BAJU PANDA COMEL HADIAH DARI BLOGGER WWW.BAJUWARNACOKLAT.COM



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Giveaway , rezeki blog,menang giveaway , hadiah dari blogger , baju tidur panda


BAJU PANDA COMEL HADIAH DARI BLOGGER WWW.BAJUWARNACOKLAT.COM |  Minggu lepas CCL  ada terima satu parcel dari abang posmen . Nak tahu apa isi yang ada dalam parcel tersebut ? Semestinya barangan seperti gambar di atas . CCL dapat panda yang comel . Yeahh comel sangat- sangat tau . Sebenarnya hari tue CCL ada join Giveaway Ini  . Pemenang pun owner Giveaway tersebut dah umumkan , secara tidak langsung CCL terpilih untuk menjadi pemenang dalam Giveaway tersebut . Seronok yang amat la ,bukan selalu ada rezeki untuk menang.


Giveaway , rezeki blog,menang giveaway , hadiah dari blogger , baju tidur panda

Terima kasih blogger www.bajuwarnacoklat.com pilih blog CCL sebagai pemenang Giveaway tersebut . 




Taraaaa !!! Sehelai baju tidur panda . Cantik ke tak . Comelkan baju tidur ni memang mengikut citarasa kesukaan CCL . Saiz baju pun muat- muat dengan CCL sesuai dan selesa di pakai .Terima kasih hadiahkan baju tidur yang comel ni . CCL  doakan semoga murah rezeki selalu ya . 

Jom kita kenal-kenal dengan blogger www.bajuwarnacoklat.com



GIVEAWAY CASH RM100 BY QIYA SAAD FOR NOVEMBER 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

GIVEAWAY CASH RM100 BY QIYA SAAD FOR NOVEMBER 2017





Hai uolls . Kalau CCL tanya kalau korang nak bagi korang wang tunai bernilai RM100 , ada ke orang yang tak nak ? Semestinya semua orang nak kan . So apa tunggu lagi kali ini CCL nak ajak korang semua meriahkan Giveaway milik blogger Qiya Saad . 

Apa syarat- syarat yang ditetapkan 

1. Follow Blog: Qiya Saad
2. Like FB Page 1: Qiya Saad Dot Com
3. Like FB Page 2: Wedding by Qiya Saad
4. Follow Instagram 1: @qiyasaad
5. Follow Instagram 2: @weddingbyqiyasaad

Hadiah yang menanti bakal pemenang bertuah 


Pemenang Pertama
RM50

Pemenang ke-2
RM30

Pemenang ke-3
RM20

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2017 . 
Jum ramai- ramai meriahkan GA ini hanya dengan klik banner diatas . 


8 CHECKLIST KORANG WAJIB BUAT UNTUK HARI ISNIN DAN HARI MINGGU YANG LEBIH CERIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


8 CHECKLIST KORANG WAJIB BUAT UNTUK HARI ISNIN DAN HARI MINGGU YANG LEBIH CERIA  Mesti antara kita semua  merasakan suatu perasaan  yang malas apabila  kena bangun awal pagi  pada pagi Isnin . Sebab korang  sudah bayangkan  5 hari  yang bakal datang  engan penuh cabaran yang perlu korang tempuh .tapi ia sebenarnya  bukan alasan untuk kita bersikap malas  dan bersikap lemah .  kerana bagi CCL sendiri setiap hari Isnin  itu akan sentiasa menanti korang selagi  masih hidup . 


checklist hari isnin , persedian hari isnin , monday blues , tips atasi monday blues , tips kehidupan


Sini 8 tips CCL nak kongsi dengan korang semua  untuk mengatasi  'Monday Blues'

1. Set Semangat Baru
Katalah korang  last week korang hadap macam-macam benda yang korang best. Stress rasa nak cabut kepala rendam dalam ais. Hahhh, hari Ahad korang kena psycho otak sendiri untuk anggap Isnin adalah hari paling tepat untuk mulakan semangat baru!


2. Siapkan TO-DO-LIST
Wajibbb pastikan korang TULIS apa task yang nak kena buat dan apa yang nak kena achive dalam sebelum Isnin tiba. Takde lah nanti dah sepanjang minggu kelam kabut macam sotong dannn Jumaat baru teringat ada benda belum buat!


3. Pastikan Baju Nak Pakai Dah Ready
Lagi bagusss kalau korang dah siap gosok tudung baju seminggu. Baju sekolah anak dan baju korang sama.Macam CCL bekerja nasib baiklan pihak company sediakan uniform khas untuk pekerja , so dah tak ada la pening hari ini naka pakai baju apa , baju warna apa  .   Baju bertimbun dah siap basuh & lipat masuk alamri . Baru lahhh boleh fokus buat kerja hari biasa. Nak cari baju pun mudah. Tak stresss pepagi!


