Assalamualaikum dan hai semua
Briskwalk 4 Julai | Pace 7KM Dah lama rasanya CCL tak update pasal briskwalk kat blog ni.. Last rasanya sebelum puasa hari tu. Lepas tu senyap je kan .. bukan CCL dah berhenti briskwalk tau.. rutin ni tetap pergi macam biasa, cuma tak sempat nak buat entri saja ..Biasanya dalam seminggu mesti dua tiga kali keluar briskwalk. Kalau rajin sikit, boleh jadi tiga atau empat kali seminggu. Ikut keadaan, cuaca dan mood juga la.
Pace pun masih lebih kurang sama macam sebelum ni. Selalunya dapat sekitar 7KM, .. throwback result briskwalk 4 Julai haritu pun dapat 7.34KM dengan masa 1jam 51minit .. masa ni memang gagahkancbadan juga untuk habiskan track tersebut. Memang tak larat sangat-sangat ..kalau hari badan rasa ringan sikit boleh la cecah 8KM. Timer pula memang tak pernah sama. Ada hari laju sikit, ada hari perlahan sikit. Biasalah kan, stamina kita pun ada naik turun..nak dapat pace 10km kena stamina tinggi lagi kan ..walaupun briswalk kemampuan badan kita tak sama macam orang lain ..yang penting kita bergerak bagi keluar peluh dari badan..
Tak kisah sangat kalau pace tak selaju orang lain. Yang penting konsisten tiap-tiap minggu, itu pun dah kira satu pencapaian. Mudah-mudahan lepas ni stamina CCL makin baik dan boleh buat rekod 10KM pulak .


2 Comments
Hari ni, memang Linda briswalk atas katil je..hahaha..lemau betul rasanya
BalasPadamKeep it up Lyana. Jangan risau pasal pace, buat mana termampu je. Bagus amalkan gaya hidup sihat.
BalasPadamtinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan