuskan sendiri oleh Dato Sri Ismail Sabri iaitu dibenarkan pada 11 0ktober 2021 iaitu jatuh pada hari Isnin .


RENTAS NEGERI,KEBENARAN RENTAS NEGERI,CERITA CCL,

syukur alhamdulillah bila dengar berita tersebut , tak lain tak bukan terbayang - bayang akan halaman kampung  11 oktober 2021 jatuh pada hari Isnin dimana hari tersebut merupakan hari 'Offday" untuk CCL , bermakna dalam seminggu CCL akan bercuti pada hari isnin sebagai cuti mingguan . so tak perlu CCL apply cuti untuk balik kampung , memandangkan kampung CCL diseberang negeri sahaja , tak sampai 1jam sudah selamat jejak kaki ke kampung . 


Ramai yang gembira bila dapat berita kebenaran rentas negeri dan ramai juga yang tengah plan untuk bawa keluarga pergi bercuti - cuti  . bagi CCL tak penting lagi untuk plan bercuti ke mana-mana asalkan dapat balik kampung lepaskan rindu family dikampung itu sudah cukup gembira . walaupun keadaan di kampung sudah tetap semeriah dahulu , tetapi CCL akan tetap balik untuk ziarah pusara arwah tok dan juga arwah tokwan yang sudah pergi menghadap illahi . 


RENTAS NEGERI,KEBENARAN RENTAS NEGERI,CERITA CCL,

Aktiviti utama bila sampai dikampung adalah jejakkan kaki ke kawasan kubur , ziarah puasa arwah nyiang , pusara arwah tok dan juga pusara arwah tokwan . pusara - pusara arwah semuanya dalam satu kawasan perkuburan yang sama , arwah nyiang sudah lama meninggal hampir beberapa tahun yang lalu . arwah tok pulak  baru 1 tahun 9 bulan meninggalkan kami semua .arwah tok dikebumikan di tanah perkuburan yang sama cuma seang beberapa buah pusara sahaja dari pusara arwah nyiang.  terbaru CCL sekeluarga kehilangan arwah tokwan pada tahun ini , baru sahaja 3 bulan . 30 oktober ini genap 4bulan arwah tokwan meninggal . bila dah dapat rentas negeri , memandangkan arwah tokwan baru meninggal ini kali ketiga CCL dapat ziarah kubur arwah tokwan . alhamdulillah pusara tokwan dah diletakkan batu nisan tertera dengan nama beliau , rasa sayu pula bila jenguk kesemua pusara . rasa rindu yang tak digambarkan . lepas rindu pada pusara tanpa boleh menatap wajah-wajah mereka . 


SALAM MAULIDUR RASUL 1443H

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

SALAM MAULIDUR RASUL 1443H Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu Tarikh keramat dalam sejarah umat islam di seluruh dunia  iaitu kedatangan Nabi Muhammad SAW merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah yang Allah berikan kepada alam semesta . Pada tahun ini semua umat Islam di seluruh Malaysia sama-sama dapat menyambut sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada hariSelasa 19 Oktober 2021 bersamaan dengan tahun 1443H.

 

MAULIDUR RASUL . MAULUD NASI , AMALAN SEMASA MAULIDUR RASUL , PAHALA BERGANDA ,INFO AGAMA, TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1443H ,

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1443H

‘Manhaj Rabbabni Ummah Berkualiti”

-suatu motivasi kepada ummah untuk meletakkan nilai ‘Rabbani’ iaitu mejadikan Allah SWT segala-galanya dalam mendepani apa jua keadaan dan situasi getir dan sukar . ia diinspirasikan daripada sifat an sikap nabi Muhammad SAW itu sendiri .

-Sifat terpuji Nabi Muhammad SAW yang wajar diikuti ialah bersifat benar dalam semua perkataan dan perbuatan  , bersifat jujur , dipercayai  dab juga bijaksana dalam menyampaikan dakwah .