4. Kemas HANDBEG atau BEG
Perempuan biasa lahhh. Macam-macam benda campak dalam beg. Segala mak nenek resit, mekap berterabur. Silap silap sampah  pun penuh. Hahah! Hahhh, kemas beg sesiap malam ni. Letak kat tempat yang senang nak capai. Tak lahhh kelam kambut esok! Kalau yang ada anak, dah sedia susun beg sekolah depan pintu. Esok pagi terus angkat tak ada yang tertinggal. Kalau yang hantar anak ke taska, pastikan beg baju dah siap. Nak lagi senang terus angkat masuk dalam kereta!


5. Pastikan Rumah Dah Kemas
Untuk Isnin yang lebih ceria, pastikannnn rumah dah kemas dan semua nya dah teratur ya!


6. Pastikan Tak Terlalu Penat Hari Ahad
Bagi yang kerja, kalau keluar berjalan hari Ahad pastikan balik lebih awal. Kalau balik terlalu lambat dan tidur pun lewatttt, Isnin anda akan jadi kuranggg EKSAITING! Rehat secukupnya!


7. Asingkan Duit Belanja Anak
Terusss asingkan duit belanja sekolah anak untuk seminggu sesiap. Tak lahhh kalut cari duit kecik!


8. Minyak Kereta + Touch & Go Ada Baki
Malam ni check minyak kereta & baki kad sekali. Kalau tak cukup pegi isi sesiap. Esok tak buang masa beratur panjang!

Hahhh sekarang siapa yang cipta monday blues ? adakah korang sendiri yang cipta atau pun orang lain ? jawapanya boleh baca entri  'siapa yang cipta monday blues '  . macam mana korang dah ready nak hadapi Isnin? SEMANGAT atau LEMAUUU? semoga tips - tips CCL bagi dapat mengatasi masalah hujung minggu korang semua . happy weekand day !! 

SERONOKNYA SHOPPING DI SHOPEE.MY



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 

shopee.my , online shopping , tips online shopping , daftar shopee.my , cara membeli barangan dalam shopee.my , kelebihan shopee.my , keburukan shopee.my , online shopping shopee.my

SERONOKNYA SHOPPING DI SHOPEE.MY  Zaman sekarang yang serba canggih hari ini, membuatkan kebanyakan urusan seharian hanya di hujung jari sahaja. Dari pembayaran bil, membuat tempahan, sehinggalah aktiviti yang popular sekarang ni online shopping . Fenomena suka online shopping trend jualan atas talian (online) bukan fenomena baru di Malaysia  . Dianggarkan  hampir 70% lelaki dan perempuan  membeli barangan  menggunakan telefon pintar , komputer mahupun komputer riba . Acewah fakta mana lah yang mengatakan 70% tue kan , tapi semenangnya betul .Membeli - belah secara online  menjadi semakin popular dalam kalangan generasi sekarang nih . Bahkan pertumbuhan laman sesawang seperti Lazada , Shoppe MY, Zalora ,11 Street , Lelong , Mudah .com dan banyak lagi laman- laman online shopping yang ada . Kalau CCL nak senaraikan semua memang banyak tak terkira nanti . So dengan adanya online shopping ni  tutut mempengaruhi trend membeli - belah yang menjadi kegilaan ramai pengguna . Tapi CCL nasihatkan sila jadi pembeli yang bijak . Ya  jadi pembeli yang bijak yang CCL maksudkan adalah jangan membeli ikutkan nafsu tapi korang kenalah rajin  membandingkan barangan tersebut berdasarkan dari segi kualiti barangan , dan juga dari segi harga .Salah satu online shopping yang ingin  CCL nak memperkenalkan korang ialah online shopping yang di panggil Shopee.MY 


shopee.my , online shopping , tips online shopping , daftar shopee.my , cara membeli barangan dalam shopee.my , kelebihan shopee.my , keburukan shopee.my , online shopping shopee.my


Apa itu online shopping 'Shopee.MY'  ?
SHOPEE.MY  adalah pasaran mudah alih yang direka untuk kedua - dua pembeli dan penjual untuk menikmati tranksaksi yang cepat , lancar dan selamat.Shopee.MY juga merupakan  salah satu online shopping yang setanding Lazada , Zalora dan lain - lain lagi .Dengan fungsi dalam aplikasi ini memang cukup ramai yang sudah download sehingga sudah mencecah  ratus ribu pengguna. So sudah tentu banyak info dan barangan yang sudah dijual beli . Berkenaaan dengan transaksi jangan risau semestinya #shopeemallMY menjanji transaksi yang selamat dan boleh dipercayai . Jaminan Shoppe.MY adalah penghantaran selepas pembayaran dan pembayaran kepada penjual adalah selepas pembeli menerima bsarang . Ini bermakna pembeli yang membeli barang hanya membayar kepada akaun Shopee.MY dan penjual akan mengepos barangan tersebut . Yang penting ianya selamat dan transaksi terjamin . 


shopee.my , online shopping , tips online shopping , daftar shopee.my , cara membeli barangan dalam shopee.my , kelebihan shopee.my , keburukan shopee.my , online shopping shopee.my

Pengalaman online shopping di Shoppe.MY 
CCL merupakan salah sorang penggemar online shopping .CCL memilih  untuk membeli barang secara online sejak 4 tahun yang lalu . Bermula  dengan melihat produk mengikut keperluan, kini online merupakan antara medium digunakan untuk membeli produk tertentu.CCL  memilih online kerana mendapati barang berjenama dan tulen yang dijual menerusi online lebih murah berbanding di kedai . Sebagai contoh dompet Coach kalau di kedai biasa dalam RM50 lebih, tetapi beli di online kita boleh dapat hanya RM25 mengikut jenis dan jenama beg tersebut .Dalam setahun  CCL akan membeli antara tiga dan empat kali barangan secara online bagi produk seperti dompet, jam tangan, kamera dan barang-barang kosmetik, mengikut keperluan.  jika diberi pilihan,CCL akan memilih online shopping  sebagai platform membeli-belah. Setakat ini, CCL berpuas hati dengan online shopping. online adalah lokasi membeli-belah yang memudahkan pengguna dan dia sering membuat tinjauan harga sebelum membuat sebarang pembelian.

Mudah saja bukan? Dunia sekarang semua di hujung jari sehinggakan boleh shopping sambil golek-golek atas katil. Tak perlu nak keluar rumah, redah jem dan cari parking.Bagi CCL membeli-belah secara Online ni, memang mudah sebab kita hanya perlu view katalog onlne yang tersedia, dan buat pilihan. Pantang cantik di mata, terus klik add to cart 


shopee.my , online shopping , tips online shopping , daftar shopee.my , cara membeli barangan dalam shopee.my , kelebihan shopee.my , keburukan shopee.my , online shopping shopee.my


lagi menariknya dengan Shopee.MY ini adalah voucher diskaun yang tak pernah putus - putus m setelah selasai membuat bayaran , pihak shopee.MY akan menghantar voucher diskaun  walaupun tak banyak tapi berbaloi dengan harga dan kuantiti dan membuatkan CCL lagi ketagih nak shopping di sini tanpa henti .Apa tunggu lagi jom terjah https://shopee.com.my

#ShopeeMallMY

LAGU TEMA OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU SLOT AKASIA TV3




Assalamualaikum dan salam sejahtera 

LAGU TEMA OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU SLOT AKASIA TV3 Setiap drama ada lagu temanya tersendiri  . Kalau drama titian cinta ost lagu temanya oleh Asfan Shah  , bagi drama terbaru ini 'lelaki ini pemilik hatiku memilih lagu yang dinyanyikan oleh Wany Hasrita  sebagai OST drama tersebut 


wany hasrita , gambar wany hasrita , biodata wany hasrita , lagu menahan rindu , lirik menahan rindu , lagu ost drama lelaki ini pemilik hatiku , lagu terbaru 2017 ,


lirik lagu Menahan Rindu nyanyian Wany Hasrita 

Sejenak ku termenung
Awan pun mulai murung
Tiada siulan-siulan burung burung
Menemani hari ku
Menemani sepi ku
Tersiksa angkara menanggung rindu
Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma
Memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini
Biarlahku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku
Menahan rindu

Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma
Memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini
Biarlahku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku
Menahan rindu
Menahan rindu

SEGMEN THANKS YOU 200,000 VISITORS SII NURUL


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



SEGMEN THANKS YOU 200,000 VISITORS SII NURUL  Memandangkan pageviews blogger Sii Nurul dah mencecah 200,000 visitors  maka blogger Sii Nurul adakan satu segmen yang hanya berlangsung 3 hari sahaja bermula 31 Oktober 2017 sehingga 2 November 2017 .  Hadiah yang menanti dua orang pemenang dalam segmen ini berupa wang tunai sebanyak RM20 . Hah ..wang tunai beb !! Jom lah join , untung kalau rezeki uolls dapat RM20 . Syarat pun amat simple just follow blog sii Nurul , like fbpage dan klik dua iklan . Mudah kan . So tunggu apa lagi , segmen 3 hari sahaja . Jom lah join . Klik banner diatas 

SINOPSIS DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU ADAPTASI DARI NOVEL MR.HOT GUY


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 



lelaki itu pemilih hatiku , sinopsis drama lelaki itu pemilik hatiku , pelakon drama akasia lelaki ini pemilik hatiku , full episod drama lelaki ini pemilik hatiku


