Assalamualaikum & salam sejahtera
PRODUK KECANTIKKAN BERASASKAN ALOE VERA I ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER DARI HANSAEGEE NATURE Sebut sahaja mengenai aloe vera pasti ramai yang terfikir mengenai kegunaan dan kebaikannya kepada manusia. Kita juga dapat melihat bahawa sesetengah produk pada masa kini mempunyai kandungan aloe vera kerana ianya mempunyai pelbagai kebaikan kepada kita. Contohnya, produk kecantikan muka dan pencuci rambut mengandungi kandungan aloe vera.
KEBAIKAN ALOE VERA (LIDAH BUAYA) PADA KULIT WAJAH
Aloe vera atau lidah buaya adalah sejenis pokok berdaun runcing. Hampir 100% pokok aloe vera mengandungi air. Bahagian dalam pelepah aloe vera pula mengandungi isi berbentuk gel atau lendir yang mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan mahupun kesihatan. Lidah buaya ibarat sebiji kelapa, semakin tua semakin banyak santannya. Begitulah juga dengan lidah buaya, semakin tua usia tanamannya, makin banyak kandungan nutrisi yang boleh diperolehi.
🔹MERAWAT KULIT KERING
masalah kulit kering amatlah tidak selesa. Lama kelamaan ia boleh menyebabkan kulit menjadi kasar, merekah, mudah luka ataupun terasa pedih. Dalam penjagaan kulit wajah, aloe vera juga digunakan sebagai alternatif bagi mengembalikan kelembapan yang hilang selain dari minum air secukupnya setiap hari atau menggunakan krim pelembap.
🔹MENGATASI KULIT BERMINYAK
kulit muka yang berminyak akan mendatangkan pelbagai masalah kulit wajah. Salah satunya adalah jerawat! Kandungan pH di dalam aloe vera dikatakan boleh membantu mengawal dan menyeimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah.
🔹ANTI PENUAAN & ANTI OKSIDA
kandungan mineral seperti Vitamin C, Vitamin E dan Zink yang terdapat dalam lidah buaya bermanfaat sebagai anti-oksida secara semula jadi dan sekali gus ia membantu melambatkan proses penuaan. Kandungan nutrisi dalam lidah buaya membantu mengurangkan tanda tanda awal penuaan seperti kedutan pada wajah. Zat zat yang terkandung di dalam lendir lidah buaya mudah meresap ke dalam kulit wajah menjadikan kulit sentiasa lembap dan kelihatan awet muda!
🔹MELEGAKAN KULIT DARI PANAS MATAHARI
Bagi korang yang kerap melakukan aktiviti luar atau ruang kerja yang sentiasa terdedah dengan panas matahari amat disarankan menggunakan aloe vera. Ia mampu memberi kelegaan dan mengembalikan kesegaran kulit wajah. Kulit wajah tak lagi terasa pedih dek bahang panas matahari.
Sebenarnya terdapat banyak lagi khasiat dan kebaikan penggunaan aloe vera. Bukan sahaja pada wajah malah pada tubuh badan kita. Kelebihannya sentiasa menjadi pilihan kepada pengeluar produk untuk menjadikan aloe vera sebagai salah satu bahan dalam pelbagai produk keluaran mereka, antara salah satu produk keluaran Hansagee Naturee , iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser .
Part yang paling best cleanser ni merupakan mousse type liquid foam cleanser.Dia didatangkan dgn botol jenis pump yang akan produce a light air bubble foam yg sangat soft & tick.suka sebab macam marshmallow ,macam awan,.makin rajin cuci muka sejak CCL pakai , dengan hanya beberapa pam atas tapak tangan akan terlihat buih lembut yang keluat dan boleh terus sapu pada muka . Pencuci soft ni sangat-sangat mempercepatkan cucian muka.
Lepas cuci muka memang kulit akan rasa lembut, licin, tidak kering dan rasa tegang sebab terasa sangat bersih.
Selain itu, bagi mereka yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, pencuci jenis buih ini sangat membantu kerana buih-biuh akan cepat masuk dan membersih liang-liang pori kulit serta memberikan kelembapan kulit.
KEISTIMEWAAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER
- mengatasi dan memulihkan masalah jerawat
- Membersihkan liang pori
- Mengawal minyak berlebihan
- Melembapkan kulit
- Sangat sesuai untuk kulit yang bermasalah seperti kulit kering,berminyak,sensitid,kulit kusam
- Membantu mengeluarkan sebum minyak berlebihan dari kulit muka
- Membersihkan wajah dengan kemewahan buih pembersih
KANDUNGAN UTAMA ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER
1. Aloevera Barbadensis leaf
- melembapkan kulit
- Anti keradangan kulit
- Merawat jerawat
- membersihkan pori-pori muka
2. Tea Tree Leaf Oil
- Mengawal minyak berlebihan kulit muka
- Anti fungus
- Melicinkan kulit
- Memberi kelembutan pada kulig
- Mengurangkan infeksi kulit
CARA PENGGUNAAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER
Aloe AC Bubble Cleanser didatangkan dalam bentuk cecair 150ml dalam botol, tetapi sebaik sahaja kita mengepamnya, ia dipam keluar sebagai gelembung lembut di tapak tangan. Ia juga tidak memberi kesan sampingan kepada kulit kerana teksturnya yang ringan. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah Oily skin / Dry skin / Combination skin.