-Nabi Muhammad SAW seorang pmimpin yang beretika tinggi dengan akhlak yang mulia merangkumi sifat integrity , kejujuran dan Amanah sehingga baginda diberi gelaran Al-Amin .

-Nabi Muhammad SAW juga mengamalkan sikap terbuka dan sentiasa mendengar buah fikiran ramai menerusi konsep ‘syura’

-Nabi Muhammad SAW sangat tawaduk dan sentiasa mengagungkan kehebatan Allah SWT yang menjadikan baginda seorang peminpim yang tidak terpengaruh dengan sifat tamak dan sifat mementingkan diri sendiri dengan kebesaran dunia

-Nabi Muhammad SAW sentiasa menyuruh berbuat kebaikkan dan mencegah kemungkaran .

 

Amalan yang boleh dilakukan sempena sambutan Maulidur Rasul

-berpuasa

-berselawat

-berhimpun di Masjid

CARA MUDAH RENEW PASPORT MALAYSIA SECARA ONLINE TANPA KE KAUNTER

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


CARA MUDAH RENEW PASPORT MALAYSIA SECARA ONLINE TANPA KE KAUNTER   Alhamdulillah Perdana Menteri pun sudah umumkan rakyat Malaysia sudah pun boleh mula rentas negeri . tak berapa lama lagi nak buka sempadan kan , dah lama sangat terkurung di negeri sendiri, ni pasport pun dah expired, rasanya nak kena renew lah pasport . Tapi malas betul nak pergi pejabat imigresen tu…biasa lah zaman sekarang ni malas nak bersesak-sesak dengan orang ramai . Virus ni ada je di merata-rata tempat , Persoalannya  boleh ke kalau kita renew pasport online je ? Semestinya boleh . CCL akan share untuk korang yang kaki travel cara renew passport secara online .Sebelum korang kaki-kaki travel mahupun backpakers  pergi ke luar negara, penting sangat tau untuk  pastikan pasport korang mempunyai tempoh sah laku melebihi 6 bulan dari tarikh akhir korang balik.Kalau asyik rasa tak sempat dan susah nak keluar ke pejabat imegresen, korang boleh memperbaharui pasport Malaysia secara atas talian

 

CARA RENEW PASPORT MALAYSIA SECARA ONLINE

MyOnline Pasport telah diperkenalkan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia hanya melalui online dengan membuat bayaran menggunakan kad kredit atau online banking (FPX).

 

CARA RENEW PASPORT ONLINE TANPA KE KAUNTER


CARA RENEW PASPORT , CARA RENEW PASPORT SECARA ONLINE , KADAR BAYARAN RENEW PASPORT , CARA RENEW PASPORT TANPA KE KAUNTER , INFO , INFO SEMASA , PASPORT , BUKU PASPORT , PERMOHONAN PEMBARUAN PASPORT MALAYSIA , RENEW PASPORT MALAYSIA

Cara-cara membuat permohonan pembaharuan pasport Malaysia di Jabatan Imigresen Malaysia secara online adalah seperti berikut:


1. BUKA MYIMMS E-SERVICES

Mula-mula, pergi ke myIMMs e-services di pautan https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport . Setelah membaca terma dan syarat, klik butang ‘Agree’ untuk meneruskan proses pembaharuan pasport korang.

 

2. ISI MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

Seterusnya, korang perlu mengisi maklumat dan butiran peribadi yang diperlukan untuk melengkapkan pembaharuan pasport.Pastikan korang dah sediakan pasport lama di depan komputer supaya mudah nak buat rujukan nanti.

 

3. PILIH CAWANGAN KUTIPAN

Kemudian, korang boleh google cawangan pejabat imegresen yang paling dekat dengan rumah atau pejabat korang.So, senanglah nak pick up bila dah siap nanti.


4. UPLOAD GAMBAR MENGIKUT KRITERIA YANG DITETAPKAN

Seterusnya upload softcopy gambar yang mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya background gambar mesti warna putih, baju / tudung warna gelap. Boleh baca selanjutnya di laman web tersebut.Kalau nak selamat, scan gambar yang dah diambil dekat kedai gambar tu

 

5. BUAT BAYARAN

Lepas dah upload gambar tadi, bolehlah buat pembayaran yang diperlukan secara online.

 Kadar bayaran adalah seperti berikut

i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200

ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

 

6. SIMPAN RESIT

Setelah semuanya selesai, korang akan mendapat maklumat transaksi seperti status, nombor resit, cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan.

 


p/:  Sila bawa bersama-sama resit, kad pengenalan dan pasport asal. Bagi pemohon di bawah 18 tahun, sila bawa juga kad pengenalan penjaga dan surat beranak.



CARA SEMAK STATUS VAKSINASI SEKOLAH ONLINE MELALUI COVIDNOW

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


CARA SEMAK STATUS VAKSINASI SEKOLAH ONLINE MELALUI COVIDNOW Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melancarkan ciri baharu perincian vaksin bagi peringkat sekolah melalui laman sesawang COVIDNOW. Melalui ciri baharu ini, ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan mengenai kadar vaksinasi murid bagi sekolah anak masing-masing

 

Berikut adalah cara membuat semakan kadar status vaksinasi di sekolah yang perlu diikuti:

 

INFO SEMASA , INFO , SEMAK STATUS VAKSINASI COVID19 , COVID19 , SEMAK STATUS VAKSINASI SEKOLAH ONLINE MELALUI COVIDNOW , LAMANWEB COVIDNOW , SEMAK STATUS COVIDNOW

1 . Ibu bapa hanya perlu klik pada pautan ini : https://covidnow.moh.gov.my/school/

2. Seterusnya, pilih negeri yang berkenaan, contohnya Perlis

3. Pada ruangan School Name, ibu bapa boleh menaip nama sekolah anak mereka. Contohnya SMK Derma

4. Jangan lupa tekan butang “Search”.

5. Kemudian korang boleh klik pada nama sekolah anak korang

6. Maklumat berkenaan kadar vaksinasi di sekolah tersebut akan tertera di skrin korang.



AISKRIM ONDE-ONDE GULA MELAKA KELUARAN NESTLE . SEDAP KE ??

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera



AISKRIM ONDE ONDE,Food review,AISKRIM NESTLE,RASA AISKRIM ONDE ONDE GULA MELAKA,HARGA AISKRIM ONDE ONDE,AISKRIM ONDE ONDE MALAYSIA,AISKRIM ONDE ONDE GULA MELAKA,REVIEW,MAKANAN,FOOD,


AISKRIM ONDE-ONDE GULA MELAKA KELUARAN NESTLE . SEDAP KE ?? Tak pernah terfikir pula kuih tradisional Malaysia diolah menjadi pencuci mulut . Aiskrim onde-onde gula melaka ini terbaru keluaran Nestle , memandangkan ramai yang review aiskrim tersebut sedap , so hari ini CCL berpeluang untuk merasai aiskrim onde-onde gula melaka . Adakah ia sedap ? Adakah rasanya seakan sama dengan nama yang diberi ? Adakah rasanya seperti kuih onde-onde gula melaka ? 



AISKRIM ONDE ONDE,Food review,AISKRIM NESTLE,RASA AISKRIM ONDE ONDE GULA MELAKA,HARGA AISKRIM ONDE ONDE,AISKRIM ONDE ONDE MALAYSIA,AISKRIM ONDE ONDE GULA MELAKA,REVIEW,MAKANAN,FOOD,


Ya, first impression mengenai aiskrim gula melaka ni nampak macam aiskrim biasa , tapi setelah merasai satu gigitan baru rasa onde-onde gula kelapa . CCL sangkakan aiskrim ini aiskrim dengan filled gula melaka di dalamnya . Tapi tidak ada lagi best bila dapat rasa aiskrim onde-onde ini dengan lelehan sos gula melaka dan juga ada kelapa parut juga . Memang nampak unik dan memang sangat sedap . Memang sesuai dengan nama onde-onde gula melaka . 