SINOPSIS DRAMA LELAKI ITU PEMILIK HATIKU ADAPTASI DARI NOVEL MR.HOT GUY  Isnin bersamaan 30 Oktober merupakan episod terakhir untuk Titian Cinta slot Drama Akasia . so next day drama baru bakal menggantikan Titian Cinta tersebut . Ok lepas nih dah tak dapat tengok Umayr Haris & Aisy berlakon kan . Drama baru yang bakal mengantikan Titian Cinta tersebut juga salah satu drama yang diadaptasikan dari novel yang berjudul ' Mr Hot Guy ' karya Danisya Rahmat . tapi drama tersebut ditukarkan tajuk kepada 'Lelaki Itu Pemilik Hatiku. Ermm , sedap sikit tajuk ni . ok drama Lelaki itu pemilik hatiku ini yang diterbitkan oleh  A.Aidaproduction dan sutradara  Zul Huzaimy akan bersiaran pada hari Selasa bersamaan 31 0ktober 2017 selama 32 episod . So kalau jalan ceritani best jangan lupa follow sampai habis . 



lelaki itu pemilih hatiku , sinopsis drama lelaki itu pemilik hatiku , pelakon drama akasia lelaki ini pemilik hatiku , full episod drama lelaki ini pemilik hatiku

Antara pelakon - pelakon yang menjayakan drama 'lelaki ini pemilik hatiku ' Raja Afiq yang memegang watak sebagai Luqman Hakimi , Puteri Aishah  sebagai Nurin Kamila . Syazuwan Hassan membawa watak Aiman  , Julia Farhana Marin sebagai Adrea dan  Natasha Mahyan sebagai Yani . Ini merupakan barisan peneraju utama dalam drama ini , nak tahu lebih lanjut sape lagi yang berlakon jangan lepaskan setiap episod satu sehingga episod 32 drama ni . 



lelaki itu pemilih hatiku , sinopsis drama lelaki itu pemilik hatiku , pelakon drama akasia lelaki ini pemilik hatiku , full episod drama lelaki ini pemilik hatiku


sinopsis drama lelaki ini pemilik hatiku 
Kisah Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila.
Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya. 

Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea. Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.

Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.

Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula. Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya? sama - sama kita menonton drama Lelaki Ini Pemilik Hatiku 

Lagu OST drama lelaki ini pemilik hatiku

DALAM REZEKI KITA TERDAPAT REZEKI ORANG LAIN


Assalamualaikum & salam sejahtera 




rezeki, tips murah rezeki, rezeki ada di tangan Allah, rezeki ada dimana-mana, rezeki berbisnes, tips jadi bisnes berjaya,


DALAM REZEKI KITA TERDAPAT REZEKI ORANG LAIN  CCL nak tanya korang semua pernah dengar ayat ni 'dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain ' ? CCL pasti rata - rata mesti pernah dengar .Adat berniaga ni ada untung ruginya tambah - tambah zaman sekarang ni ekonomi serba sedikit gawat , kadang naik turun dalam masa yang sama kita sebagai pembeli dan pengguna CCL nasihatkan kita kena bijak .Ya bijak dari segi memilih barangan / produk , bijak menilai barangan dan sesuatu produk tersebut dan akhir sekali bijak  buat keputusan barang yang korang beli 

Dalam masa yang sama juga , pelbagai soalan yang akan menghantui dalam fikiran para pembeli 
'eh betul ke produk ni boleh bantu masalah yang korang tengah alami sekarang ni '

'urrm kalau tak berkesan macam mana ya ? tak ker rugi berli dengan harga yang mahal tapi tak membuahkan hasil  ' 
pernah kan korang terfikir begitu , ini dipanggil perasaan ragu - ragu 


"Tak nak beli takpe..saya tak paksa.." tapi  jangan la buat ayat macam kat bawah  ni.jangan jadi syaitan yang suka menghasut.

" Ko tak payahla beli dgn dia , aku tahu kat mana dia amik stock , baru berapa ringgit je benda tu , jual kemain mahal !"



rezeki, tips murah rezeki, rezeki ada di tangan Allah, rezeki ada dimana-mana, rezeki berbisnes, tips jadi bisnes berjaya,


Jangan menafikan rezeki orang lain . Jangan sesekali ya . Kalau tak nak membeli , jangan berikan kata-kata  negatif pada orang lain yang berniat ingin adakan urusan urus niaga . Kalau dah membeli sekalipun , jangan merasa menyesal serta merasa rugi kecuali barang tersebut sah-sah peniaga ambik kesempatan, sampai tak munasabah. Kita tak tahu macam mana dia bertungkus-lumus dapatkan stock dan ulang-alik mungkin . Susahkan suami or family dia. Macam mana modal dia keluarkan.

Kita tak tahu dengan untung jualan tu apa yang dia sara . Bersangka baik, sesungguhnya dalam rezeki kita terdapat rezeki org lain. Dan yang pastinya bagi peniaga, setiap jualan mesti ada margin keuntungan yg dia siap markup .
Takkan meniaga jual harga modal tu bukan meniaga tu buat amal jariah 

Sekadar Renungan  bersama. Selamat beramal dan berniaga sama-sama  usaha mencari rezeki...