1. Bersihkan muka dan tapak tangan
2. Picitkan Aloe Ac Bubble Cleanser pump beberapa kali sehingga keluar buih
3. Ratakan pada seluruh wajah dan urut perlahan-lahan selama beberapa minit
4. Buih akan menjadi semakin banyak pada kulit yang basah
5. Bilas wajah dan kulit wajah korang akan jadi bersih dan lembap
Untuk korang nak mencuba produk Aloe AC bubble cleanser boleh rujuk maklumat dibawah .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
NAK BELI TAPESTRY WALL DENGAN HARGA YANG MURAH HANYA DI SHOPEE.MY Hari ni CCL review mengenai tapestry. Actually ramai yang tertanya-tanya tapestry tu apa ? Ok kalau korang nak tahu tapestry ni adalah salah satu corak yang digunakan diatas kain . Corak dekat henna kan pelbagai bezanya tapestry ni datang dari pelbagai sudut corak contohnya binatang , planet , henna, dreamcatcher, dan banyak lagi . .Dh lama sebenarnya CCL memang teringin sangat nak beli tapestry. Memandangkan masa tu harga tapestry bagi CCL mahal,so CCL survey harga tapestry above RM40 macam tu . Harga setiap tapestry ni ikut saiz yer. Kalau saiz kecil jarga murah sikit . Kalau saiz besar harga meningkat sikit .

Sempena "Shopee 11.11" hari tu CCL berpeluang beli tapestry terlajak murah dari Shopee Malaysia. cuba teka CCL beli dengan harga berapa? Kalau korang nak tahu CCL beli tapestry ni dengan harga RM23.58 .kos postage hanya RM3.80, total yang CCL perlu bayar hanya Rm27.38 sahaja. Murah kan??? Tak sampai RM30 pun. Memandangkan tapestry ni dari luar negara, so CCL terpaksa tunggu selama 2minggu sehinggalah barang tersebut selamat sampai ke tangan CCL.So janganlah merungut if korang shopping barang tu dari luar negara . Confirm - confirm barang tu akan ambil masa sedikit ok .
Macam yang CCL katakan harga tapestry ni mengikut saiz yang korang pilih . Saiz tapestry yang CCL beli ni berukuran 150CM X 210CM . Harganya seperti CCL nyatakan di atas. Untuk saiz tapestry yang CCL pilih ni sangat besar.
Jenis fabrik yang digunakan ialah Polyester. Bagi CCL kualiti produk sangat baik dan good value for money. Puas hati 200% . Jahitan tepi setiap tapestry ni pun sangat kemas .
Sebab utama CCL beli of course nak ambil gambar yang cantik berlatar belakangkan tapestry dan CCL siap jadikan tapestry ni sebagai hiasan dinding di ruang l bilik tidur , ruang bacaan . fungsi tapestry ni juga ada dua dalam satu .Selain boleh dijadikan background, tapestry wall ni juga boleh dijadikan cadar dan wall hangging kat wall rumah korang . Nampak cantik dan unik kan . Nak sure korang kena pandai pilih saiz yang besar .
Korang yang tercari-cari tapestry murah dengan pelbagai design, bolehlah berkunjung ke website Shopee Malaysia.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
TIPS NAK DAPATKAN HELLO KITTY CARRIER DARI MC DONALDS Hari ni korang pasti perasan di semua timeline social media masing - masing tak kiralah sama ada di Facebook , Twitter , mahupun di instagram dipenuhi dengan gambar Hello Kitty Carrier yang dilancarkan secara rasmi jam 10 pagi tadi oleh pihak Mc Donalds , ada yang sanggup beratur seawal 7 pagi lagi bagi tidak terlepas peluang untuk memiliki set khas daripada McDonald’s ini.
Untuk melayakkan korang membeli Hello Kitty Carrier ini, korang perlu membeli satu set makanan di McDonald’s terlebih dahulu dan kemudiannya membuat pesanan tambahan Hello Kitty Carrier ini yang dijual pada harga RM29.90..
Pastinya peminat fanatik Hello Kitty takclepaskan peluang untuk dapatkan satu Hello Kitty Carrier dari Mc Donalds ni sebagai koleksi diorang kan . Khabarnya di sesetengah cawangan negeri Hello Kitty Carrier ni dah out of stock .
Korang dah dapat grab satu belum ni ? Cepat terjah Mc Donalds cawangan negeri masing-masing .