Citarasa setiap orang lain-lain tak sama , bagi tekak CCL aiskrim onde-onde gula melaka ini sangat sedap, rasa pandan dan ianya tidak terlalu manis . Rasa autentik Malaysia dengan gula melaka dan kelapa parut di dalamnya , sebiji macam kuih onde-onde.


Korang ada yang dah cuba ? 



McFLURRY POPPING CANDY SEAKAN SAMA DENGAN McFLURRY SEA SALT

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


McFLURRY POPPING CANDY SEAKAN SAMA DENGAN McFLURRY SEA SALT  Agaknya sudah lama juga CCL tak terjah McDonalds , memandangkan McDonalds ada keluarkan pencuci mulut terbaru , so gagahkan juga drive-thru ke McDonalds untuk merasai McFlurry Popping Candy . Semasa CCL nampak iklan gambar McFlurry Popping Candy ni , CCL dapat agak rasanya seakan McFlurry Sea Salt . tetapi disebabkan teringin juga nak merasai . so relakan diri drive-thru walaupun waktu drive tu terpaksa tunggu beberapa minit disebabkan terlalu sesak  ,


Selesai order Mcflurry popping candy tersebut , apa tunggu lagi terus jamah la sebelum cair . cuaca kat luar pun boleh tahan juga panasnya . kalau tunggu nak sampai di rumah mau lebur dulu lah aiskrim ni . First impression nampak McFlurry ni comel sangat dengan gabungan warna biru dan jugak pink pada popping candy tersebut . 


Baca juga : McDonalds McFlurry Sea Salt


HARGA MCFLURRY POPPING CANDY,MCFLURRY POPPING CANDY,MCFLURRY,REVIEW,mcdonalds,MAKANAN,RASA MCFLURRY POPPING CANDY,REVIEW MCFLURRY POPPING CANDY,

Setelah beberapa kali suapan masuk ke mulut , yes tekaan CCL betul ,rasa  McFlurry Popping Candy sama seperti McFlurry Sea Salt . Cuma ada kelainan sikit tambahan popping candy bagi nampak menarik  . Yang bestnya bila makan aiskrim ni dengan gabungan popping candy dapat rasa letupan - letupan kecil dalam mulut , rancak aje dia meletup yer . 


Rasa McFlurry PoppingCandy ni memang agak manis dan masin  , digabungkan sekali memang sukar juga nak ditelan . Sirap biru yang sangat-sangat memberi kemanisan pada aiskrim tersebut , tetapi kalau digaul rata bersama aiskrim vanilla tersebut mungkin akan kurang rasa manis - manis masin tu . 


cukuplah sekali percubaan , berkali-kali cuba kang tak pasal muda-muda dapat kencing manis tak pun darah tinggi . 



McDONALDS OREO COOKIES & CREAM PIE

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera


CREAM PIE,Food review,MCDONALDS OREO COOKIES & CREAM PIE,OREO COOKIES & CREAM PIE,REVIEW OREO COOKIES & CREAM PIE,HARGA OREO COOKIES & CREAM PIE,REVIEW,mcdonalds,MAKANAN,FOOD,


McDONALDS OREO COOKIES & CREAM PIE Post sebelum ni CCL ada review mengenai McFlurry Popping Candy , tak lepaskan peluang juga CCL beli bersama pie . Kalau tak salah tahun lepas McDonalds dah keluarkan Oreo Cookies & Cream Pie , tahun ini sekali lagi McDonalds keluarkan semula menu tersebut , mungkin menu ni dapat permintaan ramai .