CPUV NUFFNANG OKTOBER : PRODUK CETAPHIL BABY & CETAPHIL CLASSIC


Assalamualaikum dan Salam sejahtera 


cetaphil , produk cetaphil , cetaphil baby , review produk ,review produk cetaphil , harga cetaphil di malaysia , cetaphil  produk kecantikkan kulit


CPUV NUFFNANG OKTOBER : PRODUK CETAPHIL BABY & CETAPHIL CLASSIC  Penghujung bulan Oktober Nuffnang masih rancak untuk bagi iklan -iklan untuk blog CCL . Alhamdulillah serba - sedikit dapat jugak kumpul earnings . Sedikit - sedikit lama - lama jadi bukit . Iklan kali ini yang bersiaran di sidebar CCL ialah dari pihak Cetaphil . Cetaphil ini merupakan salah satu produk penjagaan kulit 


cetaphil , produk cetaphil , cetaphil baby , review produk ,review produk cetaphil , harga cetaphil di malaysia , cetaphil  produk kecantikkan kulit


produk Cetaphil Baby 
nampaknya Cetaphil telah mengeluarkan produk terbarunya khas untuk mandian dan juga keperluan bayi  comel . Cetaphil juga salah satu produk penyelamat kulit sensitif bayi.Kulit bayi lebih sensitif daripada kulit orang dewasa. Jadi, sebab itulah kulit bayi perlu dibersih dan dirawat. Memilih produk penjagaan kulit bayi yang selamat sangat penting.Maklumlah produk Cetaphil Baby ini sangat lembut, dan rangkaian produknya yang terbaru ini menghasilkan formula baru di mana bebas dari parabens, mineral oil dan juga pewarna untuk memberikan bayi anda penjagaan kulit yang optimum untuk setiap hari.Semua produk bayi Cetaphil mengandungi calendula organik yang menenangkan, berasal dari bunga marigold. Ekstrak ini telah digunakan selama berabad-abad untuk menenangkan kulit yang sensitif dan jengkel. Menjaga kulit bayi anda lembut, licin, dan melembapkan tidak pernah terasa begitu baik.



cetaphil , produk cetaphil , cetaphil baby , review produk ,review produk cetaphil , harga cetaphil di malaysia , cetaphil  produk kecantikkan kulit


terdapat 9 jenis produk cetaphil yang dirumus khas untuk bayi

  • baby eczema calming wash
  • baby eczema calming lotion
  • baby shooting bar
  • baby ultra shooting lotion with shea butter
  • baby daily lotion
  • baby wash & shampoo
  • baby gentle wash
  • baby diaper cream
  • baby moisturizing oil
untuk maklumat lanjut boleh ke website cetaphil baby

REVIEW BUKU DIARI SEORANG MUJAHIDAH KEMBARA SYRIA OLEH HELIZA HELMI


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Diari seorang mujahidah kembara syria , tips mujahidah , review buku #blogger review ,menjadi seorang mujahidah ,heliza helmi


REVIEW BUKU DIARI SEORANG MUJAHIDAH KEMBARA SYRIA OLEH HELIZA HELMI Buku ni dah lama sampai ke tangan CCL pada pertengahan bulan september ,.Buku ni CCL menang hasil join ini giveaway yang dianjurkan oleh blogger Aerill Hassan . boleh terjah entri ini http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/08/giveaway-ogos-2017-by-wwwaerillhassancom.html . Alhamdulillah syukur terpilih menjadi salah sorang pemenang dalam GA tersebut . hadiah yang CCL terima adalah sebuah buku motivasi dan pembakar semangat yang bertajuk ' Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria' . Buku ni selamat sampai ke tangan CCL pada akhir bulan september , sekarang dah bulan Oktober , mak oii !! lama benar ambil masa untuk review buku ni . Selesai baca , baca dengan penuh penghayatan baru boleh review kan .. 


Buku Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria adalah salah sebuah buku yang ditulis sendiri oleh pelakon dan penyanyi Heliza Helmi dan Roziyah Mahamad . Tidak digambarkan apabila berita yang Heliza Helmi diterima sebagai seorang sukarelawan ke Syria bersama Cik Puan Heliza Helmi dan team Aman Palestin . tidak boleh dihuraikan dengan kata - kata , hanya air mata yang memberi jawapan kepada setiap perjalanan mereka . 




Diari seorang mujahidah kembara syria , tips mujahidah , review buku #blogger review ,menjadi seorang mujahidah ,heliza helmi

Alhamdulillah Apa yang menariknya tentang buku ini ialah Heliza Helmi bersama teamnya menceritakan pengalaman beliau ketika menjejaki ke tanah Syria dan Palestin . Heliza Helmi berkongsi perassan sepanjang musafirni Allah memberi pelbagai hikmahnya walaupun mereka diuji , tidak tercalar keimanan , malah makin bertambah lagi ketaqwaan kepada Dia. Travelog ini juga ditulis dengan penuh hikmah bagi memindahkan perasaan Heliza Helmi dan Team Aman Palestin kepada pembaca 

Sinopsis buku Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria 

Manusia ini ada dua jenis. Satu seperti telur dan satu lagi seperti bola tenis. Bayangkan telur dibaling pada batu. Apa yang akan jadi? Ya, telur akan pecah dan isinya akan melekat pada batu. Sekarang, bayangkan pula bola tenis dibaling pada batu. Apa akan jadi? Bola tenis itu akan melantun, betul? Apabila dibaling lagi kuat, bola itu akan melantun lebih tinggi.

