Assalamualaikum dan salam sejahtera
Jadi untuk elak daripada sakit hati kerana kesalahan orang, apa kata awak fikirkan kebaikan yang mereka pernah lakukan. Dan jangan lupa, kita juga pernah melakukan kesalahan. Jangan nak berlagak suci. Hihi.
Point CCL ialah, maafkan mereka. Tidak rugipun kalau awak maafkan, dan yang paling best, awak akan bina hubungan yang baik dengan orang lain. Awak maafkan orang, orang akan maafkan awak.
Jadi CCL nak minta maaf kepada semua yang kenal CCL. CCL tahu kadang-kadang bukan baik sangat. CCL pun ada buat silap.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
JADIKAN ALLAH FIRST LOVER ALLAH Entri kali ini CCL berkisarkan tentang 'first lover ' atau pun orang yang pertama yang uolls sayang - menyayang ..ataupun lebih lagi dikenali macam someone special la.. Bila ada yang bertanya siapa someone special di hati CCL ? Meskipun saat ini hati CCL belum lagi dimiliki oleh kaum Adam ..tapi bagi CCL tetap meletakkan Allah sebagai cinta hati pertama di dalam hati di dalam hidup CCL . Bila CCL meletakkan Allah SWT pada carta yang paling tertinggi dalam hati CCL, maka CCL akan melihat masalah-masalah yang mendatang hanyalah sebagai satu perkara yang kecil sahaja.Kerana CCL sedar, CCL masih ada DIA Yang Maha Besar untuk membantu.
Walau tersungkur jatuh atau lemah berkali-kali bila dilanda ribut Ujian, CCL akan bangkit kembali meneruskan perjalanan.Sebab apa ? Sebab 'First Love' CCL tadi lah yang bagai menyuntik kembali kekuatan dan semangat kita yang mulai meruntum goyah.Cuba bayangkan, apa yang terjadi seandainya kita semua anggap Makwe atau Pakwe kita sebagai Cinta yang paling utama ?Lalu Cinta Allah diketepikan ?Huh !..Tak perlu bayangkan.Sebab sekarang pun mungkin ada yang tengah lalui perkara itu kan ?Kita,Yang sering melebihkan Cinta Nafsu semata.Sedang Cinta Yang Esa hanya dibiar merata.
" Ya Rabb, ampunkan kami. "
1. Rahsia Allah dari segi jodoh
Takda siapa yang tahu siapa jodoh kita dan takda siapa boleh tentukan siapa jodoh kita.. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana nak berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat oleh Allah..Jodoh itu rahsia Allah..Kat mana? Allah dah tentukan.Bila? Allah dah tetapkan..Sweetkan Allah.Allah nak bagi surprise dekat kita semua.. sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga.Ada orang bercinta bertahun tapi kahwin dengan orang lain..Ada orang tak bercinta pun tetiba kahwin..Jodoh tu rahsia Allah , ajal pun sama.. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh...doakan CCL Jadi yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.
2. Rahsia Allah dari segi rezeki
Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham. Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.Rezeki tu rahsia Allah ..Kuat mana pun kita usaha, kalau Allah kata bukan rezeki kita, maka bukan. Sebab tu usaha disulamkan doa dan tawakal.
3. Rahsia Allah dari segi ajal maut
Ajal dan maut kita tidak tahu bila. Semua itu rahsia Allah.Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur.Kadang orang tu yang dah lama sakit tapi orang yang tak sakit tu mesti meninggal dulu. Allahu, Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh sebab pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.
"Kifarah Itu Pasti Tanpa Ada Kaki Dan Kau Tak Boleh Lari"
Kalau kita buat perkara baik maka kita akan terima ganjaran kita yang baik-baik . Tapi kalau kita buat jahat balasan itu sangat dasyat sampai kita sendiri boleh jatuh sehingga menongkat..Hari ini kita persampahkan manusia tanpa ada sedikit pun rasa bersalah.Manusia itu bukan boneka yang boleh kita permainkan sehingga kita rasa kita puas hati lalu kita campak sesuka hati.Mungkin kita telah biasa anggap manusia itu adalah permainan hidup. Sehingga kita lupa kita juga manusia yang sedang hidup di dunia nyata.Sebab itu jadi manusia tak perlu hidup dalam kepura-puraan kerana bila sampai masanya kau sendiri tidak akan mampu untuk melarikan diri.
Kita yang telah wujudkan kifarah itu sama ada baik atau pun buruk dan jangan pernah kita menyalahkan takdir ilahi.
"Kifarah itu adalah hadiah buat diri sendiri untuk kita muhasabah diri"
YANG TUA TAK SENTIASA BETUL,YANG MUDA TAK SEMESTINYA SALAH | Kita takkan pernah maju dan berubah selagi kita sendiri tak ubah mentaliti.. Kalau kita memikirkan penilaian org kita takkan pernah maju..Walaupun kita berbeza umur, tak semestinya yang tua sentiasa betul dan tak semestinya yang muda sentiasa salah..
hanya yang tua sahaja betul. Yang betul, yang tua dihormati, yang muda disayangi. Kalau yang tua, tak semestinya sentiasa betul untuk yang muda. Ada benda kita kena give and take.Raikanlah pendapat yang muda. Orang putih kata ' tolerate baa'... Kang ada yang jawab, "kami makan garam dulu, kami tau la mana betul mana salah"
soalan
siapa suruh makan garam? gula ada, susu ada..kenapa tak makan? biskut cicah susu, perghh sedap woo dari makan garam..oh biskut
ok, back to the topic
Kalau hanya yang tua je betul, mana mungkin Islam sampai kepada kita umat hari ini? Tak kira muda atau tua, dengarlah pendapat orang lain dan cuba menerimanya. Jangan anggap diri masing-masing sentiasa betul. Tiada yang sempurna.bukankah yang tua, yang banyak pengalaman, yang makan garam dulu itu yang menentang Rasulullah SAW yang muda? Fikir-fikirkan..
Tepuk debu,buka buku,tanya guru,gali ilmu
Semoga Allah Redha, Semoga Allah Sayang