CREAM PIE,Food review,MCDONALDS OREO COOKIES & CREAM PIE,OREO COOKIES & CREAM PIE,REVIEW OREO COOKIES & CREAM PIE,HARGA OREO COOKIES & CREAM PIE,REVIEW,mcdonalds,MAKANAN,FOOD,


Bagaimana pula dengan rasa Oreo Cookies & Cream Pie ? Pada gigitan pertama  berjaya memukau deria rasa  CCL dengan gabungan filling  dan crust coklat yang crispy memang cukup sempurna . Ianya diperbuat daripada biskut Oreo . Putar , Jilat dan Celup . Eh itu trademark bagi biskut oreo kan . tapi pie ni korang tak perlu  putar-putar , terus je masuk dalam mulut dan ngapp . korang boleh rasa kerangupan pada bahagian kulit pie tersebut . Rasanya juga tidak terlalu manis dan tidak akan membuatkan korang  muak  dan boleh menikmatinya dengan banyak .


 

ATASI JERAWAT DENGAN PRODUK COMMONLABS VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



ATASI JERAWAT DENGAN PRODUK COMMONLABS VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM Baru-baru ini CCL berpeluang mencuba produk kecantikkan dari Commonlabs . Commonlabs juga adalah salah satu jenama produk kecantikkan dan produk penjagaan kulit  yang terkenal di Negara Korea . Salah satu produk yang CCL dah cuba melalui Commonlabs ini adalah "Commonlabs Vitamin E Micro Needle Spot Cream"



COMMONLABS , PRODUK COMMONLABS , COMMONLABS VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM , VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM . MICRONEEDLE , COMMONLABS KOREA , TIPS KECANTIKKAN , BEAUTY , REVIEW , REVIEW PRODUK , REVIEW HUNTER


COMMONLABS VITAMIN C MICRO NEEDLE SPOT CREAM

Commonlabs Vitamin E Micro Needle Spot Cream adalah produk rawatan spot yang mempunyai jarum mikro untuk menembusi kulit wajah korang sekaligus dapat membantu menenangkan jerawat

Bagi korang yang tertanya-tanya apa itu micro needle pada produk tersebut . Produk ini mengandungi ramuan utama yang dipatenkan bernama Gesolza yang bertujuan untuk merawat jerawat dan mengandungi 54% ekstrak daun pokok teh dan vitamin E. 


baca juga : Nuvit Dermal White Brightening Spot Corrector
baca juga : Nuvit Dermal White Spot Eraser


FUNGSI COMMONLABS VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM 

-mengecutkan jerawat

-mengurangkan parut jerawat 

-membantu pembaharuan sel kulit baru



COMMONLABS , PRODUK COMMONLABS , COMMONLABS VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM , VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM . MICRONEEDLE , COMMONLABS KOREA , TIPS KECANTIKKAN , BEAUTY , REVIEW , REVIEW PRODUK , REVIEW HUNTER

BAHAN KANDUNGAN COMMONLABS VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM

Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Water, Butylene Glycol, Hydrolyzed Sponge, Glycerin, Cetearyl Alcohol, Caprylic/Capric Triglyceride, Cetyl Ethylhexanoate, Glyceryl Stearate, Beeswax, Cetyl Alcohol, 1,2-Hexanediol, Camellia Sinensis Leaf Extract, Centella Asiatica Extract, Sorbitan Olivate, Palmitic Acid, Stearic Acid, Sodium Carbomer, Panthenol, Betaine, Allantoin, Xanthan Gum, Cetearyl Glucoside, Sodium Hyaluronate, Disodium EDTA, Pinus Densiflora Leaf Extract, Beta-Glucan, Citrus Junos Fruit Extract, Madecassoside, Tocopherol, Artemisia Annua Extract



COMMONLABS , PRODUK COMMONLABS , COMMONLABS VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM , VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM . MICRONEEDLE , COMMONLABS KOREA , TIPS KECANTIKKAN , BEAUTY , REVIEW , REVIEW PRODUK , REVIEW HUNTER

CARA PENGGUNAAN COMMONLABS VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM

Disyorkan untuk menggunakan produk ini dua hingga ke tiga hari sebabnya micro needle ini dapat aktif sehingga 72jam selepas memakainya.


baca juga : Energetique Hydration Mask



DARI SEGI PACKAGING DAN TEKSTUR


COMMONLABS , PRODUK COMMONLABS , COMMONLABS VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM , VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM . MICRONEEDLE , COMMONLABS KOREA , TIPS KECANTIKKAN , BEAUTY , REVIEW , REVIEW PRODUK , REVIEW HUNTER

Packaging reka bentuk yang sangat unik, satu tiub hijau ini mengandungi isi kuantiti sebanyak 10ml spot cream . Reka bentuk yang kecil memang sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja selain itu bahagian yang paling unik sekali ialah pada bahagian tiup spot krim tersebut . First time CCL tengok reka bentuk tiub spot krim piring Astro . Hahaha . Hanya beberapa kali pam sahaja dah keluar spot cream tersebut melalui tiub yang unik itu. So tak perlulah pakai jari untuk sapu pada kulit . Hanya guna tiub tersebut sahaja



COMMONLABS , PRODUK COMMONLABS , COMMONLABS VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM , VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM . MICRONEEDLE , COMMONLABS KOREA , TIPS KECANTIKKAN , BEAUTY , REVIEW , REVIEW PRODUK , REVIEW HUNTER

Tekstur krim putih sangat pekat dan sangat mudah meresap masuk ke dalam. Kulit . Selain itu bauan tekstur krim tidak terlalu kuat, baunya seakan teh hijau lembut . 



KESAN SELEPAS PENGGUNAAN COMMONLABS VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM


COMMONLABS , PRODUK COMMONLABS , COMMONLABS VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM , VITAMIN E MICRO NEEDLE SPOT CREAM . MICRONEEDLE , COMMONLABS KOREA , TIPS KECANTIKKAN , BEAUTY , REVIEW , REVIEW PRODUK , REVIEW HUNTER

Memandangkan produk ini khas untuk jerawat, kebetulan juga CCL juga ada beberapa ketul jerawat pada bahagian muka , so CCL cub menggunakan produk ini, CCL hanya sapukan secara pelahan-lahan pada bahagian jerawat yang masih baru itu , keesokkannya boleh nampak perbezaan tersebut jerawat sedikit mengecut , so CCL apppy sehingga tiga hari berturut-turut dan alhamdulillah sekaligus jerawat tersebut terbatal untuk bergiat aktif ke atas kulit muka CCL . Memang produk ini berkesan sangat . 


CCL hanya pakai produk ini ketika malam sebelum tidur , keesokkan pagi nak cuci muka korang akan rasa micro needle tersebut seolah-olah terurut je pada bahagian muka, seakan bahagian kulit berjerawat terkena duri kaktus yang lembut . , tapi jangan risau ia tidak akan mengalami sebarang kelukaan dan sebrang iritasi pada kulit . Sepanjang CCL memakai produk ini memang tiada kesan buruk pada kulit wajah . 



Boleh dapatkan Commonlabs Vitamin E Micro Needle Spot Cream melalui

website : https://commonlabsmalaysia.com/ms/collections/best-sellers/products/commonlabs-vitamin-e-micro-needle-spot-cream-10ml





KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ UNTUK KURUS

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ UNTUK KURUS   Setiap wanita mengidamkan berat badan yang ideal. Bagi korang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, sudah tentu korang ingin menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah. Yang paling penting selamat Ada cara yang boleh korang amalkan untuk menurunkan berat badan tanpa diet. satu cabaran besar masa nak kurus ni mestilah masalah nak kawal selera makan. Diet selalu gagal sebab ni lah,tak dapat tahan nafsu bila nampak makanan sedap kan?kan? CCL ada satu produk baru yang nak dikongsikan dengan korang semua untuk mendapatkan berat badan ideal,tubuh yang slim , nampak fit dan sedang-sedang saja