Begitulah seperti hidup kita. Batu diumpamakan seperti ujian. Sekiranya jadi seperti telur, apabila diberikan ujian kita akan bersedih, kecewa, ataupun putus asa bersama dengan ujian itu. Namun, sekiranya kita memilih bagi menjadi bola tenis, apabila mendapat satu ujian, kita akan bangkit lagi tinggi. Dan ujian itu adalah bagi menaikkan darjat kita, menjadikan diri kita lebih baik, dan mengampunkan dosa kita sekiranya kita sabar, redha, dan bersangka baik pada Allah s.w.t.

Hayati setiap bait cerita Diari  Seorang Mujahidah Kembara Syria  Rasai seolah-olah kita berada di bumi Syam dan turut sama berjuang menjadi mujahid dan mujahidah !

RESEPI KETAM SEGAR MASAK TIGA RASA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 



ketam masak tiga rasa , ketam segar , resepi ketam masak tiga rasa , blog resepi , tips memilih ketam segar , resepi masakan kampung , ketam segar dan manis

RESEPI KETAM SEGAR MASAK TIGA RASA  Hai pembaca blog CCL , korang penggemar ketam ? Selalunya korang akan masak apa ketam ni? Kalau dah tak tahu nak masak menu apa  . Apa kata hari ini cuba masak ketam kesukaan korang ini dengan menu tiga rasa . Soal rasa emang meletop dan nak masak pun senang , Yang penting perlukan ketam segar unutk rasa yang lebih sedap dan manis . CCL pasti seisi keluarga akan suka menu tersebut . Menu n juga sesuai untuk hidangan tengah hari dan makan malam  



BAHAN - BAHAN 
2 ekor ketam  dibersihkan
1 biji tomato didadu kecil
1 biji bawang besar didadu kecil
1 pokok daun ketumbar dihiris halu
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng



BAHAN- BAHAN UNTUK  DIKISAR KASAR
3 tangki cili merah
5 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2cm halia



CARA MEMASAK
1.Ketam yang telah dibersihkan gaul bersama garam dan serbuk lada sulah secukupnya.

2.Panaskan minyak, goreng ketam hingga cengkerang bertukar warna kemerahan. Ketepikan.

3.Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan secukupnya untuk menumis.

4.Tumiskan bahan kisar kasar hingga naik bau dan masukkan bahan dadu, sos cili, jus limau nipis, gaul rata.

5.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kemudian masukkan ketam. Gaul rata dan taburkan hirisan daun ketumbar di atasnya.
6.Sedia dihidangkan.



SELAMAT MENCUBA . 

PETUA HILANGKAN PEPIJAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



 petua hilangkan pepijat , tips hapuskan pepijat , gambar pepijat , apa itu pepijat , tanda -tanda ada pepijat , pepijat bahaya , pepijat pada tilam

PETUA HILANGKAN PEPIJAT  Pernah nampak pepijat ? ala yang kecil-kecil tu biasanya susah nak tengok sebab kulitnya telus (transparent). Tapi lepas pepijat tu dah selesai hisap darah boleh tengok badannya bertukar merah. Seekor pijat yang dah kenyang hisap darah, boleh hidup sehingga 6 bulan tanpa menjamah sebarang makanan lepas tu. Pijat nie suka menyelit di celah-celah sofa, katil, celah dinding, lantai .Tempat yang paling digemarinya ialah tilam dan bantal.



petua hilangkan pepijat , tips hapuskan pepijat , gambar pepijat , apa itu pepijat , tanda -tanda ada pepijat , pepijat bahaya , pepijat pada tilam


Bila dah terkena serangan pepijat ni , kenalah rajin menjemur tilam dan pakaian. Sebaiknya baju dan seluar direndam dalam air suam atau air panas terlebih dahulu sebelum dibasuh. Tilam dan bantal WAJIB dijemur bawah panas matahari 2-3 kali seminggu. Kalau jemur tiap-tiap hari terbaik! Tepuk-tepuk atau tumbuk dan ‘kungfu’ tilam dan bantal bucuk yang dijemur tu untuk ‘menggugurkan’ askar-askar pepijat yang bergayutan.

Ada bilik yang lantainya dari kayu atau dinding yang dihias dengan kayu. Jika dirasakan dah dihuni pijat, sembur seluruh bilik dan celah-celah kayu dengan ridsect atau shiledtox dsb.nya. Sembur dengan perasaan ‘geram’ dan tutup pintu bilik rapat-rapat. Lepas sembur lebih kurang setengah jam, akan kelihatan pijat-pijat semua keluar. Buang pijat-pijat tu pastu dinding semua curah dengan air panas yang baru mendidih untuk matikan telur-telur dia.


