Assalamualaikum dan salam sejahtera .
SERONOKNYA SHOPPING DI SHOPEE.MY Zaman sekarang yang serba canggih hari ini, membuatkan kebanyakan urusan seharian hanya di hujung jari sahaja. Dari pembayaran bil, membuat tempahan, sehinggalah aktiviti yang popular sekarang ni online shopping . Fenomena suka online shopping trend jualan atas talian (online) bukan fenomena baru di Malaysia . Dianggarkan hampir 70% lelaki dan perempuan membeli barangan menggunakan telefon pintar , komputer mahupun komputer riba . Acewah fakta mana lah yang mengatakan 70% tue kan , tapi semenangnya betul .Membeli - belah secara online menjadi semakin popular dalam kalangan generasi sekarang nih . Bahkan pertumbuhan laman sesawang seperti Lazada , Shoppe MY, Zalora ,11 Street , Lelong , Mudah .com dan banyak lagi laman- laman online shopping yang ada . Kalau CCL nak senaraikan semua memang banyak tak terkira nanti . So dengan adanya online shopping ni tutut mempengaruhi trend membeli - belah yang menjadi kegilaan ramai pengguna . Tapi CCL nasihatkan sila jadi pembeli yang bijak . Ya jadi pembeli yang bijak yang CCL maksudkan adalah jangan membeli ikutkan nafsu tapi korang kenalah rajin membandingkan barangan tersebut berdasarkan dari segi kualiti barangan , dan juga dari segi harga .Salah satu online shopping yang ingin CCL nak memperkenalkan korang ialah online shopping yang di panggil Shopee.MY
Apa itu online shopping 'Shopee.MY' ?
SHOPEE.MY adalah pasaran mudah alih yang direka untuk kedua - dua pembeli dan penjual untuk menikmati tranksaksi yang cepat , lancar dan selamat.Shopee.MY juga merupakan salah satu online shopping yang setanding Lazada , Zalora dan lain - lain lagi .Dengan fungsi dalam aplikasi ini memang cukup ramai yang sudah download sehingga sudah mencecah ratus ribu pengguna. So sudah tentu banyak info dan barangan yang sudah dijual beli . Berkenaaan dengan transaksi jangan risau semestinya #shopeemallMY menjanji transaksi yang selamat dan boleh dipercayai . Jaminan Shoppe.MY adalah penghantaran selepas pembayaran dan pembayaran kepada penjual adalah selepas pembeli menerima bsarang . Ini bermakna pembeli yang membeli barang hanya membayar kepada akaun Shopee.MY dan penjual akan mengepos barangan tersebut . Yang penting ianya selamat dan transaksi terjamin .
Pengalaman online shopping di Shoppe.MY
CCL merupakan salah sorang penggemar online shopping .CCL memilih untuk membeli barang secara online sejak 4 tahun yang lalu . Bermula dengan melihat produk mengikut keperluan, kini online merupakan antara medium digunakan untuk membeli produk tertentu.CCL memilih online kerana mendapati barang berjenama dan tulen yang dijual menerusi online lebih murah berbanding di kedai . Sebagai contoh dompet Coach kalau di kedai biasa dalam RM50 lebih, tetapi beli di online kita boleh dapat hanya RM25 mengikut jenis dan jenama beg tersebut .Dalam setahun CCL akan membeli antara tiga dan empat kali barangan secara online bagi produk seperti dompet, jam tangan, kamera dan barang-barang kosmetik, mengikut keperluan. jika diberi pilihan,CCL akan memilih online shopping sebagai platform membeli-belah. Setakat ini, CCL berpuas hati dengan online shopping. online adalah lokasi membeli-belah yang memudahkan pengguna dan dia sering membuat tinjauan harga sebelum membuat sebarang pembelian.
Mudah saja bukan? Dunia sekarang semua di hujung jari sehinggakan boleh shopping sambil golek-golek atas katil. Tak perlu nak keluar rumah, redah jem dan cari parking.Bagi CCL membeli-belah secara Online ni, memang mudah sebab kita hanya perlu view katalog onlne yang tersedia, dan buat pilihan. Pantang cantik di mata, terus klik add to cart
lagi menariknya dengan Shopee.MY ini adalah voucher diskaun yang tak pernah putus - putus m setelah selasai membuat bayaran , pihak shopee.MY akan menghantar voucher diskaun walaupun tak banyak tapi berbaloi dengan harga dan kuantiti dan membuatkan CCL lagi ketagih nak shopping di sini tanpa henti .Apa tunggu lagi jom terjah https://shopee.com.my
#ShopeeMallMY