KITSUI , KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ, KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ UNTUK KURUS , KITSUI KOPI KURUS , KOPI KURUS , KITSUI SUPPLEMENT KECANTIKKAN ,KITSUI KURUSKAN BADAN, REVIEW, BEAUTY ,SUPPLEMENT DETOX, KOPI KURUS

Kitsui Coffee XSlim Shapez

Kitsui Coffee XSlim Shapez adalah produk formulasi terbaru dari Korea yang diperbuat dari bahan-bahan yang halal 100% semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian korang . . Rangkaian minuman campuran botani oleh produk baru Kitsui yang terdiri daripada gabungan 6 bahan seperti KoreanGinseng, L-Carnitine , Kopi ,Ekstrak Hoodia , Ekstrak Mangga Afrika dan juga Ekstrak dari biji kopi hijau yang membantu membuat korang merasa kenyang selama 3-5 Jam. Ini dapat membantu anda dalam pengambilan lebih sedikit kalori sepanjang hari, sehingga menyebabkan penurunan berat badan sepanjang hari.




Kitsui Coffee XSlim Shapez ada sijil Halal dan diluluskan oleh KKM


Produk keluaran ini turut mendapat anugerah Super Health Brand Asia Pacifik tau. Produk keluaran mereka adalah 100% semulajadi dan mempunyai kelulusan GMP. Jadi korang boleh amalkan dengan rasa selamat.Kitsui juga diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan disahkan HALAL oleh JAKIM.



Kitsui Coffee XSlim Shapez tiada bahan larangan 

Sibutramine adalah bahan larangan dari pihak Kementerian Kesihatan dalam ubat kurus . Berdasarkan data daripada kajian Sibutramine on Cardovascular Outcome Study, pengunaan Sibutramine didapati mempertingkatkan risiko kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok terhadap pesakit obes yang mengambil ubat berkenaan . Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah memutuskan untuk menggantung pendaftaran ubat Sibutramine . Terbukti kitsui tiada kandungan sibutramine selepas ujian makmal dilakukan .




Kitsui diperbuat daripada 100% bahan halal semulajadi dan tiada sebarang bahan larangan . Kitsui Coffee XSlim Shapez bebas dari bahan berbahaya .



Bahan-bahan yang terkandung dalam Kitsui Coffee XSlim Shapez



KITSUI , KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ, KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ UNTUK KURUS , KITSUI KOPI KURUS , KOPI KURUS , KITSUI SUPPLEMENT KECANTIKKAN ,KITSUI KURUSKAN BADAN, REVIEW, BEAUTY ,SUPPLEMENT DETOX, KOPI KURUS


1. Korean Ginseng


-menguatkan sistem imun badan

-mengurangkan keletihan badan

-membantu meningkatkan tahap kesihatan mental


2. Biji Kopi Hijau


-ekstrak biji kopi hijau diperbuat dari biji kopi mentah yang ditanam secara semulajadi dan menggunakan suhu yang rendah diekstrak tanpa alkohol 

-ekstrak serat kopi yang sangat tinggi dengan antioksidan

-membantu meningkatkan tenaga seluruh tubuh badan

-menyokong kesihatan otak

-membantu menjaga berat badan yang sihat


3. L-Carnitie


-mengurangkan lemak dalam badan 

-meningkatkan metabolisme badan

-badan menjadi lebih bertindak aktif untuk membakar lemak yang tersimpan dalam tubuh badan 

-membantu mengurangkan lemak perut


4. Hoodia


-ekstrak tumbuhan semulajadi yang dapat mengurangkan selera makan

-membantu menurunkan berat badan 


Baca juga : Kitsui whitenin B.B & Vit C Shine


5. Mangga Afrika


-mengandungi kandungan serat yang tinggi 

-menjadikan seseorang dapat menahan dari berasa lapar dalam jangka masa yang lebih lama