Assalamualaikum dan salam sejahtera
DIY CARA MENGUBAH DULANG HANTARAN DARI KAYU RUSTIC
Size dulang 12 x 12 inchi . Saiz polistrine kecil sedikit dalam ukuran 10 atau 11 .
Sediakan glue gun, lidi, span bunga, aluminium foil .
Letakkan alas polistrine, letakkan satu dot glue gun panas di tengah-tengah dulang sebelum polistrine supaya tak bergerak atau supaya tak berangkat apabila letak barang nanti .
Kalau saiz karpet rumput yang korang beli besar dari dulang , gunting bagi sama saiz dulang tersebut sehingga kemas .
Letakkan gam panas dikeliling polistrine untuk alaskan karpet rumput tadi
Potongkan span bunga , size lebih kurang macam dalam gambar dan balutkan dengan aluminium foil .
Ni fungsi lidi.
Cucuk lidi tersebut ke atas span bunga sehingga mencecah Karpet rumput dan polistrine. So span attach dengan kuat .
Cucuk bunga ke atas span bunga, hias mengikut kreatviti korang
Dah siap ..
Selamat mencuba
Assalamualaikum dan salam sejahtera
LIVE STREAMING FINAL PIALA MALAYSIA 2019 : KEDAH VS JDT Piala Malaysia kini hampir sampai ke penghujungnya . Skuad Lang Merah , Kedah dan skuad Harimau Selatan, Johor Darul Taazim akan berentap pada malam ini 2 November 2019 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil
Senarai keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019
KEDAH - 0
JDT - 3
Tahniah Pasukan JDT
Assalamualaikum dan salam sejahtera
RESEPI RENDANG PEGAGA selalu korang dengar rendang daging ajer kan . Hari ni nak kongsi dengan korang satu menu yang agak pelik sikit . Rendang pegaga. Senang sahaja rupanya dan rasanya benar sedaaaap! Dan seperti biasa nak juga ubah demi kesedapan diri sendiri.
Rendang Pegaga.
2-3 ikat pegaga,
1 genggam ikan bilis,
1 batang serai muda,
1/2kg santan segar,
2 inci kunyit hidup,
20 biji cili padi,
1 sudu besar kerisik.
1 sudu kecil garam.
Cara-caranya
1. Tumbuk ikan bilis yang telah dibasuh dengan lumat,
2. Kisarkan santan bersama kunyit hidup, cili padi , serai . Panaskan kuali dan tuangkan bahan yang telah dikisar tadi .
3. Api sedang - sedang sahaja yer , masukkan ikan bilis . Masukkan daun pegaga beserta batangnya . Kacau rata .
4. Masukkan sedikit kerisik dan garam, kacau sehingga kering dan pecah minyak
Dah siap !
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Assalamualaikum dan salam sejahtera
TELEFILEM ASTRO CITRA : MALAM TAHLIL SUHAILA BALIK Diinspirasikan daripada kisah besar, saksikan nanti telefilem seram berjudul Malam Tahlil Suhaila Balik yang lakonan Hisyam Hamid dan Uqasha Senrose. Telefilem ini akan ditayangkan pada 12 October 2019 jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD. Arahan pengarah Rashid Sibir
PELAKON TELEFILEM "MALAM TAHLIL SUHAILA BALIK "
Hisyam Hamid, Uqasha Senrose, Wan Maimunah, Liza Abdullah, Zarynn Min dan ramai lagi
SINOPSIS TELEFILEM "MALAM TAHLIL SUHAILA BALIK"
Dalam pada menanggung perit kematian Suhaila, suaminya berdepan dengan masalah yang tak disangka-sangka apabila mayat isterinya kembali ke rumah pada salah satu malam tahlilnya.Sumpah keturunan Yang tiada penghujung menyebabkan arwah Suhaila balik pada malam tahlilnya .
Ada yang tengok ke telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik tadi? Seram ke geram?
Diinspirasikan dari kisah sebenar yang berlaku pada tahun 90an di sebuah perkampungan kecil di Pahang. Tidak disebutkan di mana dan nama keluarga sebenar demi menjaga aib mereka.
Cerita tentang sebuah keluarga yang ada sumpahan 7 keturunan, dilarang berkahwin dengan orang luar yang tiada ikatan keluarga. Namun pada tahun 90an yang dah moden, sumpahan itu tidak lagi dihirau. Suhailah yang bekerja di KL bertemu jodohnya dan mereka berkahwin. Takdirnya beliau meninggal awal.
Tiba tiba pada malam tahlilnya, mayat Suhailah jatuh gedebam dari atas loteng rumah jatuh pas pas depan suaminya. Suaminya hendaklah memikul semula Suhailah ke kuburan dengan memikul belakang mayat di atas belakangnya. Mayat itu dikatakan ringan seperti kapas.
Kendatipun.. bila dah jadi telefilem, pastinya ada olahan yang membuatkan ceritanya seram. Sama ada, wujud atau tidak hal hal mistik saat mayat dipikul ke kuburan, hanya Allah dan keluarga serta pihak produksi sahaja yang tahu...