Kalau rajin lagi, tutup sebarang rekahan atau lubang-lubang pada dinding dan lantai dengan ‘melting glue’. Gam yang orang guna untuk buat kraftangan atau barang hantaran kahwin tu. 


korang juga boleh gunakan kulit durian .Cari kulit durian dan letakkan di bawah katil atau kat tempat yang dirasakan ada pijat. Biarkan di situ beberapa hari. InsyaAllah dalam 4-5 hari akan dapati banyak pijat yang mati. Ada juga pepijat yang ‘lari dari rumah’ sebab tak tahan dengan bau durian tu. Bagi tuan rumah yang tak tahan dan akan pening dengan bau durian pun akan lari juga…heheh

Jika korang sendiri tak tahan dengan bau durian, boleh gantikan dengan kulit limau nipis. Letakkan di tempat-tempat yang dirasakan strategik.

Selain dari guna durian. Petua yang ramai orang kata berkesan ialah dengan menggunakan daun durian belanda,tapi sekarang dah susah nak cari daun durian belanda , bukan setakat daun , rupa pokok pun dah jarang nampak . 


Daun serai pun boleh menghilangkan serangat pepijat Ambil daun serai dengan batang-batangnya sekali. Tumbuk-tumbuk agar hancur sedikit supaya ‘aromanya’ lebih menusuk. Letak kat bawah tilam dan katil. Beli kapur barus. Hancurkan dan tabur di bawah katil dsb.nya. Letak juga kat celah-celah rekahan atau lubang-lubang di lantai.


Kalau tak suka sembur-sembur racun serangga atau tak yakin dengan petua-petua dalam tu buat gotong-royong satu keluarga. Keluarkan semua barang dalam rumah. Cuci lantai, dinding, siling, kipas siling dan cuci semua barang yang boleh dicuci termasuklah perabot kayu dan tak kayu. Mop lantai rumah dalam tempoh berkala, 2-3 hari sekali. Lap perabot dalam tempoh berkala jugak atau sekurang-kurangnya seminggu sekali.


semoga tips - tips yang CCL share dapat membantu korang .



BLOGLIST NOVEMBER 2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

BLOGLIST NOVEMBER 2017


Luangkan masa join segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger , segmen kali ni ditaja khas dari blogger Zafirah Nazri . Misi mencari bloglist untuk bulan november . Jom la sama-sama join Ada rezeki terselit blog kesayangan korang dalam bloglist Zafirah Nazri pada bulan november , CCL dah join anda bila lagi ? nak tahu info dan syarat - syarat . jom terjah http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/10/bloglist-november-2017.html

tarikh tamat segmen pada 1 November 2017 

SUPRISE GIFT UNTUK ORANG TERSAYANG MELALUI PERKHIDMATAN PRINTIOCUS


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


apa itu printcious, barangan dari printciousgift, diy barang printciousgift, DIY printcious, menariknya printcious, khidmat cetakkan dari printcious,



SUPRISE GIFT UNTUK ORANG TERSAYANG MELALUI PERKHIDMATAN PRINTCIOUS Untuk memberikan kejutan kepada pasangan mahupun suami isteri  korang tak perlu  tunggu hari - hari tertentu ,boleh saja diberikan pada bila - bila masa .Disebabkan  Hari Ulang tahun  tak kisahlah Ulang Tahun Hari Lahir mahupun Ulang Tahun Hari Pernikahan ia merupakan hari yang sangat teristimewa  dalam hidup setiap orang.Saat ini setiap pasangan sah - sah buntu nak suprisekan hadiah untuk sambut hari teristimewa tersebut . Selalu tertanya - tanya hadiah apa yang nak diberikan oleh orang lelaki mahupun orang perempuan pada hari dan tarikh istimewa buat pasangan  . Selalu terfikir nak bagi hadiah yang lebih suprise buat pasangan . tapi bila idea tidak mencurah - curah balik - balik hanya terfikirkan hadiah berupa jam tangan , minyak wangi , kasut , tali leher  .Tahun depan ulang benda yang sama - sama. Ulang sampai mereput . Tak kisah lah  sama ada birthday mahupun anniversary  cuba bagi suprise yang lain sikit untuk tahun ni .Bagaimana perasaan korang kalau orang yang tersayang lalkukan suprise sampai buatkan korang terharu ? mesti seronokkan ? 

so , pada pasangan yang masih ternanti - nanti idea yang belum datang lagi ,sini CCL nak ajak korang semua terokai satu laman website yang bakal merungkai masalah yang boleh kusutkan kepala korang . 


apa itu printcious, barangan dari printciousgift, diy barang printciousgift, DIY printcious, menariknya printcious, khidmat cetakkan dari printcious,

apa itu Printcious?
Printcious adalah salah satu syarikat percetakkan online yang bermutu tinggi kualitinya.So korang yang kekangan masa untuk keluar mencari hadiah teristimewa korang wajib terjah laman web https://www.printcious.com/my/gifts/occasions/wedding  Antara produk yang ditawarkan oleh pihak Printcious ialah seperti barangan peribadi dan barangan company . 