-merangsang kadar metabolisme dan meningkatkan pembakaran lemak secara efektif

-merangsang kadar metabolisme dan meningkatkan pembakaran lemak secara efektif

-mampu mengawal gula dalam darah dan mencegah dari penyakit diabetes



Manfaat Kitsui Coffee X Slim Shapez



KITSUI , KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ, KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ UNTUK KURUS , KITSUI KOPI KURUS , KOPI KURUS , KITSUI SUPPLEMENT KECANTIKKAN ,KITSUI KURUSKAN BADAN, REVIEW, BEAUTY ,SUPPLEMENT DETOX, KOPI KURUS


- Membantu mengenyangkan selama 3-5 jam

- Membantu meningkatkan metabolisme untuk membakar lemak dengan lebih cepat

- Selamat diminum sebelum bersenam

- Membantu mengurangkan tahap kolesterol

- Membantu membakar lemak yang tidak diingini berlebihan

- Membantu penurunan berat badan



Kitsui Coffee X Slim Shapez sesuai untuk korang mengalami masalah 


-masalah lemak berlebihan di bahagian leher , lengan tangan , perut dan paha


-mengalami masalah berat badan bertambah setiap bulan 


-selera makan yang kuat 


-badan cepat letih dan lesu 


-tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat 


-kuat berdengkur 



Cara nak amalkan Kitsui Coffee XSlim Shapez


KITSUI , KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ, KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ UNTUK KURUS , KITSUI KOPI KURUS , KOPI KURUS , KITSUI SUPPLEMENT KECANTIKKAN ,KITSUI KURUSKAN BADAN, REVIEW, BEAUTY ,SUPPLEMENT DETOX, KOPI KURUS


Masukkan 1 Sachet (15 Gram) ke 150ml air suam / sejuk. Goncang dan minum dengan segera. Minum air secukupnya sepanjang hari untuk hasil terbaik. Ambil satu sachet sebelum memulakan aktiviti harian. sangat sesuai untuk korang yang sentiasa dalam perjalanan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja . 



KITSUI , KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ, KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ UNTUK KURUS , KITSUI KOPI KURUS , KOPI KURUS , KITSUI SUPPLEMENT KECANTIKKAN ,KITSUI KURUSKAN BADAN, REVIEW, BEAUTY ,SUPPLEMENT DETOX, KOPI KURUS

Dalam satu sachet Kitsui Coffee Xslim Shapez ini hanya mengandungi 29 kalori 



Kesan selepas minum Kitsui Coffee X Slim Shapez


KITSUI , KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ, KITSUI COFFEE XSLIM SHAPEZ UNTUK KURUS , KITSUI KOPI KURUS , KOPI KURUS , KITSUI SUPPLEMENT KECANTIKKAN ,KITSUI KURUSKAN BADAN, REVIEW, BEAUTY ,SUPPLEMENT DETOX, KOPI KURUS

Selama seminggu CCL konsisten produk Kitsui Coffee Xslim Shapez badan rasa ringan . Supplement ini juga dapat membantu mengawal kelaparan yang berpanjangan . Badan yang cepat lesu dan kurang bertenaga juga dapat diatasi dengan minuman Kitsui Coffee Xslim Shapez , amalkan setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi . Untuk korang yang suka ninum kopi tetapi dalam pada masa yang sama nak juga jaga bentuk badan korang wajib cuba supplement ini . Rasanya memang sedap . 

 


Testimoni pengguna produk Kitsui Coffee X Slim Shapez









Dapatkan bentuk badan yang lebih ideal ,serta sihat dan bertenaga apabila korang menjadikan Kitsui Coffee XSlim Shapez sebagai rutin pagi supplement pelangsingan badan yang menggunakaan 100% bahan halal semulajadi .





Dapatkan Kitsui Coffee Xslim Shapez melalui 


Website : https://kitsui.com.my


Shopee : https://shopee.com.my/kitsui.my.hq?smtt=0.0.9