Assalamualaikum dan salam sejahtera
8 CHECKLIST KORANG WAJIB BUAT UNTUK HARI ISNIN DAN HARI MINGGU YANG LEBIH CERIA Mesti antara kita semua merasakan suatu perasaan yang malas apabila kena bangun awal pagi pada pagi Isnin . Sebab korang sudah bayangkan 5 hari yang bakal datang engan penuh cabaran yang perlu korang tempuh .tapi ia sebenarnya bukan alasan untuk kita bersikap malas dan bersikap lemah . kerana bagi CCL sendiri setiap hari Isnin itu akan sentiasa menanti korang selagi masih hidup .
Sini 8 tips CCL nak kongsi dengan korang semua untuk mengatasi 'Monday Blues'
1. Set Semangat Baru
Katalah korang last week korang hadap macam-macam benda yang korang best. Stress rasa nak cabut kepala rendam dalam ais. Hahhh, hari Ahad korang kena psycho otak sendiri untuk anggap Isnin adalah hari paling tepat untuk mulakan semangat baru!
2. Siapkan TO-DO-LIST
Wajibbb pastikan korang TULIS apa task yang nak kena buat dan apa yang nak kena achive dalam sebelum Isnin tiba. Takde lah nanti dah sepanjang minggu kelam kabut macam sotong dannn Jumaat baru teringat ada benda belum buat!
3. Pastikan Baju Nak Pakai Dah Ready
Lagi bagusss kalau korang dah siap gosok tudung baju seminggu. Baju sekolah anak dan baju korang sama.Macam CCL bekerja nasib baiklan pihak company sediakan uniform khas untuk pekerja , so dah tak ada la pening hari ini naka pakai baju apa , baju warna apa . Baju bertimbun dah siap basuh & lipat masuk alamri . Baru lahhh boleh fokus buat kerja hari biasa. Nak cari baju pun mudah. Tak stresss pepagi!
4. Kemas HANDBEG atau BEG
Perempuan biasa lahhh. Macam-macam benda campak dalam beg. Segala mak nenek resit, mekap berterabur. Silap silap sampah pun penuh. Hahah! Hahhh, kemas beg sesiap malam ni. Letak kat tempat yang senang nak capai. Tak lahhh kelam kambut esok! Kalau yang ada anak, dah sedia susun beg sekolah depan pintu. Esok pagi terus angkat tak ada yang tertinggal. Kalau yang hantar anak ke taska, pastikan beg baju dah siap. Nak lagi senang terus angkat masuk dalam kereta!
5. Pastikan Rumah Dah Kemas
Untuk Isnin yang lebih ceria, pastikannnn rumah dah kemas dan semua nya dah teratur ya!
6. Pastikan Tak Terlalu Penat Hari Ahad
Bagi yang kerja, kalau keluar berjalan hari Ahad pastikan balik lebih awal. Kalau balik terlalu lambat dan tidur pun lewatttt, Isnin anda akan jadi kuranggg EKSAITING! Rehat secukupnya!
7. Asingkan Duit Belanja Anak
Terusss asingkan duit belanja sekolah anak untuk seminggu sesiap. Tak lahhh kalut cari duit kecik!
8. Minyak Kereta + Touch & Go Ada Baki
Malam ni check minyak kereta & baki kad sekali. Kalau tak cukup pegi isi sesiap. Esok tak buang masa beratur panjang!
Hahhh sekarang siapa yang cipta monday blues ? adakah korang sendiri yang cipta atau pun orang lain ? jawapanya boleh baca entri 'siapa yang cipta monday blues ' . macam mana korang dah ready nak hadapi Isnin? SEMANGAT atau LEMAUUU? semoga tips - tips CCL bagi dapat mengatasi masalah hujung minggu korang semua . happy weekand day !!