apa itu printcious, barangan dari printciousgift, diy barang printciousgift, DIY printcious, menariknya printcious, khidmat cetakkan dari printcious,


barangan yang ditawarkan oleh Printcious 
  • magnet
  • tshirt
  • luggage tag
  • mugs
  • magnets
  • cushion pillow
  • door hangers
  • mousepads
  • photo rocks
  • baby rompers
  • bags
  • keychain
  • button badges
  • approns
  • caps
  • ceramic tiles
  • puzzle pictures
  • mint tees 
  • phone cases
  • costers
  • canvas
  • bag
  • lanyards

untuk info tambahan mengenai barangan yang ditawarkan dalam Printcious beserta design - design yang menarik , korang boleh terjah https://www.printcious.com/my/gifts/occasions/wedding . Bukan hanya design yang tertera dalam printcious sahaja , apa yang menarik lagi tentang Printcious ini juga merupakan salah satu medium di mana korang boleh mencipta hadiah tersebut . Sebagai contoh kita diberi peluang untuk DIY hadiah tersebut mengikut barangan yang kita pilih kemudian printcious  akan menjalankan proses mencetak lakaran yang korang lakarkan  ke atas barangan yang korang pilih .

sakit kepala untuk mencari hadiah sesuai untuk pasangan yang ideal  , dengan perkhidmatan https://www.printcious.com CCL harap post ini menyelesaikan beberapa masalah korang




“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”

MENANG CONTEST DARI BLOGGER POKUCU.COM & SISAWA.COM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 



rezeki blog , menang contest , full makeover blog , tutorial menang contest , tips menang contest , giveaway , blog cantik  , blog simple , template baru


MENANG CONTEST DARI BLOGGER POKUCU.COM & SISAWA.COM  Sebenarnya ini cerita dua tiga hari yang lepas , hari ni baru sempat CCL luangkan masa untuk tulis entri . Sesekali busy dengan kerja sampaikan blog tak terupdate . Entri kali ni CCL nak kongsi perasaan gembira dengan korang semua . Perasaan gembira sebab apa ? haa .. kalau baca tajuk di atas semestinya korang dah tahu sebab apa CCL gembira sangat- sangat .Alhamdulillah rezeki blog untuk bulan oktober hasil sentiasa support contest yang blogger - blogger adakan , hasil kerajinan untuk join pelbagai segmen , giveaway dan contest  , say syukur alhamdulillah apabila blog CCL dipilih dalam salah satu contest ini



rezeki blog , menang contest , full makeover blog , tutorial menang contest , tips menang contest , giveaway , blog cantik  , blog simple , template baru

Rasanya ini hadiah yang paling besar . besar ke ? yeah bagi CCL besar untuk blog kesayangan CCL ini .Dua hari lepas Sis Awa owner contest bersama sponser contest tersebut Pokucu dah pun umumkan pemenang bagi contest 'SUPPORT ME ! POKUCU CONTEST' . Alhamdulillah rezeki blog CCL untuk menang . Yang menariknya  pemenang dipilih atas dasar penilaian sponser contest ini iaitu Pokucu 



rezeki blog , menang contest , full makeover blog , tutorial menang contest , tips menang contest , giveaway , blog cantik  , blog simple , template baru



hadiah apa yang buat CCL gembira sangat tue ? hahh CCL menang full blog makeover ,Alhamdulillah walaupun menang tempat kedua hadiahnya pun berbaloi jugak .Apa yang lebih CCL suka adalah yang bakal makeover blog CCL adalah Sis Awa . Designer blog  , rasanya dah ramai blogger yang kenal dengan Sis Awa dan dah ramai jugak sudah menggunakan perkhidmatan makeover blog dari beliau . Design - design yang Sis Awa keluarkan semestinya sangat - sangat simple , walaupun simple CCL jatuh hati tengok design - design sebab cantik . CCL terfikir juga untuk menggunakan perkhidmatan makeover blog hasil seni dari beliau . fikir - fikirnya ujung tahun ni baru nak merisik hasil kreativiti Sis Awa . So buka tahun baru 2018 blog pun berwajah baru .
Memandangkan CCL  memenangi full makeover blog so rasa-rasanya tak sabar nak kasi Si Awa makeup - makeup apa yang perlu diperbaiki dalm blog CCL  , biar lagi kemas simple dan menarik . 

So sekali lagi big thanks to Pokucu kerana memilih blog CCL sebagai pemenang tempat kedua bukan sahaja penganjur contest , big thanks jugak kepada korang semua yang selalu terjah blog CCL yang suam - suam kuku .Tahniah juga kepada dua lagi rakan blogger yang turut memenangi contest yang sama . keep it blogging .